Thanx sudi folow belog sigadis yang picisan nie..

Wednesday, 2 May 2012

Inilah namanya kehidupan


Assalamualaikum

Dalam hidup


Akan ada hari-hari dimana







panas dengan dugaan hidup



::


::


::





::


::


::


Dilimpahi dengan hujan airmata


::


::


::


 



::


::


::



Namun benarlah

Dalam hidup penuh cabaran ini


Ternyata

Hidup akan indah penuh dengan 

Warna kehidupan yang pelbagai



::


::


::

 


Semoga kita semua akan berbahagia dengan hidup masing-masing


InsyaALLAH..amin

Dari hati seorang Kawan


Assalamualaikum

Titipan untuk jadikan panduan dalam hidup berkawan.....

  • Jangan TERLALU percaya kepada kawan yang baru kenal DAN yang sudah lama kenal. Boleh jadi kawan yang kita kenal semalam dan 30tahun sudah kita kenal adalah kawan yang suka bercerita tentang kita tanpa kita sedar.
  • Jangan terlalu taksub bercerita tentang kegembiraan kita kerana boleh jadi kegembiraan kita akan menjadi sakit di hatinya tanpa sedar.
  • Dahulukan kerja kita sekiranya itu penting untuk kita untuk mengelakkan kesusahan pada kita di kemudian hari daripada kerja kawan kita kerana boleh jadi kita akan menyesal sebab dia tak akan menghargai segala pengorbanan kita sebelum ini. Ini kerana percayalah sahabat yang baik tidak akan memaksa untuk kita tolong mereka sekiranya dia tahu kita ada perkara yang penting untuk dilakukan.
  • Janganlah buat terlalu baik dengan kawan sebab ramai yang kecewe apabila kawan makan kawan sendiri tergolong dalam golongan yang kawan yang kita selalu buat baik pada mereka. Jadi berhati-hatilah.

Mungkin nasihat ini adalah dari pengalaman sendiri. Untuk dikongsi supaya kamu tidak rasa apa yang aku rasa SAKITnya bila dikianati KAWAN sendiri.

Bila terlalu percayakan KAWAN


Assalamualaikum

Puuhhhh!!!!Sapu-sapu habuk sikit. Dah lama daa tak update blog. Bulan lepas langsung tak update. So bulan nie kena update laa. Bukan tak nak update tp aarrgghhh tak payah bagi alasan laa mira. jemu ok dengar alasan yang macam-macam tue. tak ada orang nak tahu pun oke!

Oke kali nie rasa macam nak bercerita pasal kepercayaan pula. bukan kepada pasangan tetapi orang yang paling rapat dengan kita di saat keluarga jauh disisi. siapa?? yup KAWAN.

KAWAN...sesiapa pun perlu kawan. sesiapa makhluk kat dalam dunia nie akan WAJIB ada KAWAN walaupun seorang.kalau yang tak ada tu mungkin duk dalam gua niah laa kot. kawan dengan batu bata. muahahahaha.oke tak kelakar laa mira Oii..

Berbalik dekat KAWAN. Bagi saya KAWAN nie unik. Sebab lagi ramai kita berKAWAN lagi banyak perangai manusia yang akan dapat kita belajar. Dulu bagi saya kalau kita inginkan KAWAN yang baik kita perlu menjadi KAWAN yang baik untuk mereka. seboleh mungkin saya akan berfikiran positif dan sentiasa berbaik sangka pada mereka. saya sayang semua KAWAN saya. saya tak boleh hidup dengan gembira tanpa makhluk bergelar KAWAN. Bila mereka perlukan bantuan saya seboleh mungkin akan tolong mereka. Bagi saya kita berkorban dalam berKAWAN untuk melihat senyuman dibibir mereka. Jika mereka gembira sudah pasti saya juga akan turut sama gembira.


TAPI...


Saya sangka akan selamanya saya gembira dengan berKAWAN. tapi saya silap. kerana terlalu percayakan KAWAN saya menjadi bualan orang. ramai orang fikir yang bukan-bukan tentang saya. saya rasa TERLALU sedih. saya sedaya upaya tolong dia disaat dia perlukan bantuan. Madu saya bagi dia balas dengan tahi. sedih dan saya rasa yang terAMAT sedih.


Sebelum nie jika dia perlukan bantuan dalam pelajaran saya akan cuba membantu. tapi disebabkan sekali saya tak ajar dia tuduh saya KEDEKUT ILMU!!

Sebelum nie dia tiada tempat berlindung saya bantu bawa berlindung dirumah yang sama-sama disewa. tapi tak tahu dimana silapnya pelbagai cerita dibawa yang saya tak tahu dari mana dia ambik cerita yang langsung tak betul itu. Ya Allah sedih hanya ALLAHSWT saja yang tahu.

Sebelum nie banyak masa dihabiskan bersama-sama berkaraoke makan minum jalan-jalan bersama rupa-rupanya itu hanya sandiwara bila bukan bersama rupanya dia bercerita yang bukan. Saya tak faham dengan manusia ini. sungguh tak faham.

Jika ada soalan bocor time quiz and test dia bagi kat saya soalan. untuk buat jawapan and sama-sama kongsi tapi bila saya dapat 100% dia buat cerita dibelakang. Rupa-rupanya saya hanya BONEKA untuk mereka dapatkan jawapan.

Bila saya dapat DL (Dean List) makin banyak bercerita. Macam-macam. Bila buat thesis saya terkena lagi. Saya tak faham macam mana draf saya yang siap dulu dikatakan MENIRU draf yang dalam proses untuk dibuat. Sedangkan draf saya daa dapat approve dari dr advisor saya. Ya ALLAH besarnya dugaan yang KAU bagi dekat aku sejak-sejak nie. Sakit TUHAN saja yang tahu. sehingga saya delete fb sebab ramai yang bercerita. walaupun masih lagi ada yang percaya dekat saya. tapi SUMPAH saya CUKUP terasa hati. sehingga satu tahap saya langsung tak cakap dengan orang. saya CUKUP terasa hati dengan KAWAN saya. ada yang meminta maaf tapi HATI saya cukup TERASA dengan apa yang mereka semua lakukan. menghukum saya tanpa usul periksa. kalau hati saya batu tidak mengapa. hati manusia sekeras macam manapun kalau sudah sakit akan bisa jadi sekeras kerikil.

Sejak itu saya cukup berhati-hati berkawan. kurang bercakap. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Jangan pernah TERASA hati kalau saya tidak tolong kamu lagi. Jangan TERASA kalau saya tidak mahu bercakap dengan kamu lagi. Sesungguhnya saya jadi begini sebab kamu semua!!!!!

Saturday, 31 March 2012

Tibe-tibe jee terasa.....

Assalamualaikum

Selamat pg semua!!ye daa pg..tapi mate aku still lagi tak reti-reti nak pejam. Tetibe jee teringat kat blog. so, apa lagi terus on lappy and tulis entry nie..hihihihihihi

Entry kali nie rasa macam nak cakap pasal diri jee. pasal apa yang aku TAK suker buat tapi aku SUKER sangat buat. Kalau boleh aku nak bagitahu benda nie dekat dia andai kata apa yang aku buat selama nie cukuo merimaskannya. cukup buat dia rasa tak selesa. cukup buat dia rasa aku membosankan. wahai seseorang..dengarlah.....

1. saya cukup tak suker tidur waktu petang. sebab bila jee saya terjaga dari tidur saya MESTI rindu awak. bila saya rindu saya akan call awak!
2. saya tak suker duk sorang-sorang. sebab WAJIB saya akan rindu awak!
3. saya tak suker kalau mata saya tak ngantuk. sebab MESTI saya akan rindu awak!
4. saya tak suker pegang tpon. sebab bila tiap kali tpon duk kat tangan saya..saya seolah-olah hilang kawalan and trus msg awak!
5. saya tak suker kalau keluar dengan kawan-kawan saya and ada diantara kawan saya bawak pakwe dia. sebab saya AKAN ingat dekat awak!
6. saya tak suker kalau dapar undangan pertunangan and perkahwinan. sebab saya RASA nak ajak awak kawen jugak!
7. saya tak suker dengar kawan-kawan saya putus cinta. sebab saya takut awak akan tinggalkan saya MACAM yang kawan saya alami!
8. saya takut bila bercakap pasal jodoh. sebab awak SELALU ingatkan saya yang jodoh bukan ditangan manusia tapi ditangan ALLAHSWT!
9. saya tak suker rindu awak. sebab saya akan nangis sebab rindu saya TERLALU banyak!

Banyak benda yang kita tak suker buat tapi benda tu jugak yang selalu kita buat. setiap hari aku doa moga dipertemukan jodoh. berdoa dan berharap agar aku adalah tulang rusuknya. aku tidak mengharapkan kesempurnaan sebagaimana ketidaksempurnaan aku. cuma aku minta yang terbaik dalam hidup aku sebagaimana ALLAHSWT bejanji yang terbaik untuk ummat-Nya yang sentiasa mengingati-Nya . Amin.....

Monday, 19 March 2012

Sibuk..sibuk..sibuk dan sibuk


Assalamualaikum

Seriously, time is running. Sometime i need to ignore that what i want to do. Terpaksa pentingkan yang lebih penting daripada keseronokan. sibuk ditempat kerja dan sibuk dengan thesis yang banyak ragam. thesis tak banyak ragam tapi....yang banyak ragam. If no idea he said us to think think and think untill i lost all idea before. Now i has one more week to make draf proposal and submit for him. Aarrggghhh!!!! i need someone that can give me moral support but now i need to stand up with my own to handle mylife. To separate between need and want. yes i need to motivate myself that i'm here/born to be a success person in the future!!!!