Thanx sudi folow belog sigadis yang picisan nie..

Sunday 22 December 2013

Jum kira sendiri keperluan air untuk tubuh kita


Assalamualaikum





Boleh kira sendiri dengan menggunakan formula diatas
Selamat mengira!!




Wednesday 18 December 2013

Wordless wednesday - 16


Assalamualaikum






Tuesday 17 December 2013

Brain wash for car wash



Assalamualaikum

Jika kita duk perati kan..kau perasan tak kebanyakkan car wash dibuka pada waktu hari bekerja sahaja..kalau ada yang buka 7 hari seminggu dan 24 jam sehari pun..boleh dikira dengan jari hendaknya..tapi kan bagi aku..sebenarnya kalau buka carwash nie kita tak boleh buka ikot waktu bekerja..cuba fikir mana ada orang nak pergi basuh kereta masa waktu bekerja..kalau ada pun 2 golongan-golongan @%*%#% aku tak nak sebut laa..nanti kata fitnah pulak!





 Orang nak buat biz kita nak buat biz..orang buka kedai kita buka..orang tutup kita pun tutup..cuba laa buat apa yang orang lain tak buat..aku bagi contoh..carwash nie dibuka kul 10am - 5 pm dari ahad - khamis..oke cuba fikir waktu tue adalah waktu orang bekerja..so kuantiti yang nak basuh kereta adalah teramat sedikit sekali..bila nak cuci kereta balik kerja carwash pun sibuk jugak nak tutup kedai..adeh!

Apa salahnya kalau buka kedai dr 10am - 10pm..cuti pulak ambil laa hari bekerja macam selasa ke..rabu ker..ambil 1 hari cukup laa beb..orang yang sediakan service nie tak payah laa nak cuti banyak..kalau nak masyuk banyak kena laa rajin bekerja..lagi pun time  6pm-10pm waktu orang dah balik kerja dan jumaat sabtu kan cuti belah pantai timur nie..so masa tue laa orang duk ambil kesempatan nak cuci kereta mereka..hah! tak ker masyuk banyak tue..lagi elok kalau buka carwash tepi pulak ada kedai makan..lagi laa ramai orang pergi basuh kat situ..sambil duk tunggu basuh kereta boleh munim dan makan sekali..jimat masa..





Aku tak suka basuh kereta guna yang auto macam kat atas nie..sebab bagi aku tak sesuci basuh secara manual..lagipun orang kata sedikit sebanyak akan bagi kesan pada kereta macam akan ada kesan calar gitew..orang kata bukan aku yang kata..nak tahu lebih lanjut kau tanyalah orang yang kata..




Note: Janganlah lepas nie orang carwash brainwash aku pulak..ahahahahahahahahaha


Sunday 15 December 2013

Pesanan PENTING untuk si jejaka


Assalamualaikum

Alahai..baca tajuk sentak mak!eh asal lak mak..bapak laa sebab kan untuk lelaki..mihmihmih..hah si jejaka-jejaka diluar sana..kat sini aku nak bagi peringatan penting tau..penting sangan..sangat penting..terlalu penting..tengok betapa pentingnya apa yang aku nak bagitahu nie..sebab itu perkataan PENTING diulang berkali-kali..

Pesanan itu adalah

-


-


-


-


-


-






Kalau nak melamar perempuan yang kamu cintai..yang kamu dah lama tunggu..JANGAN sesekali melamar perempuan itu ketika perempuan itu berada dalam keadaan stress..ingat JANGAN DALAM KEADAAN PEREMPUAN ITU STRESS!!!

Tak kiralah stress belajar ke..stress kerja ke..stress hutang ke..stress masalah family ke..stress dengan kawan-kawan ke dll..penat laa nak tulis semua..fikir sendiri laa pulak..sebabnya kebarangkalian kamu ditolak adalah 99.9%..yang lagi 1% mungkin perempuan yang dilamar itu ada masalah dalaman kot..ngeh3

Aku bagitahu adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga pengalaman daripada orang sekeliling..mana mungkin menerima lamaran orang disaat jiwa kita tak tenteram..even perempuan ajak lelaki nikah time lelaki stress pun mau di humbang perempuan tue dalam gaung hendaknya..cuba bertindak secara cool sikit..nak tackle kenalah ada cara..try masa perempuan ada masalah kamu take care pasal dia..cuba tolong dia..hah! silap hari bulan perempuan tue yang melamar kamu..tak ke rasa heaven tue!Nie tak..masa kita tengah duk serabuk laa dye duk sibuk ajak nikah..memang tak layan laa bro..masa orang duk relax tenang tak laa pulak amek kesempatan nak melamar..tak kena tempat nak melamar memang air mata laa makanan dia sebab ditolak..mihmihmih



Note: Nak rehat..pening kepala pagi-pagi dah berjemur tengah panas tunggu supplier hantar barang kat tapak projek..







Saturday 14 December 2013

Langkawi mai


Assalamualaikum

Nie salah satu daripada yang budak rumah aku bagi
Tunjuk yang nie jer sebab yang nie aku tengah makan





p/s: Sila abaikan meja yang berceloreng

Thursday 12 December 2013

" segmen: saya sayang blog saya "


Assalamualaikum

Lama dah tak join segment yang di anjurkan blogger
Ada masa sikit click2 laa kat blog kawan-kawan
so jumpa segment nie

sape nak join juga jum

senang jer
just click banner kat bawah nie

-


-


-

-

-


http://ayuinsyirah.blogspot.com/2013/12/segmen-saya-sayang-blog-saya.html



Bye

Sunday 8 December 2013

Salah makan atau makanan salah masak?


Assalamualaikum


Ini cerita semalam

-

-

-

-

-

-

-

-



 - berkali-kali begini -
-

-

-

-

-

-

-

-

 
 - Akibatnya penat melampau-


-

-

-

-

-

-

-

-



- Hari ini berkeadaan begini -





P/s: Jaga makan di kenduri terutamanya dimusim banjir.


Saturday 7 December 2013

Rakyat dan bebanan hutang


Assalamualaikum

Tak tahu nak cakap dah apa laa nak jadi dengan rakyat Malaysia sekarang nie..macam-macam rancangan pembangunan yang dilaksanakan..harga barang makin mahal..syarat-syarat nak dapatkan sesuatu (pinjaman contohnya) pulak makin ketat..nanti kereta 12 tahun ke atas dah kena lupus..tak lama lagi jugak GST akan dilaksanakan..bayangkanlah pinjaman kereta dah 9 tahun (hutang) lagi 3 tahun jer free lepas tue kena tukar balik kereta baru..hutang lagi..so sampai bila nak beli rumah..asyik duk berhutang beli kereta jer..bila GST dilaksanakan cukai atas pembelian sebuah kereta dianggarkan RM4000/kereta..siapa yang menindas dan ditindas???

 



Jangan duk ingat semua rakyat mampu..kalau mampu benda nie tak akan jadi isu..duk kata barang naik so gaji pun akan dinaikkan..kenaikan itu hanya untuk golongan kerajaan..bagaimana pula dengan nasib golongan swasta???gaji tak naik..tapi TERPAKSA hadapi kenaikan harga barang dengan tanparela..nak tak nak kena beli jugak..nak hidup kan..tak kan nak makan cacing dalam tanah kot..

Aku sedih nak hadapi hidup sekarang..nanti zaman anak-anak aku tak tahulah macam mana lagi..semalam dengar berita takrif elektrik akan dinaikkan tetapi dijamin MAMPU (mampus) dibayar oleh rakyat..oke aku nak tanya..rakyat mana??golongan mana??negeri mana??daerah mana??kampung mana??kesian laa pada yang tidak berkemampuan..sudah dibuat bancian ke kemampuan rakyat yang MAMPU bayar tu?..atau sekadar alasan takat muat ajer..ntahlah sungguh terasa hati sebagai rakyat..kata negara demokrasi..tapi bila bersuara dikatakan menentang..demokrasikah itu??sekarang siapa yang tak belajar sejarah??


Arrgghhhh!!!sudahlahhhhh......






Note: Bil Elektrik rumah sewa aku bulan lepas RM40.00..duduk 3 orang..8am semua pergi kerja..balik kul 6 pm..hujung minggu masing-masing balik kampung..TV bukak pun tengok berita kat TV9..cuma ada peti sahaja yang guna elektrik 24 sehari..so apa kejadahnya sampai RM40/bulan???



Wednesday 4 December 2013

Wordless wednesday - 14





Assalamualaikum










Note: Maybe pakcik nie guna cardina anak dye yang pergi offshore kot..van venatte pakcik2 osak so guna yang anak dye punye..mihmihmihmih

Tuesday 3 December 2013

Si bulan manja


Assalamualaikum

Suasana sekarang sungguh manja..hujan jer memanjang..belah pantai timur biasalah bila dah hujung tahun nie..musim boh (musim tengkujuh) saban tahun kami hadapi..tahun lepas kat kemaman..teruk jugak banjirnya..tahun nie aku kat kuala terengganu pulak..so kat sini tak ada banjir..cuma hati aku jer banjir sebab berubah mengikut perubahan cuaca..eh!boleh ke gitew???

Minggu nie perut asyik duk lapar jer..aku pulak jadi tension..biasa pagi-pagi aku makan roti jer..tapi hari nie pagi-pagi lagi aku dah bedal nasi lemak lapar punya pasal..lepas makan tak sampai 10 minit dah pergi buang balik..tadi sakit perut lapar lepas makan sakit perut nak buang pulak..xker confius kejadian tue..



lama dah tak makan nasi lemak..sedapppp!!!!


Sekarang hujan lagi..mata aku pulak tak boleh blah..siyes ngantuk..minum pula milo panas..hebat permainannya disitu..ahahahahaha.kejap lagi waktu lunch boleh laa lelap kejap..kalo tak dalam surau dalam bilik sendiri pun jadi jer..tutup pintu rapat-rapat..slowkan aircond..off lampu..selimut dengan selendang yang besar gedabak..ohh heaven!!




tak ada kerja edit benda nie


Oke selamat menjalani hidup dibulan manja nie..bye!


Monday 2 December 2013

Terlajak laris


Assalamualaikum


-sengaja aku besarkan-



Hah! jodoh ditangan TUHAN semua WAJIB percaya sebagai ummat islam okeh..jadi mulut tue jangan laa duk ringan sangat nak tanya soalan jemput pisang mas "BILA NAK NIKAH???" adoi!!!!

Mulut tempayang boleh jugak nak tutup tapi mulut manusia nie..aiseeyy meng (giler ayat tganu aku eja)..ye aku tahu..aku sedar umur daa 25..memang patot nikah daa..tapi dah TUHAN cakap jodoh aku tak sampai lagi nak buat macam mana lagi..aku tak nak jadi manusia kufur..sebab aku percaya bila tiba masa akan sampai laa jodoh aku..bila??jodoh ditangan TUHAN if ditangan aku dah lama dah aku tengoknya bila..at least boleh laa plan awal-awal kan?kan?kan?

Mulut-mulut orang nie kan..

BILA NIKAH AWAL
*Eeeee..galok (gatal) laa umur muda lagi dah nikah..ke ada apa-apa ea??

BILA NIKAH PADA UMURNYA
*Elok sangat laa nikah nanti tua tak laku susah..lepas nikah mula laa tanya pasal anak pulak..hah!!disitu pun ada kejadian stressnya lah!

BILA UMUR DAH BANYAK
*Tunggu anak raja mari pinang ke yang tak nikah lagi nie..tue lah memilih sangan..kan dah tak laku..kalu xingat dosa pahala mau aku jahit silang pangkah double pulak dengan jahit insang pari mulut manusia nie..


Serba tak kena jadinya..bagi aku WAJIB laa pilih sebab lepas nikah nak hidup dengan pasangan tue kan..if tak sebulu dengan kita mau bertahun jugak duk pendam rasa..lepas tue meninggal sebab tekanan perasaan melampau..dan mungkin punca penceraian dizaman purba (berumur) pun sebab kes nie jugak..tunggu anak-anak dah besar baru cerai..

Aku tak nak nikah dengan orang yang aku tak ada perasaan..mau aku lari malam pertama nanti..aku pernah tolak pinangan daripada orang yang aku tak ada langsung perasaan beberapa bulan yang lepas (sebab dia pernah melamar sebanyak 3x) punca sebab aku tak ada rasa..orang kata cinta boleh dipupuk dan terimalah orang yang cintakan kita..itu cakap orang..yang rasa kita..susah senang badan kita yang terima..aku tak nak dera perasaan aku terima apa yang hati aku kata TIDAK..tapi itulah lain orang lain cara fikiranya..



Sekarang aku tak kisah sangat mulut orang..sebab aku hidup pun bukan ehsan orang..bukan dapat elaun daripada mana-mana pun kalau aku nikah..lagipun umur 25 bukanlah terlalu tua..zaman sekarang 30 pun dah biasa bagi yang berkerjaya..yang dah nikah pun belum tentu semuanya bahagia...so jangan duk gopoh-gopoh..orang laki kata takkan lari gunung dikejar tapi gunung kat pompuan nie boleh lari..sebab tuan gunung ada kaki..muahahahahaha

Sampai masa akan tiba waktunya.....



Tranformasi ke Tranformers?


Assalamualaikum

Entah kenapa tetiba jer aku rasa nak luahkan apa yang aku duk perati sejak kebelakangan nie..luahan nie bukan bermakna aku anti kerajaan juga bukan bermakna aku penyokong pembangkang..cuma luahan daripada apa yang aku  duk perati..

Kalau dulu jadi Guru lah yang paling best..setiap tahun dapat cuti banyak daripada kerja lain..tugas pun tak adalah membebankan..relax jer..pagi pergi kerja..pukul 1 petang dah boleh balik untuk bersama keluarga..ini yang aku perhatikan sebab adik beradik belah mak aku 7 orang yang kerja cikgu..siap pesan lagi bila besar jadilah cikgu..kerja best & relax jer..cuti pun banyak..tapi itu dulu..dulu sebelum pemimpin baru yang ambil alih..sekarang semuanya sudah berubah..




Tugas guru sekarang tidaklah sesenang dulu..aku tengok abang aku yang jadi cikgu kerja 6 hari seminggu..hari isnin-jumaat kul 7.30pm baru sampai rumah (mengajar sesi petang masuk 12.30pm). wife abang aku mengajar sesi pagi disekolah yang sama..dulu mereka sama-sama sesi pagi tapi lepas nikah abang aku ditukarkan ke sisi petang..atas alasan tak boleh sesi yang sama (alasan tak ada pendidikan langsung)..alasan yang tak wajar..hari sabtu kena pergi sekolah sebab ada kokurikulum pula..jadi guru sekarang kerja lebih dari yang sepatutnya..dengar-dengar lagi ada cadangan supaya waktu guru bekerja sama dengan waktu pejabat..macam mana nk lahirkan murid yang berkualiti jika guru ibarat Tranformers yang DIPAKSA kerja siang dan malam..tue tak termasuk lagi tugasan melatih murid untuk aktiviti sekolah seperti bola sepak dsb..aku dengar abang aku cerita pun dah penat..aku kerja kat pejabat pun tak sepenat abang aku..so mana transformasinya??bila nak laksanakan??jangan sampai “tahi yang dulu belum dicuci, nanti membuat tahi yang baru”..




Apa yang aku tahu guru sekarang dah macam-macam kena buat..dengan laporan serta data yang pelbagai untuk diisi..seolah-olah kerja dipangkalan data pula aku fikir..apa selalu dengar janji kuirangkan beban..janji itu janji ini..orang munafik memang suka buat janji..tabur rata-rata..apa yang tinggal hanya habuk!!




Jika pemimpin tu rasa mampu menanggung bebanan tugasan guru..apa kata bagi tempoh padanya untuk berkhidmat sebagai guru..tak payah lama..cuma 1 penggal sahaja..tengok apa riaksi dia..kalau terasa hebat kenapa nak dolak dalih..orang yang berpendidikan tidak akan tahu hanya mengangguk dan menggeleng sahaja..malah tidak akan buat sistem pendidikan yang mengaruk bagai..


p/s: Tugasan melampau..dah laa anak murid tak boleh tegur..tegur sikit mak bapak datang serang cikgu kat sekolah..siap bawak pistol lagi..lepas tu masuk berita masuk paper..kena panggil dek kementerian..nasib laa cikgu!!


 



Sunday 1 December 2013

Merah si bunga crepe


Assalamualaikum

Sedar tak sedar kreatif jugak aku nie
asal-asal try and error je tengok contoh kat tenet
aikk!!jadik jugak upenyee
x sangko den!

so lepas nie nak tunang nak nikah
tak payah sibuk habiskan duit
buat sendiri jer
senang dan sungguh menjimatkan






p/s: Nak belajar lebih banyak tentang seni nie..sebab memang ada impian nak ada biz sendiri suatu hari nanti..sampai bila nak kerja dengan orang kan??owner a biz is my dreams!!