Thanx sudi folow belog sigadis yang picisan nie..

Wednesday 30 November 2011

sweet je bila dengar


Assalamualaikum

Bila dengar lagu nie kan aku rasa macam sweet sour je kat telinga aku. kalau kat telinga orang lain aku tak tahulah. sebab aku tak penah lak pinjam telinga orang lain untuk dengar, hohohohohohoho. jum layan!!!






Kalau tak puas dengar boleh dengar lagi sampai pengsan or keluar darah ikut telinga. hihihihihihihi

penang mai


Assalamualaikum

Hari rabu yang lepas 23/11/11 aku pergi penang. sebab tu entry aku tajuk macam tu,hehehehe,kerek kn aku. ahahahahaha. aku pergi sana atas program untuk subjek strategic management. urm bukan apa sangat aku rasa trip kali nie khas untuk jalan-jalan je. ronda-ronda bagi habiskan duit,ahahahaha, nak buat macam mana aku kan cop duit. aku pergi sana 4 hari. siyes enjoy. duit belanja akak n abang-abang aku yang bagi. ala aku buat lar ayat-ayat sedih sikit. "adikmu ingin minta subsidi. adikmu memerlukan pertolongan". ala bukan susah pun. aku kan pandai bersandiwara. ahahahaha. dan aku tahu kalau aku tak buat macam tu pun mereka akan bagi jugak cz tiap-tiap bulan mereka akan bagi. tapi kalau buat macam tu aku akan dapat advance. tere kan aku. so silalah tiru jangan tiru macam aku.hohohohoho
Aku nie suker membebel kn. sebab tu incik pakwe cakap mulut aku macam mulut itik. yeker??? aku rasa itik yang macam mulut aku. ahahahahahaha.Ok jum enjoy dengan gambar sepanjang trip aku yang best tu. tambah best driver bas yang ensem. tapi sayang laki orang, hihihhihihihi




Time nie tengah tunggu bas sampai nak pergi penang. tengok aku je yang agak cumil. member-member aku yang lain kiut miut je kan, hohohohohohoho




Nie dekat bilik penginapan. macam tak sesuai je tapi bolehlah panggil penginapan.hihihihihi.kami menginap dekat kompleks sukan rakan muda penang. agak best lar. perkataan agak sebab aku tak suke dengan tandas duduk kat tempat tu. siyes 4 hari aku tak membuang cz susah tak nak keluar. tapi bila sampai tempat nak makan tandas lar tempat aku 1st pergi,ahahahahahaha.




Nie lak tengah tunggu nak naik bas nak pergi bukit bendera. cun kan kiteorang. mekaseh!!





Sekali tengok macam nak pergi lawan futsal je kan. aku siap pegang botol air lagi. ahahahahaha. nasib handbag penyelamat bagi nampak pompuan sikit, hihihihihi.





Time nie dekat bukit bendera. ambik gambar dulu before naik atas. kitorang pergi 3 buah bas. Nie dak kelas aku. ramai kan pompuan. tu yang buat aku bosan tu. kalau lelaki ramai kn best <------- gatal nak mampus!!






Dekat atas bukit bendera.walaupun penat kaki lenguh still lagi tak penat posing ambik gambar.





Nie gambar gedik. bontot tak nampak cz dilindungi oleh bag maka kuranglah sikit keseksiannya. lepas amik gambar nie terus blah dengan muka poya cz kena marah kat orang yang jual topi tu. mana boleh ambik gambar kalau tak beli. ada aku kesah!!
 




Dekat QueensBay. penat jalan-jalan duduk perhatikan gelagat orang. penat sesat sebenarnya bukan penat jalan-jalan pergi shopping pun. ahahahahahaha




 

Di pagi hari nan indah. sungguh ayu memakai baju kurung. yang pasti ketika ini hari khamis bukannya hari raya. mekaseh.





Kami-kami memang suka buat-buat muka tak sedar ketika gambar diambil. ala nak bagi nampak cool kononnya. hohohohoho






Nie lak kat taman botani. dengan lelaki-lelaki idaman wanita indonesia. oppssss!!! malaysia.hihihihihihi






Kanak-kanak ribena ketawa setelah di agah oleh orang tua yang ambik gambar time tu. sori yep azni. hihihihihihi.





Sekali tengok macam nak nasyid pun ada. sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya na na na na na na na na tak ingat lirik mas.




Cikgu yang tengah ajar anak-anak murid tentang kesedaran menjaga alam sekitar. murid-murid begitu tekun mendengar setiap ajaran cikgunya.







Dalam bas time nak bertolak balik. argghhh!!! aku memang suka ambik gambar. bajet cumil lar tu.






Rehat-rehat lepas solat asar dekat hentian. still senyum walaupun time nie letih rasa nak merangkak macam hantu ngesot jer nak naik bas.






Gambar terakhir yang diambil sepanjang trip. kalau nak ikutkan banyak lagi gambar. tapi kalau nak upload semua mahu terbakar lappysayam aku. ahahahahahaha. besok ada trip pergi JB lak. biasalah aku kan sibuk macam PM. ehem3!!! apa-apa pun idup mau hepi maaaaa........hihihihihihi

Tuesday 29 November 2011

aku bengang betul

Assalamualaikum

Hari nie rasa nak cerita kisah time aku test lesen kereta lak. bila ingat balik rasa bengang pun ada. memang malang sungguh rasanya. dahlah dapat cikgu yang ajar kereta gatal nak mampus jpj lak bangang giler tahap hantu mak lampir. hah! nie yang mulut jadi tak cun nie. aku bukan sesuka hati je tau nak ngumpah kat orang kalau orang tu buat salah kat aku. mak aku selalu pesan pergi mana-mana adat kena jaga. Yes! aku ingat tu. sebab aku ingat tu lah aku tak lempang mamat jantang dua ekor tu. nak tahu asal aku marah sangat? meh aku citer.....






1st aku citer pasal cikgu gatal dulu. cikgu gatal nie memilih tau. kalau nak jadi anak murid dia kena yang ada rupa paras yang menawan je. macam aku lar. heeheehee. kalau yang tak cantik dia akan past kat cikgu lain. nyampah sampah!!!. jadi aku nie kira tergolong dalam golongan yang mempunyai rupa paras yang cantik lar kot tu yang leh jadi anak murid dia tu.heeeheee. tapi tak ada faedah langsung pun kalau belajar dengan dia tu. asyik nak menggatal je kerja. kalau ajar kereta tu tangan asyik nak pegang tangan orang je kerja. kadang-kadang letak atas paha. woih!!!! setan mamat kau ingat paha aku nie tempat letak tangan ker sial ? sesedap ajinamoto kau je nak letak tangan. incik pakwe aku pun tak penah letak tangan dia kat paha aku tau!! nyampah!!!! lepas je peristiwa hitam pekat tu aku mintak tukar cikgu. aku diajar oleh cikgu pompuan.

Ok next citer pasal jpj miang nak mampus lak. masa mula-mula masuk kereta tu hari nak test muka jpj tu siyes giler. sikit pun tak senyum. tapi aku tak kisah sangat sebab muka ayah aku lagi garang. jadi aku tak hairan lah sangat. tapi lepas je kereta tu bergerak cis!!! dah stat dah miang nak mampus si jpj tu. siap cerita lagi pasal dia. nama asal kerja jawatan dan bla bla bla bla bla. ok yang tu aku tak kisah cz perkara biasa. tapi yang aku tak boleh nak blah dia siap cerita lagi pasal aktiviti dia dalam kelambu. memang kurang asam gelugor jantang miang nak mampus nie. dia cerita gak yang dia ada dua scandal walaupun dah beristeri anak 4. scandal dia sorang janda anak sorang dan sorang lagi student macam aku. dua-dua dia penah tidur.aku tak faham apa kaitan semua yang dia cerita tu dengan test kereta aku hari tu. yang paling aku bengang bila dia cakap kalau aku bogel depan dia, dia takkan lepaskan aku. memang jantang nie nak mampus. harapkan je pakai seragam uniform. tak malu langsung. kalau tak malu dengan aku pun malu lar dekat Allah SWT. dan kalau tak nak hormat aku sebagai pompuan pun, hormatlah aku sebagai manusia. aku sumpah makhluk macam nie tak akan hidup aman sampai mampus  mati.




Sekarang aku dah dapat lesen kereta. sampai sekarang aku tak puas hati dengan jpj tu. sakit hati. aku doakan moga tak ada pompuan yang terpedaya dengan jantang miang nak mampus. Jaga diri, jaga hati.


i'll be crazy because of you!



Assalamualaikum

 Apa khabar?alhamdulillah moga semua baik-baik saja. sekarang musim hujan. biasalah bila dah menetap kat belah pantai timur nie. musin tenkujuh kalo orang bandar cakap. kalo orang kampung cakap musin boh bukan bos ok!. urm bila cakap pasal hujan nie kan time macam nie lah aku terfikir dan berdoa kat Tuhan bilalah aku nak kaya. yelah hari-hari aku basah kena hujan time nak pergi kelas. pergi kelas habis basah baju. balik kelas hujan lagi basah lagi. nak pergi hujan lagi basah lagi. begitulah ulangan sampai pengsan. opsss!!! heeeheee.

Tapi kan, sebenarnya nak tunggu ada kereta nie tak perlu tunggu kaya pun. kereta sekarang tak macam dulu. kalo dulu mahal sekarang semua orang mampu nak pakai kereta. tapi aku student lagi. ayah aku cakap kalau nak kereta tunggu kerja dulu. nanti aku lupa daratan tak belaja asyik berfoya-foya je. abang aku dulu lepas je abis belaja dapat jadi cikgu sekolah dah tu takkan cikgu tandas kn heeheee.lau abang aku bace siyes kena ketuk kepala aku nie,ahahahahaha.ok sambung balik. lepas dapat jadi cikgu ayah aku belikan kereta dekat abang aku tu. tapi abang aku bayar balik kat ayah aku. dia cakap dulu ayah aku tolong dia, sekarang dia pula yang tolong ayah aku. urmm, baikkn abang aku tak macam aku heeheeheee.

Tak sabar rasanya nak keje sebab aku nak kejar kereta idaman malaya aku. aku kalau tengok kereta nie kat atas jalan raya mahu nak merangkak keluar darah kat hidung. siyes aku gile kat kereta nie tahap cipanzi gorilla dah.

Nielah kereta idaman aku. cun giler kan? siyes aku nak demam kalo ingat kat kereta nie.aku tak nak kaler lain aku nak kaler kuning nie jugak. tak kira nak kaler nie jugak!








InsyaAllah kalau tak ada puting beliung aral melintang dalam tempoh 5 tahun lagi aku nak bawak jugak kereta nie jadi milik aku. aku janji aku nak jugak kereta nie. You suzuki swift wait for me yea!!!!!!

Tuesday 22 November 2011

Salam perkenalan



Assalamualaikum

Apa khabar semua? ak blogger baru. nak kata baru mungkin tak kot sebab belom nie  ak dah ada blog tapi ntah angin sawan  apa ntah yang buat ak nak delete blog tu. mungkin blog lama aku macam tak ade arah tujuan kot tu yang buat aku tak kurang sayang sangat tu. blog nie? opsss!! masih terlalu awal nak cakap. sebab aku nak jadikan blog nie macam diari aku. apa yang aku rasa nak membebel aku akan tulis kat sini,hehehehehe.

Ok, orang cakap mawar kuning atau disebut juga mawar persahabatan. orang cakap juga, bukan aku yang cakap warna kuning yang tersimpan di balik keceriaannya menyimbolkan persahabatan yang sejati, kekaguman atas persahabatan, ucapan selamat datang, suatu awal yang baru dari sesuatu, kenangan indah yang tak terlupakan. Semangat persahabatan sejati tersimpan di dalam indahnya mawar kuning ini. jadi sebagai salam persahabatan aku sebagai blogger baru nah!!!








terimalah mawar kuning dari aku,,teeeeeeee!!!