Thanx sudi folow belog sigadis yang picisan nie..

Wednesday 28 August 2013

Wordless wednesday - 11


Assalamualaikum




Jum jadi sahabat sejati



Assalamualaikum

Selamat pagi rabu semua..semoga hari ini akan mnjadi hari yang indah buat kita semua..SAHABAT..definasi yang berbeza akan kita dengar apabila ditanya pada orang yang berbeza..setiap orang akan ada pengertian yang tersendiri..bagi aku sahabat adalah tempat dimana kita dapat kongsi segala susah senang kita pada bila-bila masa kita perlukannya..sahabat yang memahami serta setia dalam persahabatan adalah yang paling dicari..jum kita lihat 10 karakter atau tip untuk menjadi sahabat sejati..adakah kita tergolong daripadanya??






1. Hargai detik bersama
Menghargai setiap detik kita bersamanya dan menghargai detik-detik itu dengan baik..jika kita mahu sahabat meghargai kita maka langkah itu perlu dimulakan dengan diri kita sendiri..barulah saling menghargai itu akan wujud dalam sebuat persahabatan..


2. Ikhlas hati
Seikhlas hati menerima sahabat seadanya tak kira sahabat kita adalah dari golongan yang kaya ataupun sebaliknya..jangan sesekali kita mengambil kesempatan ke atas kelemahan diri sahabat kita jika sahabat kita dalah seorang yang lurus dan mudah di tipu..ikhlaskan hati dalam bersahabat jangan ada kianat dalam diri..


3. Berikan sokongan
Ketika sahbat sedang berduka lara berilah sokongan agar sahabat tahu yang kita akan sentiasa bersamanya dalam apa jua keadaan..sebagai sahabat sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi sokongan di saat sahabat memerlukan bahu ketika berduka..sekiranya sahabat sedang berduka cepat-cepat beri sokongan kepadanya..itulah baru dipanggil sahabat..





4. Tak pentingkan diri
Jika sahabat perlukan bantuan kita..segeralah membantu dirinya secepat mungkin kerana ketika itu sahabat amat memerlukan kita sebagai tulang belakangnya terutamanya jika dia dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan..jangan jadikan kita seorang yang pentingkan diri dalam apa jua situasi..


5. Ingat tarikh-tarikh penting
Sebagai sahabat yang baik..mengingati tarikh lahir sahabat adalah satu cara yang mudah untuk eratkan lagi tali persahabatan itu..misalnya berikan ucapan selamat hari lahir buatnya dan beikan hadiah walaupun tak mahal namun itu adalah amat bererti buat seorang sahabat..


6. Pelawa datang ke rumah
Ajak sahabat datang ke rumah dengan menyediakan makanan yang enak dan sedap..kemudian makan bersama dngannya..malah perkenalkan sahabat kepada ibu bapa kita dan shabat pasti akan rasa kita betul-betul hargainya sebagai seorang sahabat..dan pasti dia akan buat perkara yang sama kita nanti..


7. Tak burukkan nama baik sahabat
Seorang sahabat yang baik sama sekali tidak akan memburukkan nama baik sahabatnya..walaupun telah melakukan kesalahan yang besar..tutuplah aib sahabat sebagaimana sahabat menutup aib kita dihadapan orang lain..malah jangan sesekali menyakiti hati sahabat..

 



8. Pendengar setia
jadilah pendengar yang setia ketika sahabat menyampaikan sesuatu kepada kita..terutamanaya berkaitan dengan masalah yang dialami..dan sedikit sebanyak membantu dirinya daripada kemurungan lalu akan buat sahabat rasa terharu kerana kita sudi dengar jalan ceritnya yang perit itu..


9. Tak minta balasan
Ketika sahabat memerlukan bantuan kita..jangan minta untuk dibalas bantuan itu malah ikhlas memebantunya kerana sahabat adalah pelengkap diri kita dalam menjalani kehidupan..jangan minta upah atau bayaran selepas tolong..selain tidak ungkit bantuan itu jika ada sebarang perselisihan faham antara kita dan sahabat nanti..


10. Kongsi hobi
Tip terakhir adalah sanggup berbuat apa sahaja yang disukai sahabat itu malah sanggup bertahan deminya walaupun aktiviti atau hobi yang dilakukan itu kurang disukai..secara tak langsung kita boleh belajar menyukai apa yang sahabat suka dan sahabat akan pasti rasakan dirinya dihargai..


Untuk mendapat sahabat yang baik kita perlulah menjadi sahabat yang baik kepada sahabat terlebih dahulu..ikhlaskan hati dalam bersahabat..insyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja....


TC


Tuesday 27 August 2013

Top 5 kartun yang PALING diminati



Assalamualaikum

Walaupun sudah remaja purba..tapi semangat kartun aku tak pernah luntur
Kalau layan kartun sama naik dengan anak-anak buat
Tak tahannya remote kat tangan aku
Aku laa stesen controller kat rumah
Dengan rasminya dilantik oleh anak-anak buah aku..ngeh3





5










4



 






3












2













1










# Tengok kartun boleh hilangkan stess kat manusia.....




Semangat kena ada



Assalamualaikum

Selamat petang dan selamat menyambut bulan syawal ke 20 hari..kalau tak silap laa sebab pagi tadi masa nak datang kerja ada dengar radio hot.fm..abg ijal (FBI) kate hari nie dah hari ke 20 kita sambut raya..kalau silap dia silap laa aku..ngeh3..tapi aku gak yang percaya kat dye..muahahahaha

Dalam setiap apa yang kita lakukan satu perkara yang perlu ada..apakah itu??ye semangat..sebab cuba bandingkan kerja yang kita lakukan dengan ada semangat dengan kerja yang kita lakukan tanpa ada semangat..hasilnya adalah amat-amatlah berbeza bukan??..sebab tu aku kata tadi bila kita nak buat sesuatu semangat kena ada maa..baru hasilnya menjadi..

Memang tak diakaui nak dapatkan semangat bukanlah satu perkara yang mudah..lebih-lebih lagi semangat nak belaja..aku tahu sangat laa..yelaa 5 taon after SPM duk kt U memang masak sangat laa ngan feel budak belajar nie..kalau nak belajar mesti kena ada mood..kalau tak ada mood memang tak boleh belajar laa..masa dip dulu aku macam tue laa..follow jer..sebab tue grad pon follow jer..masa amek degree baru ada kesedaran diri..lawan nafsu dalam diri..mood2 nie aku dah tak layan daa..aku tentang habis-habisan..dan alhamdulillah hasilnya memang lain..



 Nak dapat semangat senang jer..kena kuat laa..kalau tak kuat sampai bila-bila pun semangat takkan datang dalam diri..kena pandai layan apa kata hati..ada yang kata ikot hati mati..tapi kadang-kadang apa yang hati kata ada betolnya juga..so penilaian atas diri masing-masing..hati manusiakan lain-lain..so result pun jadi lain-lain laa kan..




Jika buat sesuatu jangan pernah putus asa..kena yakin yang dalam setiap kehidupan pasti ada harapan..walaupun harapan tue senipis kulit bawang tapi berkat usaha kita tak mustahil akan menjadi setebal kulit yang tengah bace entry nie..ngeh3..gurau jer..setebal apa2 yangkorang anggap paling tebal laa..ahahahahahaha.sebab dalam dunia nie tak ada yang mustahil tao..hari nie kita lihat dia berjalan kaki..esok lusa belom tentu dia akan terus berjalan kaki lagi..mungkin dia lebih mampu dari kita yang sekarang..jangan pernah pandang rendah pada kemampuan setiap manusia..TUHAN marah..

 



Dan yang paling penting sentiasalah berfikiran positif..semangat dah berkobar-kobar so kepale hotak pun kena laa fikir yang positif..hihihihi.ni tak semangat membara dengan harapan buat kerja satu nie dapat naik gaji 5k..bila bos tak naikan gaji tembak bos..hah!kan tak pasal-pasal dah femes muka masuk muka depan harian metro..apa salahnya buat kerja tue anggap jer sebagai penghargaan kepada majikan sebab ambil kita bekerja..nak cari rezeki yang halal..dengar pun sejuk jer hati..

Peringatan untuk diri sendiri juga..luahan ini sekadar apa yang terdetik dihati kecil melihat kejadian sekeliling..semoga kita semua akan terus maju dalam kehidupan masing-masing..insyaAllah.....


tc

Monday 26 August 2013

Inilah namanya kehidupan




Assalamualaikum




Tak semua yang kita buat akan dikatakan betul pada pandangan orang..bila kita dah rasa benda yang kita buat tue dah betul..tapi akan tetap di anggap salah di mata orang..bukan senang nak puaskan hati semua orang..yelah kita buat itu orang duk kata..kita buat ini orang duk kata..kenapa??sebab orang memang suka kata apa yang orang suka kata..so sampai kiamat pun kita TAK kan dapat puaskan hati semua orang..


Dalam hidup memang kena sabar..memang perlu sabar..tak boleh nak main sebarangan jer..silap haribulan masuk paper mati kena tembak..jangan senyum sinis saja..sekarang cikgu sekolah pun mati kena tembak..jangan sampai bila dah kuar paper orang awam mati kena tembak baru nak buka mata..masa tue baru laa sana sini updated status negara dah tak selamat bagai..tapi kita tak pernah nak support antara satu sama lain..bila dah jadi kes masing-masing tunding jari kat orang tertentu..sedangkan bila diteliti salah berpunca pada diri sendiri..tapi tak pernah nak mengaku..salah sendiri kenapa?sebab sifat suka salahkan orang lain laa..apa kata baiki diri sendiri dulu..jangan duk nak salahkan orang lain..dah bila masing-masing baiki diri masing-masing..jadi semuanya akan baik-baik saja..tak ada lagi yang tidak-tidak berlaku di sana sini..percayalah cakap kak ton..ngeh3

Bukan berkecil hati..cuma nak menaihati..nak dengar boleh baiki diri..tak nak dengar teruskanlah dengan sifat bangga diri..hidup nie kejap jer..tup tup dah tua..tue pun kalau sempat tua..kalau TUHAN panggil awal macam mana??peringatan untuk diri sendiri juga..moga kita terus berubah ke arah kebaikan..insyaAllah.....


TC

Monday 19 August 2013

Takdir hidupku dengan huruf F


Assalamualaikum

Alhamdulillah masih lagi di bulan Syawal..masa nie ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka..pelbagai juadah disediakan..dan pada bulan inilah kena lebih berjaga-jaga sebab banyak penyakit akan singgah kalau tak jaga pemakanan..semoga kita dalam keadaan yang baik semuanaya.

Suratan atau kebetulan..tuelaa kot perkataan yang paling sesuai nak gambarkan tentang apa yang nak aku ceritakan untuk entry kali ini..ini belog aku..kisah hidup aku..kadang-kadang aku sendiri tak tahu apa tujuan belog aku nie..segala-galanya bercampur baur sekali..kadang-kadang kisah itu kadang-kadang kisah ini..adeh!tak payah laa nak kutuk-kutuk aku sebab aku buat belog ini untuk tatapan aku..untuk buat apa sahaja yang aku suker..kalau tak suker just ignore kn jer belog cinonet aku nie..tak ada apa-apa yang menaarik pun selain kisah hidup perempuan biasa antara jutaan billion perempuan yang lain..

Hidupku dengan huruf F memang banyak ceritanaya..entah kenapa dalam hidup..aku banyak jumpa dengan manusia yang namanya bermula dengan huruf F..bukan sekadar nama namun ada ceritanya...

1. Masa aku form 3 ada cekgu praktikal sains yang mengajar aku..namanya Fauzan..cekgu nie baik sangat-sangat..dalam kelas dye selalu panggil nama aku untuk bagi jawapan kepada soalannya..aku masa tue memang teror sains..alaa sains form3..so aku jadilah anak murid ksayanagn cekgu nie..selalu gak cekgu nie ajak kuar makan..minum sehinggalah tunang cekgu nie jeles..adeh!sejak tue aku dah tak kuar daa ngan cekgu nie..apa laa nak jeles bukan aku takap cintan pun ngan cekgu nie..hari terakhir cekgu fauzan kat sekolah tue dye ada bagi aku gift & gift 2 aku simpan sampai laa sekarang..dalam PMR aku dapat A dalam subjek sains..teeeeee

2. Masa form 4 aku pergi camping dekat Sik, kedah..tak silap nama tempat tue Rimba Taqwa..masa tue adalah sorang mamat nie dari Kulai Johor nak ngorat-ngorat aku..alalalala..feeling hot gitewww..ahahaha.aku pun layan laa kan..alaa camping jamboree peringkat kebangsaan masa tue..memang semangat nak kawan melambung-lambung tinggi laa..tapi hampeh betol mamat nie..nak g mana-mana mesti nak ikot punya..nak buat xtvt sama-samalah kononnya..daa macam rumi & juliet laa pulak!..akibatnya aku serta rakan-rakan aku berpakat lepas subuh tidor kat surau..pastu bangun terus buat xtvt..maka tunggu laa mamat tue sorang-sorang kat depan khemah aku..siyes kejam giler masa tue..kat situ gak aku jumpa 2 orang mamat namanya Fakhruddin ala2 imam masjid & sorang lagi Faizuddin..aku suker kawan ngan Faizuddin nie sebab muka dia ala-ala nabil Mentor gitew..lepas tue dye suker petik gitar & nyanyi..feeling bunga-bunga gitew..ahahahaha. Fakruddin nie pulak macam pendengar radio bergerak yang setia..kadang-kadang conpius aku nie cakap ngan Fokok atau ngan fakruddin??

3. Aku ada 2 kawan baik sejak form 4 sehinggalah sekarang..kawan yang bebas bercakap apa sahaja..langsung tak terguris atau mengguris hati sesiapa..Fareez & Faizul..2 makhluk nie memang gila-gila..tapi lama dah tak jumpa..si Fareez keje kat shah alam Faizul pulak arab saudi..mungkin masa majlis kenduri nikah masing-masing kita akan jumpa balik..

4. Masa lepas SPM aku berkawan dengan Fikhry Firdaus..lama kami berkawan..dari lepas SPM sampai habis diploma dan sampai habis degree..takdir TUHAN menentukan jalan hidup kami..sejak itu aku berhenti untuk mengharap pada mana-mana lelaki..aku pilih hidup sendiri..memikirkan hidup yang baik tanpa berpaling lagi..hati lembut macam manapun lama-lama akan menjadi sekeras kerikil..

5. Takdir juga temukan aku dengan Fahmi dalam satu kemalangan jalan raya..entah macam mana kami berkawan sehingga kini..segalanya aku serahkan pada yang ESA..sehingga kini aku masih lagi menunggu apa takdir aku & dia seterusnya..rahsia-Nya akan tetap akan jadi rahsia-Nya....



#Sekadar coretan kisah lalu....


Coretan ringkas hati


Assalamualaikum

ada yg pesan supaya jenguk2kn hatinya
bimbang terluka katanya
ada yang pesan supaya pandang2kn jiwanya
takot kecewa katanya
tapi tak ada pula yg berpesan
supaya jenguk2 & pandang2 hati & jiwa ini
entah2 hati & jiwa ini yang remuk
tanpa sempat dijenguk & dipandang sesiapa.....
 
#Sekadar coretan ringkas hati

Thursday 15 August 2013

Percaya tak?? Dari no Hp anda dapat diketahui umur anda..


Assalamualaikum..


Kalau tak percaya cubalah.....

(1) Liat angka terakhir no hp anda...
(2) Dikalikan 2
(3) Ditambah 5
(4) Dikalikan 50
(5) Ditambahkan 1763
(6) Dikurangi tahun kelahiran anda.

Sekarang anda mendapatkan 3 angka.
Angka pertama adalah angka terkahir no Hp anda...

Angka
kedua dan ketiga
adalah umur anda..


Cuba dan buktikan sendiri ya selamat mencuba ...
 
#Kalau tak tahu tahun lahir orang macam mana nak buat nie kan..tp kalau dah tahun xpayah buat pn boleh tahu..sekadar menguji minda...

Tuesday 6 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin



Assalamualaikum

Hanyalah entry yang ringkas

Saya NURUL AMIRA BINTI BAHARDIN jauh dilubuk hati dan seikhlas hati ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua ummat islam di dunia ini...




Semoga raya tahun ini akan memberi makna dalam hidup anda


p/s: Berhati-hati dilajan raya..ingatlah org tersayang menanti kepulangan anda.....


TC

Sunday 4 August 2013

Yang Mana satu???


Assalamualaikum

Hari raya dah dekat..macam mana tahun nie??..Raya kat mane??..Kalu yang hidup bujang tak payah duk pening kepala duk pikir nak raya kat mana sebab destinasinya hanya ada satu RUMAH MAK..tapi untuk yang dah berkeluarga dalam kepala mesti ada 2 jawapan...





Aku tak penah lagi rasa pening kepala nak pikir pasal raya kat mana nie..sebab aku kan bujang lagi..haruslaa raya RUMAH MAK AYAH..

Kalau tengok signboard kat atas nie kan..agak-agak rumah sape nak beraye yep???...ngeh..ngeh..ngeh...pasti semua ada jawapannya kan..muahahahahaha

#Berhati-hati dijalan raya..jangan jadi salah seorang manusia yang pentingkan diri sendiri..semua orang nak beraya..hormati pengguna yang lain..semoga semuanya akan baik-baik sahaja#


TC


Ikan Bilis vs Ikan Jerung


Assalamualaikum

Zaman sekarang nie kalau nak bercakap soal KEADILAN memang dah tak layak dah..KEADILAN seolah-olah dah tak wujud dah..mana adanya KEADILAN kalau apa yang dilihat sehari-harian seolah-olah menghakis sedikit demi sedikit tentang kepercayaan..kadang-kadang sedih juga sebab manusia sekarang memang terlalu bersikap pilih kasih..ikan bilis akan terus menjadi mangsa sedangkan jerung besar bergembira sambil melambai-lambai tangan..

 



Bila masuk jer musim perayaan..tak kira laa jenis perayaan apa sekalipun..tapi bila dah nama perayaan pakcik yang kat atas nie memang TEKUN buat kerja..siap bawak pembaris lagi tue..harus ambil pembaris anak nie..lepas tue anak pergi sekolah tak bawak pembaris..ambil yang kawan punya..kawan tak kasi..tapi ambil juga..lepas tue gaduh..anak masuk hospital..keluar paper ayah saman cikgu sebab tak didik anak dengan baik..inikah dinamakan KEADILAN???..

Jauh disudut hati aku sekarang..KEPERCAYAAN terhadap pihak tertentu semakin pudar..salah sikit saman..kalau dah memang salah kita oke boleh terima..tak ada masalah..tapi jika kesalahan yang sama dibuat oleh rakan sendiri..adik beradik atau golongan ikan jerung..terus tutup mulut..semua akan jadi bisu..

Semoga dunia akan datang masih wujud apa itu KEPERCAYAAN..insyaAllah.....



TC


Saturday 3 August 2013

Top 5 buah-buahan yang paling banyak di makan pada bulan puasa tahun nie.....


Assalamualaikum

Sesungguhnya amatlah panjang tajuk entry aku hari nie

Setakat hari ini..nie laa top 5 (adeh! macam hot fm lorr pulak) buah-buahan yang paling bayak aku makan pada bulan puasa tahun ini..



5




Limau..makan sebab ayah suka beli buah nie..ayah beli sebab mak suka makan..anak join sekali..heeee



4






Pisang..amatlah suker makan pisang tak kira puasa atau tak..amatlah baik untuk sistem penghadaman



3







 Plum..amatlah sedap lebih-lebih lagi yang hitam..manis leting orang tganu kate..




2









Nanas jatuh no 2 sebab pengaruh rakan tak sebaya iaitu mak..mak terlalu matlah suka makan nanas..jadi aku pun terpengaruh laa sekali..hihihihi




1







Tembikai / orang tganu panggil timun cina..jangan tanya kenapa sebab aku pun tak tahu..hihihihi


Pagi-pagi dah buat entry pasal makan..lepas nie mesti ada jer yang laju-laju pergi beli buah nak buat berbuka nanti..ngeh..ngeh..ngeh..





TC