Thanx sudi folow belog sigadis yang picisan nie..

Wednesday 28 December 2011

mungkin aku perlu fikirkan kembali


Assalamualaikum

Sejak semalam selepas je abang aku hantar aku balik dungun aku banyak berfikir tentang diri aku. tentang hal peribadi aku. bukan selama nie bermakna aku tak pernah fikir tapi aku tak ambil berat sangat. mungkin aku rasa ada lagi yang lebih penting untuk aku fikirkan. tapi semalam abang aku seolah-olah sedarkan aku dengan satu perkara. perkara penting untuk masa depan aku.


Aku sendiri tak faham kenapa tiba-tiba saja dia memperkatakan tentang ketidaksukaan dia pada kesayangan aku. dia tak cakap tak suka atau kurang suka tapi dia cakap "orang tu" pelik. samalah macam tak suka kan. bila aku tanya lebih detail dia cakap tak tahu nak cakap macam mana. aku pun jadi keliru. abang aku cakap dia tak halang kalau aku dengan siapa tapi cara dia cakap macam dia tak yakin nak bagi aku dekat "orang tu". aku sedih. dia cakap dia faham apa yang aku rasa. dia cuma luahkan apa yang dia rasa saja. abang aku kata 




"suatu hari nanti aku akan rasa betapa peritnya bila kita kehendakkan sesuatu tapi orang yang kita sayang disekeliling kita menghalang. waktu tu kita seolah-olah bersendirian memperjuangkan apa yang kita nak. sehingga satu masa kita tersungkur dan terpaksa akur dengan kehendak orang sekeliling yang kita sayang sebab kita takut dengan apa yang tidak di duga terjadi pada masa akan datang".





Bila aku dengar abang aku cakap macam tu aku sedar apa yang dia luahkan adalah jauh didasar hatinya. luahkan apa yang dia rasa. apa yang pernah dia alami. aku tahu abang aku sedih dengan apa yang dia rasa tapi dari raut wajah dia tak pernah menzahirkannya. segala kemahuan orang sekeliling yang di sayang dia turuti. sekarang dia dah bertunang. walau jauh dalam hati dia aku tahu dia sedih. sebab tu dia luahkan pada aku. sebab mungkin dia nak aku berjaga-jaga. ingat supaya jangan terlalu menginginkan sesuatu yang belum tentu milik kita. sesuatu yang menjadi kesayangan kita tapi jadi kebencian orang lain.
 

Dari kata-kata dia mungkin aku perlu fikir kembali apa yang terbaik untuk aku. memang aku sayangkan dia. dia kesayangan aku. dia ada ilmu. kalau ada rezeki dia bakal jurutera. tapi....aku sedih bila fikir kalau aku menerima nasib yang sama dengan abang aku. namun demi family apa-apa saja aku sanggup korbankan. kerana aku rasa pengorbanan aku tidaklah sehebat pengorbanan mak dan ayah aku untuk mendewasakan aku. doaku semoga aku menemui jodoh yang benar-benar menjadi milik aku. yang aku benar-benar tulang rusuknya. amin........

ramai yang tidak tahu tapi perlu tahu


Assalamualaikum

Selamat pagi! semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya. insyaAllah. Ok entry kali ni aku nak cakap pasal sesuatu yang ramai yang tahu. tapi ramai juga yang tak tahu and benda ni perlu untuk semua orang tahu tentangnya. pasal apa tu erk? ok aku nak cakap pasal mahram bagi wanita. kenapa wanita? sebab aku kan wanita. hihihi. tapi tu bukan sebab utama. sebab utamanya wanita kan perlu menutup aurat and aurat wanita lebih daripada lelaki. ada antara kawan-kawan aku cakap kenapa laaurat wanita lebih daripada lelaki?ok pasal tu nanti aku akan kongsi dilain entry. entry kali ni aku nak kongsi sentang mahram bagi wanita. sebab ramai yang masih tidak tahu tentang ni. ok jom tengok!







Aku dah buat large dah. extra large tak boleh cz lebih line. kalau tak nanti tak nampak. kalau tak nampak sia-sia je la kan. ada tapi tak nampak so macam tak ada faedah langsung kan? ini hanyalah untuk menanbah ilmu dalam diri. kalau orang tanya nanti siapa mahram kita tak adalah sampai tergagap-gagap nak jawab kan. buktikan yang kita bukan sahaja islam dari keturunan. tapi islam memang lahir dalam diri kita sendiri. setiap hari adalah usaha untuk menjadi lebih baik!

wordless wednesday - part 4


Assalamualaikum




Tuesday 27 December 2011

kerana dia aku belajar untuk tidak berharap!


Assalamualaikum

Bila duduk sorang-sorang. suasana sunyi. hujan renyai-renyai. teringat pula aku pada kisah dulu. kisah dimana waktu aku baru mengenal erti cinta. bohonglah sekiranya aku kata dalam hati ini tak pernah aku rindu pada kenangan lalu. tapi aku bukanlah seorang yang hidup dengan kenangan. sesekali jika terlintas itu adalah normal dalam diri manusia aku fikir. dulu dan sekarang banyak yang berubah. terlalu banyak berubah dalam diri aku.

Kalau dulu aku terlalu suka untuk memberi harapan. terlalu suka berangan-angan dengan angan yang membuahkan senyuman di bibir. dan aku rasa aku terlalu dekat dengan harapan dan angan-angan aku. namun benarlah dalam setahun panas tidak akan sampai ke petang. pasti akan hujan juga akhirnya. itulah yang aku alami dalam hidup aku. harapan yang aku bina serta angan-angan aku punah. orang yang aku harapkan menghancurkan segala-galanya. terlalu sakit. sehinggakan tiada air mata untuk aku tangis. apa yang hanya aku mampu lakukan tersenyum. senyum dengan harapan ianya akan pulih dengan segera. akujuga kerap tidur. dengan harapan bila aku tidur itu hanyalah satu mimpi. dan ianya akan berlalu dengan begitu saja. tapi hidup bukanlah semudah itu. kesakitan itu aku tanggung sehinggalah hilang dengan sendirinya. kerana aku yakin aku dapat lakukannya. dan ianya berjaya. alhamdulillah.....





Sejak dari itu. aku belajar untuk tidak berharap dengan sesiapa lagi. aku belajar untuk tidak memberi harapan pada sesiapa lagi. aku belajar untuk tidak berangan-angan lagi. aku serik. ya terlalu serik untuk merasa kesakitan untuk kedua kalinya. cukuplah sekali aku rasa kesakitan itu. aku bernasib baik kerana dapat mengatasi segala-galanya dengan sokongan abang dan kawan-kawan. tanpa mereka aku pasti kesunyian. aku pasti keseorangan.


Tidak salah memberi harapan. tapi jika harapan tidak seperti yang diharapkan janganlah sampai merosakkan diri sendiri. tidak salah berangan-angan tapi jika yang diangankan itu hanya mainan perasaan abaikan. hidup ini perlukan harapan. harapan untuk kita membina hidup yang lebih berjaya. harapan untuk kearah kebaikan. harapan yang boleh membuatkan kita tersenyum dan orang sekeliling kita juga turut tersenyum. berharaplah selagi harapan itu masih ada. beranganlah mungkin angan-angan itu akan menjadi milik kita suatu hari nanti!

Hari yang kelam-kabut


Assalamualaikum

Fuh!!! lame xupdate blog. biasalah kan balik kampung. aku lupa daratan banyak sikit. sekarang bila dah sampai dungun maka bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar balik. hihihihi. 

Ok sekarang aku bukan nak cerita pasal aku balik kampung hari tu. tapi nak cerita pasal sebelum aku balik kampung. muahahahahaha. tak pasal-pasal suka betul-betul tak sihat. hari rabu minggu lepas aku ada test 2 paper. satu pagi and satu lagi malam. yang paper pagi tu aku dah dapat dah solan test. member aku yang kasi. ap? terer tak aku dapat solan test?bukan senang tau nak dapat soalan test. ahahahahaha. malam tu aku pun just study la solan tu and then terus tidur. kalau tak silap aku awal juga la aku tidur dalam pukul 11. awal la tu kan kalau tidur waktu cam gitu time ada test? ahahahaha.

Malam tu hujan renyai-renyai. maka tidurlah sleeping beauty dengan nyenyaknya. kul 6-20 aku bangun cz kul 8am ada kelas. lepas siap mandi and solat pakai baju aku dapatlah masej yang kelas cancel. member aku time tu cuti. alaa biasa laa kan pompuan. dia jugak la yang best tak mandi lagi terus sambung tidur balik. aku apa lagi sambung tidur juga laa kan. ahahahahaha.

Miraaaaaaa!!!!!!kul 10.15 daaaaaa!!!!!!!!.....haaahhhhh!!!!!!! aku dengan pening lalatnya terus bangun and basuh muka. alamak!!!test kul 10.15 nie. dengan pantas aku terus pakai baju. inilah untungnya orang yang dah mandi. member aku sorang lagi tu just basuh muka je and terus pergi test. dah la hujan. maka mandi hujanlah kitorang. sampai kelas dalam kul 10.45. ambil tempat terus jawab test yang jawapannya telah aku hafal. muahahahaha. tak sampai 2 jam aku dapat jawab 5 soalan. datang lambat hantar awal. harap-harap dapatlah 100% yee. ahahahahahaha


Macam nie ar aku semangat jawab test hari tu



Moral of the story : selalulah dapatkan soalan test bocor and mandi terlebih dahulu sebelum tidur balik.

Saturday 17 December 2011

satu petang yang mendamaikan

Assalamualaikum
 
Semalam aku duk bersandiwara dalam bilik sambil dengar hot fm. sambil-sambil tu duk layan bace blog-blog yang best. nikmat sungguh sampai tak sedar asimen tak siap lagi. lepas tu malam mulalah buat sampai tidur pukul 4 pagi. muahahahahahahaha.

Ok balik kepada aktiviti semalam. sedang duk syok bace blog housemate aku ajak laa keluar jalan-jalan. round Dungun nan indah. mula-mula rasa malas nak ikut cz aku malas nak siap last-last aku ikut jugak. hihihihihi. perrgghhhh!!! time lalu jalan pantai angin kuat giler. walaupun tak rasa angin kuat sebab naik kereta tapi dapat tengok angin kuat sebab pokok semua dah terteleng-teleng. kesian betul.




Kalau tengok macam nie macam biasa-biasa je kan. tapi siyes ombak kuat giler. nak pergi dekat pun takut. kalau tak percaya datang sendiri dekat pantai Teluk lipat, Dungun!




Sedang round kitorang jumpalah satu pondok nie. comel kan. kitorang pun singgah laa dekat sini. tengok pun macam syok je kan. bila dapat lepak-lepak atas pondok nie bertambah-tambah lagilah syok!! wohaaaaa!!!!!




Kitorang beli nie makan dekat pondok tu. Yes!!! pizza 3 bijik and makan 5 orang. siyes kenyang sampai bukak zip seluar. muahahahahahahaha.




















Nie semua kesan daripada musim tengkujuh bahagian pantai timur. Bentang yang menjadi penghalang habis runtuh dirempuh ombak yang besar. ye ombak rindu! hihihihihi. semua perkakas dalam laut abes dibawak keluar. semalam gak aku jumpa ikan duyung tau!.Opssss!! aku tiou je. so, jangan cuba untuk percaya.





























Nie lak mak duyung. dia lebih sukakan pokok daripada laut. sekian mekaseh!

Kurus sungguh aku sekarang. tengok lengan tu dah berketul-ketul. gemuk tak boleh sebut. sebab kata-katakan doa. kalau sebut kurus masin mulut dapat kurus balik macam dulu kn. hihihihihihi. Oklah apa-apa pun hidup hanya sementara so, enjoy!

Friday 16 December 2011

rindu lak kat lappy lama

Assalamualaikum

Series aku memang rindu sangat kat lappy lama aku. lappy tu banyak sangat berjasa dekat aku. bayangkan aku nie suka sangat suruh duk bayangkan. aku guna lappy tu sejak aku part 2 diploma sampai aku sambung degree. lama tu. tapi sem lepas dia rosak. mungkin dah sampai umur. nak baiki pun dah dekat10 buah kedai aku pergi tanya and jawapan semua sama. better beli yang baru. urmmm..sedih!



Sekarang lappy tu aku simpan je dekat rumah. sayang nak jual. ada yang nak beli dengan harga rm400 tapi aku sayang. tak apalah buat kenangan lagi pun kalau jual duit akan habis macam tu je lebih baik aku simpan. ye aku akan ingat lappy aku sampai bila-bila sebab kamu yang pertama dalam hidup aku tau!

nak cantik sanggup sakit


Assalamualaikum

Orang cakap lens bahaya. boleh bawa mudarat kalau tak jaga dengan baik. kalau tak pandai jaga jangan pakai. nanti asal-asal mata ok jadi tak ok. ye itulah antara kata-kata yang sering didengar kalau cakap pasal lens. aku pun tertarik nak kongsi cerita pasal lens nie. aku salah seorang pengguna lens. ye aku suka pakai lens. bukan sebab nak cantik tau. aku rasa bila aku pakai lens aku jadi bebas. yelah dah pakai spek lama sangat sejak dari sekolah rendah lagi. nak buat kerja pun kadang-kadang rasa tek lepas je. macam kurang selesa. bila pakai lens senang bebas macam ada mata yang terang and tak perlu lagi spek.

Sejak balik dari Johor mata aku jadi meah. senak! selepas rasa sakit aku stop pakai lens untuk 2 hari and sakit hilang and mata dah tak merah lagi. aku pun pakai lens balik and mata aku sakit balik. bayangkan sebelum nie mata macam nie........





Dalam masa 2 hari mata dah jadi macam nie..........






Incik pakwe aku marah and paksa aku pergi klinik. so aku pergilah klinik. aku dapat masuk awal jumpa dr and adalah 2 3 orang student yang datang awal jeling maut dekat aku. aku tak bersalah ok! dah nama aku nurse tu panggil dulu. hoohoho. ini perbualan aku dengan dr tu ::

Dr : sakit apa?
Wanita cumil (WC) : sakit mata
Dr : merah (lalu memeriksa mata aku)
WC : sakit!!
Dr : kamu demam nie. kepala kamu panas
WC : taklah dr. saya ok je. tak demam lar
Dr : lawan saya lak. saya kan dr. saya tahulah. nak MC
WC : tak apalah saya nak pergi kelas. saya ada presentation kejap lagi.
Dr : kamu pakai lens?
WC : yup!!
Dr : tak apalah kejap lagi saya bagi ubat. nak cantik sanggup sakit kan????
WC : saya rabun
Dr : owh! ok sorry,,hihihi
WC : tak apa. saya dah memang biasa orang cakap saya cantik. (ayat nak backup tak nak bagi dr tu segan)

Lalu aku pun balik lar ke kelas untuk pesentation. hari nie mata aku dah ok. letak ubat yang dr tu bagi. alhamdulillah. aku tau aku sakit mata sebab aku pakai lens terlalu lama. bayangkan aku pakai lens dari pukul 7am until 12am. memang lama macam mana tak sakit kan. so selepas nie akan jadi pengajaran buat aku.


jalan-jalan dinegeri sebelah singapore,,hoyeee!!

Assalamualaikum

Selamat pagi semua? ye selamat pagi sebab time aku tulis entry nie dah pagi. sambil-sambil dengar radio sinar "muzik retro terbaik". ecececece promo nampak! macam lar bos sinar tau. kalau dia tahu agak-agak aku dapat benefit tak? ahahahahahaha

Ok balik kepada tajuk entry aku. rasanya dah lama aku balik johor tapi sekarang baru aku upload gambar. kerek betul kan. ahahahaha.bukan apa aku bosan duk tunggu nak upload gambar lambat sangat. sebab tunggu lambat sangat so aku terus je cancel. tak ada kesabaran langsung kan?so, aku pun ambil keputusan upload jugak gambar. tapi aku just upload 2 keping je. aku malas nak tunggu lame. aku kan kurang sabar gelojoh rakus agghhh macam-macam lagi lar!!! so nie gambarnya..........







Nie dekat snekku. best tau pergi sini sebab dapat beg yang mana kat dalam beg tu ada banyak giler snek company tu bagi. kalau tak silap aku dalam 7 jenis jugak lar company tu bagi. bagus betul. aku suker lar. lain kali kalau aku jadi cikgu or lecturer aku nak bawak student aku pergi sana lagi. hihihihihi.





Nia lak tak payah cakap pun semua orang tau kat mana kan. yelah kalau pergi JB tak pergi kat Danga Bay tak sah kan.Kat atas tu semua member-member kelas aku tau. semua cumil-cumil. lebih-lebih lagi yang pakai baju merah ujung sekali yang pakai selendang polkadot tu. cumil sungguh!!!! kalau nyampah abaikan.

Seronok 4 hari pergi jalan-jalan di JB. lecturer pun best.memang terbaik!!!! cayam sir azizul azham ketat-ketat. lain kali kalau nak pergi nak ajak dia lagi. tapi nie aku dah last sem. mungkin tidak akan dapat rasa lagi pengalaman macam nie. bila dah kerja suasana dah jadi lain. mungkin totally akan berubah. aku tak suka berubah tapi perubahan perlu untuk kebaikan bersama kan. time nie rasa sedih pulak. rasa macam nak nangis pun ada. urmmmm..nak stop sini dulu lar nanti aku nangis. apa-apa pun BM2225C memang terbaik!!!!!

Wednesday 14 December 2011

wordless wednesday - part 2


Assalamualaikum
 



Siti aminah mane ni?


Assalamualaikum

Aku terlalu xcited sangat nak citer pasal nie. rasa macam tak sabar-sabar sangat. tadi lepas keluar makan aku buat kerja kejap. lepas siap buat kerja terus aku buat entry nie. nak jadikan cerita.....

Tadi masa keluar makan kat kedai. aku dan member-member yang lain ambil tempat kat depan sekali cz adalah member aku nie nak tengok episod akhir cinta alysa ntah betul tak aku eja nama. aku tak pernah tengok pun cerita tu. sedang duk asyik tengok citer tu adalah member aku sorang nie dia cakap kalau rumah sewa lama dulu suka jugak tengok cerita hari selasa malam. yang siti aminah berlakon. Hah??? siti aminah?? pelakon ke?? urmmm,,aku dah mula confuse siti aminah mana nie? dia pun bagi hint lar yang berlakon itu ini. Oooooo...tu bukan siti aminah tu siti saleha. huhuhuhu.











Hah!! nie lah siti aminah yang member aku maksudkan tu. nasih aku dah kenal member aku tu macam mana. lau tak mau tergolekgak aku ketawa tadi. lawak biawak betul. muahahahahahahahaha...........


Tuesday 13 December 2011

senangnya dalam hati


Assalamualaikum








Hah!!! macam nie lar aku duduk time nie. senang hati je kan. ahahahaha. Ye sebab tadi presentation aku ok. alhamdulillah tak ada apa-apa masalah. semuanya berjalan dengan lancar je. sekarang aku duk senang lenang sambil on9. Sebenarnya aku baru je balik dari library. buat group discussion. buat cepat cepat siap cepatlah boleh balik. heeheehee.

Kepada siapa-siapa yang banyak kerja janganlah sakit otak lak bila bace entry aku kali nie. alar aku belum nie pun banyak kerja juga tapi sekarang je baru ok boleh rehat-rehat. nanti turn kamu lak rehat-rehat macam aku. tapi kerja aku tak stop hari nie je coz ada lagi kerja tapi banyak yang dah siap. so taklah rasa tertekan sangat. hihihihi. selamat menghadapi detik-detik bahagia dalam kehidupan. Chill!!!!!!

Monday 12 December 2011

doaku semoga berjalan dengan lancar


Assalamualaikum

Besok aku ada presentation for issue and ethics. fuuhhhh!!!!! nebes nguh ambe. minta-minta semuanya akan baik-baik saja. belum nie time individual presentation aku dapat pujian daripada lecturer aku. sampaikan lecturer aku cakap tak ada soalan yang nak tanya dekat aku coz semua chapter yang aku present aku dah story mory. time tu semua orang boleh nampak lubang idong aku kembang sampaikan kerbau pun leh masuk. muahhahahahahahaha. bangga sungguh aku time tu. tapi esk???

Aku harap sangat esok semuanya akan berjalan dengan lancar dan baik-baik saja. InsyaAllah.......




"Ya ALLAH permudahkanlah presentation aku esok supaya aku dan sahabat-sahabatku dapat buat yang terbaik,,amin....."

sudah mampu tersenyum


Assalamualaikum

Detik ini aku rasa nak senyum je. ya!!! aku gembira sebab kerja sekolah aku dah siap. cuma tinggal yang sikit-sikit je lagi nak kemaskini. so sekarang aku dah mampu tersenyum. lagi beberapa hari nak balik bercuti study week. tak sabar rasanya. sudah lama tidak ku temu mak dan ayah. windu daku pada mereka sungguh menusuk kalbu. sob,,sob,,sob,,sob,,sob,,,





Esok aku rancang nak buat cuti peristiwa. ingat bukan ponteng ye tapi cuti peristiwa. kana-kanak bawah umur dilarang sama sekali tiru aksi aku. time kaseh!

aku nak tidur dulu. nanti ada masa yang panjang aku citer pasal trip pergi johor and hi-tea petang tadi. ok selamat malam semua!

Saturday 10 December 2011

hadapi dengan senyuman

Assalamualaikum

Apa khabar? hari nie terasa agak penat. dari 8am until 6.30pm ada modul untuk budak tahun akhir. finishing scholl larr katakan. masuk minggu nie dah 3 minggu aku masih lagi belum ada masa untuk rehat. esok lak ada hi-tea untuk batch aku dengan dekan fakulti. buat dekat hotel UiTM. kehadiran adalah WAJIB. ye WAJIB!!! walaupun terasa penat tapi masih ada nafsu nak update entry kat blog. hihihihi.

Dalam hidup kita tidak selalunya indah. kita sangka orang sekeliling suka akan kita. tapi yang berlaku adalah sebaliknya. dan jangan sesekali kita anggap orang lain itu adalah seperti kita. kita tak sama dengan orang lain. apa yang kita fikirkan tak sama dengan orang lain. apa yang ada dalam kotak fikiran kita tak sama dengan kita. jadi apabila buat sesuatu itu ingatlah hari ini kita buat orang sakit hati esok lusa apabila kita sakit hati macam mana perasaan kita? apa yang kita rasa samalah seperti orang kita sakiti rasa.

Member-member lelaki aku selalu bertanya "kenapa budak pompuan suka gaduh-gaduh?". tak!! tidak semua budak pompuan suka gaduh-gaduh. hanya sebilangannya sahaja yang suka gaduh-gaduh sesama sendiri.dan disebabkan sebilangan itulah yang menarik perhatian kaum lelaki berkata begitu. sebab kalau pompuan yang baik dan tak suka gaduh-gaduh adalah biasa bagi mereka sebab budak laki-laki jarang yang suka gaduh-gaduh dan mungkin juga memang tak suka gaduh-gaduh. budak pompuan yang tak suka gaduh-gaduh mereka anggap sama dengan mereka jadi sebab itu yang suka bergaduh itu mereka anggap pelik.

Satu lagi maaf kalau aku kata. pompuan nie mungkin ada sifat iri hati. tidak boleh melihat orang lebih daripada mereka mulalah nak cari gaduh. maka jadilah pergaduhan. urmmm aku sendiri pun tak faham sebab aku memang tak suka bergaduh. aku lebih rela simpan sakit hati dalam benak daripada cari gaduh. mengadu pada ALLAHSWT itu adalah yang lebih baik.

Kalau kita ingin sakitkan hati orang fikirkanlah berulang kali. Setiap tindakan kita perlu difikirkan. Misalnya kalau kita nak marah orang buat bising jam 6 petang fikirkanlah adakah pernah orang marah kita kalau kita buat bising awal pagi ketika orang sedang tidur? pernahkan orang marah kita kalau kita tinggalkan pakaian kita berjam-jam didalam mesin basuh? pernahkah orang marah kita kalau setiap hari sampah dibuang tapi ada satu hari kita terlupa untuk membuangnya kerana terlalu sibuk? pernahkah orang marah kita bila kita jemur baju berhari-hari lamanya diampaian sehinggakan orang lain tiada tempat untuk menyidai pakaian mereka? jadi fikir-fikirkanlah. jangan kerana perbuatan kita kesusahan yang akan kita terima dikemudiaan hati. belajarlah hadapi dengan senyuman. tegurlah secara berhemah bukan menyakiti hati orang lain sedangkan perbuatan kita jauh lebih teruk dari orang yang kita tegur. sama-samalah kita berubah menjadi manusia yang lebih baik.



Friday 9 December 2011

sekelip mata hilang semuanya


Assalamualaikum

Hidup tidak selalunya indah. dan hidup tak selalunya diatas. ya! itulah yang perlu kita selalu ingatkan dalam diri. ketika kita dikelilingi oleh orang-orang yang disayangi, ketika kita disanjung tinggi, ketika sahabat-sahabat menyukai kita, ketika hidup dilimpahi kegembiraan hargailah apa sahaja yang kita alami ketika itu. mungkin itu adalah saat terakhir kita perkeadaan seperti itu.





Tiada seorang manusia pun yang mengharapkan kesedihan. namun itu adalah lumrah alam. sedih adalah salah satu rempah kehidupan. disaat kita gembira hilai tawa senyum bergurau senda sesama kita jangan kita lupa pada tika itu ada yang sedang berduka. dan mungkin sebab itulah orang-orang dulu sentiasa berpesan kalau bergembira biarlah berpada-pada. bila difikirkan balik memang benar kita perlu ingat bahawa disaat kita gembira hari ini belum tentu kita akan tetap bergembira pada hari esok.






Ini bukan bermakna kita tidak boleh bergembira TAPI biarlah berpada-pada. hidup akan terasa indah jika orang sekeliling gembira. pernah tak anda bayangkan dalam sekelip mata hilang semuanya? hilang tawa senyum dari orang sekeliling, hilang kepercayaan dari orang yang kita sayang, hilang rasa cinta hilang semuanya!!ketika itu pasti jika akan rasa cukup tersiksa. sisa-sisa hidup akan dihabiskan dengan penuh rasa kepiluan.



Walau dalam apa keadaan sekalipun. seteruk mana pun kesedihan yang kita alami ingatlah!!! masih ada yang sayang. manusia mana yang tak pernah rasa sedih dalam hidup mereka. manusia mana yang tak pernah menangis seumur hidup mereka. kenapa perlu rasa pilu memendam rasa. layanlah perasaan sedih itu tapi janganlah sampai memudaratkan diri di kemudiaan hari. usah diungkit sejarah dulu. luka yang pahit biarkan berlalu. mulakan yang baru. hidup perlu diteruskan. percayalah setiap kesedihan pasti akan menjanjikan sinar kebahagiaan dikemudian hari. insyaAllah

Thursday 8 December 2011

jangan tanya sebab tak ada jawapan

Assalamualaikum

Kalau lihat gambar-gambar yang aku upload kat bawah nie kan aku sendiri pun rasa pelik. kenapa mesti berkeadaan dalam posisi yang sedemikian rupa? jangan tanya sebab aku sendiri pun tak ada jawapan kepada persoalan yang aku sendiri timbulkan tu. ahahahahahahaha













Gambar nie pulak kenapa mesti tangan macam tu??? bajet ayu betul aku dan member-member aku kan.ahahahahaha

senyum perlu nampak gigi

Assalamualaikum

Sejak dah dewasa nie tapi perangai still budak-budak bila ambil gambar dah jarang senyum nampak gigi. bila senyum just senyum bibir je and gigi tak nampak. tapi bila duk tengok balik gambar-gambar dalam album terbaru alamak!!!! aku terjumpa gambar aku yang senyum nampak gigi lar. gambar nie pun aku tak sedar bila lar member aku ambik. tapi tengok cun jugak nah amek ko letak bankul angkat sendiri. ahahahahaha. 



Aku baru sedar yang aku ada tahi lalat kat bibir ketika aku berumur 17 tahun!!adakah sebelum ini aku rabun atau lalat baru je berak kat bibir aku ketika aku berumur sedemikian???

benarlah penantian melahirkan seorang perindu



Assalamualaikum

Bila bace tajuk entry bunyi macam tak boleh blah je kan. hihihi. tapi bagi yang menyerti mereka akan kata benarlah penantian melahirkan seorang perindu. rindu bukan hanya pada sang kekasih malah jika diselami ianya adalah menyeluruh. kepada sang pencinpta keluarga saudara serta sahabat-sahabat yang sudah lama tidak berhubung. tika ini aku juga menjadi seorang perindu. rindu pada keluarga serta incik pakwe. namun rinduku pada keluarga lebih banyak dari incik pakwe. bukan sebab aku tak sayangkan incik pakwe tapi bagi aku keluarga adalah segala-galanya selagi ayah aku tidak melepaskan aku pada orang yang bakal menjadi suami aku nanti. pada tika itu nanti sudah pasti suami adalah penting bagi aku.






sudah lama aku tak balik rumah kat kampung. bukan aku tak nak balik tapi keadaan yang memaksa aku untuk menahan rasa itu.kerja yang banyak hidup seharian yang sibuk amat memenatkan bagi aku. setiap minggu aku menanti untuk balik tapi setiap minggu juga aku terpaksa korbankan rasa itu. dan kerana penantian itu aku menjadi seorang perindu. rindu pada mak ayah akak abang adik dan anak-anak buah aku yang cumil-cumil macam aku






Bila rindu pasti hati menjadi sayu. tambah-tambah bila dengar lak lagu yang mendayu-dayu. mahu nangis dibuatnya. huuhuuhuu. hidup seorang perindu memang sepi. namun tidak akan pernah untuk terus menanti selagi hidup belum berakhir.



Aku letak picture  payung pink ada 2 sebab. pertama sebab aku suka pink and yang kedua sekarangkan musim hujan so, sediakan payung sebelum hujan. ahahahaha. lagi satu kalau rindu pasti rasa nak nangis je kan. so, kalau nangis bolehlah sembunyikan muka disebalik payung tu. orang pun takkan nampak kalau kita nangis!

tenang tapi tak sepenuhnya



Assalamualaikum

Hari ini hari khamis. ye semua orang tahu hari ini hari khamis. apa yang  aku nak bagitahu adalah aku suka sangat-sangat hari khamis. kenapa??? sebab esok hari jumaat. pantai timur kan cuti  hari jumaat sebab tu aku suka. sape yang tak suka cuti kan?? kan?? kan???ahahahahaha

Hari nie aku rasa sedikit lapang. ye sedikit sebab kerja-kerja aku baru selesai sedikit. lagi 2 minggu maka aku akan lapang penuh sepenuh penuhnya. yeah!!!!! aku tak sabar nak tunggu lagi 2 minggu. hari-hari pening fikirkan kerja yang tak pernah habis.so, malam nie nak relax dulu esok baru start balik buat kerja. hihihihi
petang tadi kerja ku tidur je. yes! aku penat.penat yang sangat-sangat. bila bangun tidur lapar yang maha hebat sebab dari pagi tadi aku just makan sosej je. tapi tak jugak kurus-kurus. lepas bangun tidur aku dengan housemate aku masak meehoon tomyam. nyummm3 cedap!!!! yipeyyyyy!!!!








ye bila perut dah lapar semua sedap. kalau goreng biawak pun sedap. ahahahahah. bila dah makan kenyang maka hati pun senang. maka dapatlah aku berblog malam nie dengan hatiyang senang gak!

Wednesday 7 December 2011

Sunday 4 December 2011

penat tapi tetap perlu teruskan



Assalamualaikum

Semalam dalam kul 11 malam baru sampai pergi trip kat johor. siyes penat. pergi sana 4 hari. best jugak coz pergi dengan member-member kn, hihihihi. arinie saja 4 kali aku duk putar baju dekat mesin basuh yang uzur tu. kesian. dah lar uzur aku lak seksa dia basuh baju aku banyak-banyak. adakah aku dianggap zalim? erm, tak kn sebab aku tak sengaja. sebab aku fikir mesin basuh memang dicipta untuk basuh baju. bukan untuk masak, hohohohoho.


arinie gak aku secara tak langsung jadi mamarazzi. td dalam kul 11 pagi aku bangun tido. siyes lewat coz penat. bangun subuh tadi pun agak lewat dalam 6.45 baru bangun. aku rasa aku ada alarm jam tepum aku. tapi tak bunyi. padahal ada bunyi tapi off dalam lena. nasib sedar gak walaupun agak lewat. sebab solat itu WAJIB. ok cakap pasal mamarazzi. tadi aku nak buat interview pasal asimen aku. so aku call lar dr.rosman macam larr korang kenal kn. cakap punya cakap dia kata free arinie je dalam kul 3. aku pun dengan ributnya sediakan text and dengan pantas pergi larr jumpa dr tu. dalam nak cepat tak jumpa lak bilik dia. cari punya cari akhirnya tepat kul 3 aku sampai kat bilik dia. penat sampai tak tahan nafas. fuhhhhh!!!!!


and seramai 3 orang lecturers aku kejar arinie untuk dapatkan feedback pasal asimen aku and semua aku dapat appointment this tuesday. tak apa aku tak kisah asal dapat, hihihihi. so sekarang aku nak study lak. memang penat tapi tetap kena study.







wake-up!!!! yes i need to study now,,bye!

Wednesday 30 November 2011

sweet je bila dengar


Assalamualaikum

Bila dengar lagu nie kan aku rasa macam sweet sour je kat telinga aku. kalau kat telinga orang lain aku tak tahulah. sebab aku tak penah lak pinjam telinga orang lain untuk dengar, hohohohohohoho. jum layan!!!






Kalau tak puas dengar boleh dengar lagi sampai pengsan or keluar darah ikut telinga. hihihihihihihi

penang mai


Assalamualaikum

Hari rabu yang lepas 23/11/11 aku pergi penang. sebab tu entry aku tajuk macam tu,hehehehe,kerek kn aku. ahahahahaha. aku pergi sana atas program untuk subjek strategic management. urm bukan apa sangat aku rasa trip kali nie khas untuk jalan-jalan je. ronda-ronda bagi habiskan duit,ahahahaha, nak buat macam mana aku kan cop duit. aku pergi sana 4 hari. siyes enjoy. duit belanja akak n abang-abang aku yang bagi. ala aku buat lar ayat-ayat sedih sikit. "adikmu ingin minta subsidi. adikmu memerlukan pertolongan". ala bukan susah pun. aku kan pandai bersandiwara. ahahahaha. dan aku tahu kalau aku tak buat macam tu pun mereka akan bagi jugak cz tiap-tiap bulan mereka akan bagi. tapi kalau buat macam tu aku akan dapat advance. tere kan aku. so silalah tiru jangan tiru macam aku.hohohohoho
Aku nie suker membebel kn. sebab tu incik pakwe cakap mulut aku macam mulut itik. yeker??? aku rasa itik yang macam mulut aku. ahahahahahaha.Ok jum enjoy dengan gambar sepanjang trip aku yang best tu. tambah best driver bas yang ensem. tapi sayang laki orang, hihihhihihihi




Time nie tengah tunggu bas sampai nak pergi penang. tengok aku je yang agak cumil. member-member aku yang lain kiut miut je kan, hohohohohohoho




Nie dekat bilik penginapan. macam tak sesuai je tapi bolehlah panggil penginapan.hihihihihi.kami menginap dekat kompleks sukan rakan muda penang. agak best lar. perkataan agak sebab aku tak suke dengan tandas duduk kat tempat tu. siyes 4 hari aku tak membuang cz susah tak nak keluar. tapi bila sampai tempat nak makan tandas lar tempat aku 1st pergi,ahahahahahaha.




Nie lak tengah tunggu nak naik bas nak pergi bukit bendera. cun kan kiteorang. mekaseh!!





Sekali tengok macam nak pergi lawan futsal je kan. aku siap pegang botol air lagi. ahahahahaha. nasib handbag penyelamat bagi nampak pompuan sikit, hihihihihi.





Time nie dekat bukit bendera. ambik gambar dulu before naik atas. kitorang pergi 3 buah bas. Nie dak kelas aku. ramai kan pompuan. tu yang buat aku bosan tu. kalau lelaki ramai kn best <------- gatal nak mampus!!






Dekat atas bukit bendera.walaupun penat kaki lenguh still lagi tak penat posing ambik gambar.





Nie gambar gedik. bontot tak nampak cz dilindungi oleh bag maka kuranglah sikit keseksiannya. lepas amik gambar nie terus blah dengan muka poya cz kena marah kat orang yang jual topi tu. mana boleh ambik gambar kalau tak beli. ada aku kesah!!
 




Dekat QueensBay. penat jalan-jalan duduk perhatikan gelagat orang. penat sesat sebenarnya bukan penat jalan-jalan pergi shopping pun. ahahahahahaha




 

Di pagi hari nan indah. sungguh ayu memakai baju kurung. yang pasti ketika ini hari khamis bukannya hari raya. mekaseh.





Kami-kami memang suka buat-buat muka tak sedar ketika gambar diambil. ala nak bagi nampak cool kononnya. hohohohoho






Nie lak kat taman botani. dengan lelaki-lelaki idaman wanita indonesia. oppssss!!! malaysia.hihihihihihi






Kanak-kanak ribena ketawa setelah di agah oleh orang tua yang ambik gambar time tu. sori yep azni. hihihihihihi.





Sekali tengok macam nak nasyid pun ada. sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya na na na na na na na na tak ingat lirik mas.




Cikgu yang tengah ajar anak-anak murid tentang kesedaran menjaga alam sekitar. murid-murid begitu tekun mendengar setiap ajaran cikgunya.







Dalam bas time nak bertolak balik. argghhh!!! aku memang suka ambik gambar. bajet cumil lar tu.






Rehat-rehat lepas solat asar dekat hentian. still senyum walaupun time nie letih rasa nak merangkak macam hantu ngesot jer nak naik bas.






Gambar terakhir yang diambil sepanjang trip. kalau nak ikutkan banyak lagi gambar. tapi kalau nak upload semua mahu terbakar lappysayam aku. ahahahahahaha. besok ada trip pergi JB lak. biasalah aku kan sibuk macam PM. ehem3!!! apa-apa pun idup mau hepi maaaaa........hihihihihihi