Thanx sudi folow belog sigadis yang picisan nie..

Thursday 27 December 2012

Lumpuhnya bandar Kemaman



Assalamualaikum

Tetiba jer hari nie saya dapat CUTI
iyep CUTI
Sape yang tak nak cuti kn

Saya dapat cuti sebab jalan ke opis saya di tutup
puncanya sudah pasti laa banjir
kalau dekat fb semua org duk update status pasal banjir
Sekarang bandar kemaman memang teruk
paras air naik dari masa ke semasa

Sejak dari semalam saya round bandar kemaman
bandar kemaman penuh dengan manusia
jalan tak payah nak cakap laa
jem!!!!


Nie ada beberapa gambar sekitar bandar kemaman
Gambar dari semalam sehingga hari ini
















Terkini air dikatakan semakin naik
Nak keluar tengok pn at depan rumah dah sedia jem
Inikan pula nak keluar
Oh! memang tak sanggup laa nk hadapi jem


Semoga keadaan ini semakin pulih
CUTI memang best
Tapi jika kita senang di atas kesusahan orang lain
Itu bukanlah sesuatu yang baik
Yang pasti
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya
InsyaAllah





Monday 24 December 2012

Free latew


Assalamualaikum

Musim sekarang memang ramai orang free
Apa taknya kalau ada kerja pun orang akan buat-buat free
ahahahahahaha
Hari nie dari pai sampai ke malam
hujan tak henti-henti lagi
Jalan pun dah banyak naik air
kalau 2 3 hari terus macam nie
confirm banjir akan melanda bandar kemaman nie


Kalau tyme hujan macam nie
memang best duk lam selimut
peerrgghhhh!!!!
memang best
tak dapat makan pun takpe asal dapat duk lam selimut
tapi kerja tetap kerja
dah settle semer keje
mata mula laa maen peranan
pandai jer dye bace naluri tuan dye
berat semacam jer
sedar-sedar daa dalam alam mimpi daa
ahahahahahahaha







Apa-apa pun urusan yang lebih penting perlulah diutamakan
barulah boleh lakukan urusan lain

Hidup memang indah
jika kita pandai mencorakkannya

So
let's enjoy our life better than before!

peace!




Majlis kawen penolong kelas



Assalamualaikum

Tetiba jer dapat undangan majlis perkahwinan dari penolong kelas masa zaman sekolah dulu..wah! penolong daa kawen..majlis dye pada 22 dec 2012..jatuh pada hari sabtu..walaupun hari sabtu saya kerja separuh hari..tapi Alhamdulillah demi kawan lama saya masih lagi empat meluangkan masa untuk ke majlisnya..


Saya bertolak dari kemaman ke Kampung Merang,setiu pukul 2petang and sampai dalam 4.30 petang..incik awe yang drive..Alhamdulillah dapatlah saya rehat kat sebelah..ahahahahaha.hujan tak henti-henti dari saya bertolak hinggalah saya balik ke kemaman balik..banyak jumpa orang xcident..incik awe pun drive slow jer..alahai takot tengok orang xcident..huuhuuhuu






kepada penolong kelas
SELAMAT PENGANTIN BARU
semoga fasa baru yang dibuka ini akan memberikan sejuta makna dalam hidup
semoga bahagia hingga ke akhir hayat
InsyaAllah
Amin




Sunday 23 December 2012

my c-day for mydegree


Assalamualaikum



Alhamdulillah..akhirnya hari yang dinantikan telah tiba..setelah 2tahun setengah berhempas pulas belajar..kini segenggam ijazah sudah menjadi milik saya..majlis istiadat ini berlangsung pada 2 dec 2012..tak nak cerita banyak-banyak..just enjoy my pic for my c-day...







 
 



















































Saya hanya sempat ambil gambar dengan family jer..saya berkejar nak balik ke kemaman selepas  saja  selesai istiadat konvo..keesokannya saya kerja..mak ayah saya risau kalau saya balik sorang-sorang bila malam..untuk tidak buat mak ayah risau..saya ikut saja nasihat mak ayah..tak dapat ambil gambar dengan kawan-kawan pun tak mengapa..apa yang penting majlis istiadat dapat berjalan dengan lancar..buat kawan-kawan semua..saya doakan kita sama-sama berjaya di dunia dan juga di akhirat..amin.....

A cute give for a cute girl



Assalamualaikum

Perrgghhh!!!
Baca tajuk entry macam tak boleh blah jer
Muahahahahahaha
Sebenarnya nak tunjuk key-chain pemberian kakak ipar saya jer
Apa yang menariknya
Kakak ipar saya bagi key-chain nie dia tak bagitahu tau
Sedar-sedar daa ada kat kunci kereta saya
Bila saya tanya dia just senyum jer
Owh!! so cute

Thanx mydear sis
luv u more!!!







Hidup memang indah bila dikelilingi orang yang kita sayang dan orang yang sayangkan kita
Alhamdulillah




my 1st car



Assalamualaikum

Finally
Salah satu azam saya tahun 2012 tercapai
untuk beli kereta dengan duit saya sendiri
yes!dengan gaji saya
Walaupun tak beli kereta mewah
Tapi bila beli dengan hasil titik peluh kita sendiri
kita pasti akan tetap berpuas hati
Alhamdulillah



Nie laa pakwe saya
mydear luv purple!!!








Terima kasih diatas rezeki dari-Nya
Amin.....



Tarikh yang cantik tak semestinya untuk hari yang baik!



Assalamualaikum


Setelah lama menyepi tanpa khabar berita..sekarang baru ada masa untuk meluangkan masa untuk bercerita cerita yang menjadi penyebab penyepian saya sebelum ini..amboi! ayat..ahahahaha


Oke pada tarikh yang cun melecun 10.11.12 bukanlah tarikh yang baik untuk saya..entah kenapa hari tu banyak perlawaan dari kawan-kawan saya..semuanya saya tolak..kawan-kawan ajak pergi minum saya tolak..kawan-kawan ajak saya lunch saya tolak..kawan-kawan ajak pergi jalan-jalan dekat kedai tudung pun saya tolak..alasa saya mudah..nak balik rumah and rehat..


Tapi benarlah kata orang..malang memang tak berbau..odw saya balik kerja kul 1.30..tanpa diduga..saya xcident..alahai buntu saya time tue..tak tahu nak buat apa..orang lain buat silap saya yang kena..orang u-turn mengejut..kereta depan saya break mengejut..saya memang tak sempat nak break..SUMPAH!! memang tak sempat..dalam sekelip mata jer..kereta hamcu kat depan..ye!saya kena langgar kereta kat depan saya..sebab kalau saya mengelak mungkin saya dah jadi arwah..mana tak nye kontena datang dari arah belakang kereta saya.


Time tue tak tahu nak buat apa..apa yang terlintas difikiran saya call rumate saya..nana..dia yang banyak tolong saya..thanx u so much mydear friend!!thanx gak kat farid..sebab temukan saya dengan orang yang betul-betul tolong saya untuk repair balik kereta..SUMPAH!!! tak ada sesiapa dalam family saya tahu pasal nie selain kanda saya sorang jer..saya tahu dye akan tolong saya..and perkara nie still jadi rahsia sampai hari ini..


Kat bawah nie ada beberapa gambar yang ada dalam simpanan saya..saya tak dapat upload gambar time xcident..xtahu kenapa..mungkin gambar tue pun malang..urmmmmm


















p/s: Sekarang kereta nie daa oke..thanx FAHMI!!!!!



1st entry on december rain


Assalamualaikum


Sungguh saya rindu nak berblog..bukan taknak update entry tapi banyak benda yang terpaksa saya dahulukan..sekarang niepun saya baru saja balik dari menghadiri kenduri sahabat saya zaman sekolah dulu..fuhhh!!!penat tak tahu nak cakap laa..walaupun bukan saya  yang drive tapi kepenatan tu tetap saya rasa..kerja 6 hari seminggu sungguh memenatkan..hari sabtu kerja separuh hari..lepas balik kerja tgahri td terus saja bertolak dari kemaman ke setiu..sampai pun daa petang..dalam kul 4.30..jumpa sahabat kejap lepas tu terus balik ke kemaman..penat memang penat..esok kerja lagi..banyak benda yang berlaku dalam hidup saya sepanjang saya tidak berblog..insyaAllah ada masa saya akan ceritakan segalanya..untuk waktu nie saya nak tidur dulu..hilangkan penat untuk memulakan tugas dengan penuh semangat esok..jum tido..selamat malam dunia!




p/s: Baca doa sebelum tido...



Sunday 18 November 2012

Kita baca kita fikir kita rasa



Assalamualaikum






Kadang-kadang,
Kta ingat kita dah buat yang terbaik sehinggakan kita lupa untuk buat sesuatu yang akan menjadi pelengkap kepada perkara yang terbaik itu!

Kadang-kadang,
Kita ingat setiap apa yang berlaku adalah ada kaitan dengan karma sehinggakan kita lupa yang setiap apa yang berlaku dibumi ALLAHSWT ini ada hikmah disebaliknya!

Kadang-kadang,
Kita ingat orang yang kita jumpa itu adalah orang yang betul-betul boleh buat kita bahagia sehingga akhir hayat kita sehinggakan kita lupa yang kita hanya mampu merencana namun TUHAN yang melaksana!

Kadang-kadang,
Kita ingat hanya dia yang mampu buat kita bahagia sehinggakan kita lupa kita punya pencipta dan hanya pencipta itu yang mampu buat kita bahagia!

Kadang-kadang,
Kita rasa kita tidak cukup waktu untuk mengejar kekayaan didunia sehinggakan kita lupa untuk mengejar kekayaan diakhirat yang nyata!

kadang-kadang, 
Kita rasa kita sudah menemui kesempurnaan dalam hidup sehinggakan kita lupa kesempurnaan hanyalah milik-Nya

Kadang-kadang,
Kita rasa kita sudah tahu banyak tentang isu-isu semasa sehinggakan kita lupa isu-isu akhirat yang masih banyak kita tidak tahu..betapa keringnya hati manusia!

Kadang-kadang,
Kita rasa kita cinta dia dengan sepenuh hati jiwa dan raga kita sehinggakan kita lupa untuk cinta diri kita sendiri dan pencipta yang mencipta kita didunia ini!



p/s: Setiap hari adalah hari yang baik untuk kita bahagiakan hati kita sehinggalah berakhirnya hari itu dan akan muncul keesokannya...





Friday 16 November 2012

Rebahnya sekeping hati







hari-hari yang aku lalui kini tersa sepi
jiwa aku kosong tak terperi
hidupku tak seindah yang diimpi
aku tahu
diriku tak sempurna untuk dicintai
tapi aku juga punya perasaan dan hati
aku pun mahu dicintai dan dihargai
hina sangatkah diri ini
mengemis kasih pada yang tak sudi
sedih dihati tak siapa ingin dengari
hanya padaMU TUHAN tempatku berkongsi sepi
tak tertanggung rasanya derita ini
dikecewakan oleh orang yang aku sayangi
ku rasa tak mahu hidup lagi 
tapi aku sedar
diriku punya harga diri
mungkin suatu hari nanti
cahaya kegembiraan akan muncul kembali
bersama orang yang mencintai diri ini
dengan seikhlas hati


INSYAALLAH


 

cerita cinta




bila aku ada
akui adanya aku
sedar akan hadirnya aku
jaga hatiku
buat ak rasa..aku ada
kerna
adanya aku dalam hidupmu
untuk menyayangimu
untuk cinta kamu
bukan untuk menyakiti
tapi untuk mengubati
aku sayang kamu
sukar untuk aku bicarakan
sehingga hadirnya kamu
dan adanya aku dalam hidup kamu
kerna aku sedia menyayangi
kini
adanya sayang dalam hatiku
kerna
adanya kamu dalam hatiku
cerianya aku kerna aku tahu
ditaman cinta itu
ada aku dan kamu
andai satu tika
aku rasa
cuma ada aku yang menyayangi
andai satu tika
aku sedar
cuma aku sendiri yang mengingati
andai satu tika
aku sedar
cuma aku yang mencintai
akan aku berlalu
tinggalkan taman cinta itu
berlalu aku dengan kesepian
bersama ketakutan
yang pernah aku rasakan dulu
dan berjanji untuk tidak akan mencintai
adapun hadirnya cinta itu
mungkin berlayarnya cinta itu
bersama dingin hatiku
yang gelap..hitam..kelam..kosong..






p/s : Jodoh itu rahsia ALLAH SWT..DIA tahu apa yang terbaik untuk kita..



aku seorang perindu



malam ini
hatiku berlagu sepi
mengingatkan dirimu
hatiku dipagut rindu
entah mengapa
setiap detik nan berlalu
hanya namamu yang ku seru
setiap hela nafasku
hanyalah untukmu
getaran dijiwa ini
tak siapa yang tahu
sesak menikam kalbu
namun kau tidak tahu
dan kau tidak perlu tahu
biarlah aku dengan duniaku
menjadi seorang perindu



Sunday 14 October 2012

i miss them much!


Assalamualaikum


Just njoy this pic
Nothing to say
Just miss them much!!!





Sometimes
we need to remember our mind about the last memories

Saturday 6 October 2012

Jangan marah, perlu tabah

 
 
Assalamualaikum
 
 
 Siyes! lame sungguh tak update entry. Kalau on9 pun just buke email dan ada laa jugak jenguk-jenguk kat page nie. Tapi tak ada masa nak update. Sekarang bila dah dapat kerja baru Alhamdulillah masa untuk peribadi tu adalah. Kalau dulu kerja macam mesin tapi gaji sikit. Nak marah juga bila hidup dan tenaga kita dianiaya tapi itulah hidup. Tak boleh marah yang penting perlu tabah. InsyaAllah ALLAHSWT akan sentiasa bersama dengan hambaNya yang teraniaya.
 
 
Harap-harap dengan rezeki baru nie hidup akan bertambah bahagia. InsyaAllah

Thursday 2 August 2012

Salam Ramadan!


Assalamualaikum

Ist SALAM RAMADAN kepada semua ummat Islam di dunia nie
Walaupun lambat tapi still gak nk wish

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini
akan memberi kita semua
Kebahagian
Kejayaan
Ketenangan
Kesabaran
Kekuatan
Ketabahan
dan Kehidupan yang lebih baik

Kerana
Disaat ini
aku TERLALU perlukan semua itu

Doaku
Semoga kita semua beroleh kebahagian yang abadi
InsyaALLAH



*Hening malam daku memohon..diberi ketabahan dalam hati mengharungi segalanya dengan senyuman...



Thursday 28 June 2012

Betul ke cerewek nie bagus???


Assalamualaikum

Hye uuoollllssss!
Sejak semalam tekanan makin terasa
Sehinggakan saya tidur dari kul 6pm - kul6am
Hebat kan?
ahahahahahahaha
Tapi bangun 2x laa
Solat maghrib and isyak

Bila baca entry saya tue kan. Agak-agak korang laa kan. Betul ke cerewek nie kadang-kadang bagus ea? Tapi kan bila saya fikir-fikir balik kan. Betul jugak. Cerewek nie kadang-kadang bagus jugak. Oke saya bagi contoh situasi yang saya alami sekarang.






Advisor thesis saya TERsangatlah cerewek. Setiap kali ada appointment dengan dye macam-macam dye akan betulkan. Sebenarnya saya tak kisah kalau dye nak betulkan. tapi.....kadang-kadang  bila jumpa kali pertama nak tu jumpa kali kedua dah xnak dah. Kali ketiga baiki tue jumpa kali keempat xperlu baiki ambil yang asal. Oke fine. Saya follow je angguk jee dengan senyuman tanpa perlu kata apa-apa. Rasanya otak saya nie makin tenat daa. Tolonggggg!!!!!





Tapi kan..tapi kan...bila difikirkan balik. Bagus juga advisor saya nie. Bila dah tahu dye macam tue kesungguhan saya makin meluap-luap. Setiasa inginkan yang terbaik untuk dipersembahkan tiap kali jumpa dye. Bila dah tau dye macam tue saya ikut je cara dye. Alhamdulillah dye suker dengan cara kerja saya. Tak banyak songet ikut je dye. Dye ajak saya jadi researcher. OMG!!!! thanx a lot. Saya rasa tak mengapalah. Buat satu thesis pun rasa macam nak terbeliak bijik mata. nak muntah kuning duk mengahap hari-hari. Nie kan nak jadi researcher. Mau terbalik dunia saya. Apa yang menariknya nanti thesis yang saya buat nie dye nak bawak ke depan. maknanya thesis yang saya buat nie bergunalah untuk research masa depan and akan dijadikan panduan pada orang lain. Alhamdulillah.......





Dear Dr
I'll follow u
Because
When i follow u
Mean that's
I follow my dreams!!!


Thanx a lot 4 all ur advices!



Tuesday 26 June 2012

Tak nak jadi nombor 2 nak jadi nombor 4


Assalamualaikum

Hye!
Selamat pagi dunia!

Kita kan dalam hidup nie perlu bersangka baik pada orang. Seperti mana kita nak orang bersangka baik pada kita juga. Tidak kisah laa seteruk mana pun sesuatu perkara tue kalau kita sentiasa bersangka baik pada orang benda tue akan menjadi perkara biasa.


Kenapa isu nie diperkatakan?

Saya kan kalau boleh sedaya upaya akan bersangka baik pada orang. Walaupun kadang-kadang hati terguris tapi tyme tue jee sakit hati. Tapi 3 hari 1 minggu lepas tue perkara tue akan jadi normal balik. Berdendam? Hidup nie terlalu singkat untuk berdendam. Kalau dendam macam mana pun alih2 orang yang kita sering dendam tue jugak laa yang kita selalu jumpa. So, rasanya tak salah memaafkan orang lain. InsyaAllah dengan memaafkan orang jiwa yang rebah pasti akan bangkit dengan semangat yang luar biasa.


Ada satu cerita

Peristiwa nie berlaku beberapa  hari lepas. Biasa kalau hari khamis nak balik kampung abang saya suruh pergi kerja dengan makhluk nie....



 Sumber: incik google


Tapi minggu tue abang saya dengan kakak ipar pergi bulan madu. Anak2 dyeorang saya yang jaga. So incik viva nie adek saya bawak balik kampung. Nak pergi mana ntah. Awal2 lagi dah rembat bawa lari incik viva nie. Apa yang tinggal kat saya adalah makhluk nie.....




Sumber: incik google

So saya bawak laa pergi kerja. Nak dijadikan cerita masa dekat traffic light adalah sorang mamat nie berhenti sebelah kereta yang dipinjamkan pada saya. Tyme tue saya buka tingkat sikit laa. Ntah apa yang dye sakit hati dengan saya tiba2 jee dye sound saya "Woi pompuan kalau setakat jadi nombor 2 tue dapat pakai kereta macam nie tak payah nak berlagak sangat laaa"

OMG!!!!! Apa masalah manusia nie dengan saya. Berlagak kerr saya. Saya tak pernah cakap pun dengan dye. Kenal jauh sekali. Tapi apa sebab dye kata macam tue pada saya? Dendam pada orang yang tak kenal adalah satu kesalahan yang sukar nak di nilai. Saya tak balas dengan menjerit macam dye. Saya cuma balas dengan suara yang mendatar "Maaf incik silap, saya bukan nombor 2 tapi saya nombor 4". Bila saya kata macam tue terus jee dye blah langgar lampu merah. Sungguh murah nilai harga nyawa dye sebagaimana murahnya akhlak dye sound orang dengan sesuka hati. Biarlah saya dah maafkan dye pun. Mungkin dye sakit hati. Boleh jadi ex-girl dye lari dari dye sebab ikut lelaki yang pakai incik wish juga. Tue yang bila tengok pompuan muda nek wish jiwa dye sakit. 

Moga disembuhkan hati dye dari terus sakit hati pada orang laen. Mungkin dye tak sempat nak fikir yang tidak semestinya orang yang bawak kenderan tue mermakna kenderaan dye. Boleh jadi tue milik ayahnya, ibunya, kakaknya, abangnya, kawan2nya or saudara mara mereka. 

Jadi berbaik sangka nie perlu. Tak salah terlebih berbaik sangka. Jangan sampai terlebih buruk sangka. Pasti merana jiwa....


Monday 25 June 2012

MAMA ILA STORY


Assalamualaikum

Dah bace tajuk enty kan? kan? kan?
Enty kali nie entry santai2 jee
Nak promote blog MAMA ILA

Blog nie menarik tau
Lebih2 lagi bagi sesiapa yang suker bace cerita keluarga
Cerita anak-anak cumil meletop!!

Apa yang menariknya tentang MAMA ILA nie kan
Dia ada kembar tau
Kembar dye memang sebijik dengan dye
Hari tue masa jumpa dye dengan kembar dye
Tak berkelip mata saya tengok
Siye memang majik!!!!



Nie MAMA ILA dengan anaknya
Sungguh cumil
Korang tak rasa menyesal ker kalau xbace blog MAMA ILA ???
Tengok anaknya pun dah rasa jatuh cinta
Tak bace lagi blog dye
So apa tunggu lagi





Sunday 24 June 2012

BKBR (Bukit Keluang Beach Resort) memang best!


Assalamualaikum

Hah! entry kali nie saya nak tunaikan janji saya
Yes! janji ditepati..heeee

Oke..saya bertolak ke BKBR dalam kul 12.30 tgahari
Sorry yep sebab saya yang terlambat tak pasal2 bertolak lewat
Jangan salahkan saya
dah perut nie meragam
mata lak tak boleh nak bukak
sebab tak nak seksakan mata saya
saya tidur laaa
sedar2 dah kul 11.30
mak oii!!!
barabg2 xsiap packing lagi
kelam kabut dibuatnya
bersiap dengan cepat sampai saya rasa
dah mandi tapi mandi balik dengan peluh
Fuuuhhhh!!!!!


Odw ke BKBR kteorang dikejutkan dengan satu kemalangan 
Teruk juga kemalangan tu
tak tau mangsanya hidup atau pun tak hidup lagi





Tapi yang pasti makhuk nie mati


 







 Nie tyme majlis perasmian
pembetulan
selepas majlis perasmian
bersama kawan sama2 praktikal kat situ
Asha namanya
Nak kenal lebih lagi nanti PM sy oke
Sorry Nazmi..gurau jee oke
nanti lanje Nasi Ayam Penyet + Air Bandung lagi oke
heeeheeeheee





Tudung kaler pink 2 jangan kacau
pengantin baru tue oke
kalau kacau gak
hubby dye lempang jangan salahkn sesiapa oke
ahahahahahahaha



 




Amboi2 gembira kau mira
Arrgghhh!!! tetap gembira dapat naek kereta tak berkuda
So sesiapa yang berminat nak menggembirakan saya lagi
Maka silalah jadi kuda
ahahahahahahaha


 

Nie aktiviti 1st
Water confident
Yes! memang confident kau Tak nak laa citer lebih2 kat sini
Ada kisah ngeri oke
Nak tutup buku
Mekaseh

 



Daki bukit
Penat..sungguh penat
bagi yang dah lama xbuat aktiviti macam nie
memang semput
Yes!! macam saya
rasa xcukup nyawa
huuhuuhuu

 

Akhirnya...
sampailah juga saya di puncak kasih bukit/gunung nie
Berbaloi-baloi kau
Memang best






Sampai jee atas bukit/gunung nie
Disuruhnya buat origami buung
urmmmm..layan jeeee
 Xtau masa nie dye suruh buat
lepas tue dye suruh lak ajar orang laen buat keesokannya
Oke
Orang yang hobinya minum air ada semut memang mudah lupa
So tak ada sesiapa yang bersalah
Sama ada peminum air ada semut mahupun semut tue
Kalau tak faham buat faham2 jee laaa

ahahahahahahahahaha


 


Nie group saya sepanjang team building tue
iyerrr..saya sorang pompuan
"aku kecewa dipinggirkan..aku kecewa tiada kejujuran"
pinjam sat lagu kau yep ella..huuhuu
Tue lagu jee
xada kena mengena pun dengan saya
Saya dilayan dengan baik sekali oleh group PAPA
Biasa laa daa MAMA sorang kan
Sombong! Meninggi diri!



 


Nie view kat puncak
jum layan














Turun dari puncak ada tangga
Tapi tangga dye mak ooii!!!
Tahap kecurangan kecuraman melampau
Tyme turun mahu terketar-ketak kaki
Macam kaki ayam sakit perot datang bulan
Ehh!! Ayam datang bulan ea???








Bersama group PAPA



 


Lepas buat persembahan
Tyme siap buat persembahan semua makanan dah dikutip
Meja bersih xada apa2 dah
sedih sebab saya baru jee makan satu mulut
Panggil buat persembahan terus naik pentas
Mujur ada PAPA ku sekalian
Dyeorang tolong ambilkan makanan dan minuman dekat saya
Sungguh daku terharu
sampai saya makan habis sebab terharu
Sebab terharu tau bukan sebab memang lapar
gggrrrrrrrrrrr



 


Supervisor yg in charge saya sepanjang praktikal
incik syuk memang best!
incik syuk memang terbaek!
incik syuk memang marvelous!
Baju pun dah sama
serasi bukan supervisor dengan anak buahnya
Katakan ya kalau tak malam nie mimpi saya













Anak manusia mana yang cantek nie
Berminat??
1kg RM350





Nenek saya pesan
Pompuan kalau nak amek gambar
kaki kena kepit
Kenapa?
Nanti masuk angin
Oke fine
Ada kena mengena ker???
Kalau naek motor macam mana??
Nanti nak tanya nenek saya laaa


 






 Silalah jeles oke
sengaja daku besarkan 
supaya meninggikan lagi tahap kejelesan korang






Odw balik sempat singgah beli satar dan otak-otak dekat kuala besut
kat sini memang femes dengan kedua2 makanan nie tau
Kedai dye dekat betul2 depan kubur
Alaa jangan laa takut lak
kubur tue tempat semua manusia yang hidup tau
Mungkin aroma kuburtue yang sedapkan makanan tue
korang apa tau
Tapi agak kecewa laa
 Sebab otak-otak sotong xde tyme tue
Biasa kalau balik kg nenek kat kelantan selalu jee ada otak-otak sotong
mungkin xde rezeki saya tyme tue



Balik sampai rumah waktu pejabat jugak
kul 5pm sampai umah
Mandi terus tidur
Malam bangun and tidur balik


Walau apa2 pun BKBR memang best
Pasti saya akan rindukan kamu semua wahai GPB!!!!!!