Assalamualaikum
Sebenarnya dah lama nak buat entry pasal incik abg sorang nie. Tapi asyik tak ingat jee. Tiap kali nampak dye berlakon kat tv time tue laa berkobar-kobar nak buat entry pasal dia.Nak tinggal cerita tue sayang pulak. Mana boleh tinggal citer kalau dah incik abg sorang nie yang berlakon. Wajib tengok sampai habis tau. Tak kisah laa dia bawak watak apa pun yang pasti saya akan tengok sampai habis. Saya sanggup tidur lewat tau.
Oke kalau bace tajk entry bunyi macam tak boleh blah kan?? arrgghhh ada saya kisah..muahahahaha. Oke jum kita ushar biodata abg sorang nie. Jum!
NAMA PENUH: Zul Huzaimy Marzuki
PANGGILAN: Zul Huzaimy
TARIKH LAHIR: 12 Disember 1978
USIA: 33 Tahun
TEMPAT LAHIR: Grik, Perak
KELULUSAN: Diploma Seni Persembahan, Akademi Seni Kebangsaan (ASK)
KERJAYA: Pelakon
FILEM:
Haq, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Wayang, Senario The Movie: Episode
1, Anak Halal, Impak Maksima, Cinta Yang Satu, Syaitan, Remp-It, KL
Menjerit, Lang Buana
DRAMA: Antaranya Ombak Laut Cina Selatan, Salam
Sakaratul Maut, Kelab Wayang Gambar, Pantang, Salam Terakhir, Cinta Sang
Gembala, Semanis Buah Ceri, Pusaraku Pelamin Ayah, 3 Dara, Kau Laksana
Bulan, Lembrata Pak Lang Husin, Mentari Jingga, Bukan Aku Tak Cinta,
Denai Berbisik
TEATER: Hamlet, Alang Rentak Seribu, Tengku Anum, Gedebe
PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-21
Sumber:
http://zonfiniti.blogspot.com/2011/01/zul-huzaimy-biodata-profil-gambar.html
Nak cuci mate laa jap
Sapenak ikut jum!
Oke gambar nie sengaja dibesarkan supaya
mata korang akan turut sama besar
Sekarang drama arahan abang sorang nie tengah hangat di tayangkan tau
"SEINDAH SAKURA"
Jangan lupa tonton diTV3 setiap isnin-khamis
kul 7pm-8pm
Walaupun abang sorang nie tak berlakon
Nie drama arahan dia tau
Diakhir drama nie
ada gambar die
perrggghhhh!!!
itu sudah cukup bagiku
Menurut abang sorang nie
drama nie adalah diambil daripada novel nie
tajuk yang sama gak
sinopsis daripada novel nie adalah
SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat
bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis
itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam
Sukar bagi
Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas
dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan
Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira
terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang
melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.
Di universiti,
Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang
lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur
bagai kaca berderai ke bumi.
Shakira cuba menjadi SEINDAH
SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin
mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat
untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar
kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...
Sumber:
Puan Gojes
Dan sinopsis drama lak macam nie:
Kebanyakan kita dilahirkan di dalam latar belakang yang berbeza. Namun,
hakikatnya manusia sendiri yang meletakkan taraf dan kelas sesama insan
lain. Jadi janganlah cepat menghukum atau bersikap prejudis sebelum
mengenali hati budi serta kisah silam seseorang kerana ianya hanya
mengeruhkan keadaan. Drama di slot Akasia, “Seindah Sakura”, memaparkan
kisah sedih menyayat hati kehidupan Shakira yang terpaksa mengharungi
pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan
sebatang kara oleh ibunya sejak kecil.
Drama bersiri 24 episod
terbitan Temenggong Pictures, bakal membuka tirainya pada 7 Mei 2012,
setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam. Drama yang
diarahkan oleh pelakon dan juga pengarah yang berbakat besar iaitu Zul
Huzaimy dan skrip yang ditulis oleh Wan Mahani menampilkan
pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’
Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah dan ramai lagi.
Seindah
Sakura membuktikan hakikat sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini
sememangnya penuh dengan ranjau berduri. Kegagalan dan kekecewaan
bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shakira. Namun
hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari
perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shakira telah ditinggalkan
oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya
bersama nenek tersayang, Nek Kiah. Sesungguhnya Shakira amat merindui
ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus
hilang tanpa khabar berita.
Roda terus berputar dan tanpa
disedari Shakira kini sudahpun menjangkau usia remaja dan bakal
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dengan baju yang
bertampal sana sini, kasut yang koyak rabak, rambut tidak terurus dengan
penampilan yang selekeh, Shakira sering kali diejek oleh rakan-rakan
sekelas yang lain. Kadang kala, Shakira terpaksa ponteng sekolah kerana
masalah kesihatan Nek Kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang
sama, sekolah Shakira juga menerima kehadiran Airil, seorang cikgu baru
yang tampan dan cukup berdedikasi demi mendidik para pelajar agar
menjadi insan yang berguna.
Sikap Shakira yang selalu tidak hadir
ke kelas telah mendapat perhatian Airil. Tanpa soal selidik, Airil
terus mendenda Shakira agar gadis itu sedar atas kesilapannya, namun
Shakira langsung tidak mengendahkan teguran Airil kerana baginya orang
seperti Airil tidak akan memahami situasi orang miskin sepertinya. Ini
membuatkan guru baru itu bertambah geram dengan Shakira dan sering
mencari kesalahan Shakira. Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil sendiri
pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek
Shakira yang telah dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil
mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah. Saat itu,
perasaan bersalah bertalu-talu menghimpit diri Airil. Airil cuba memberi
kata-kata perangsang dan menjadi peneman Shakira semasa di hospital
sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.
Datuk
Malik, bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha yang kaya
yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah
Shakira. Datuk Malik melayan Shakira seperti anaknya sendiri dan Shakira
pula bersyukur dengan perhatian dan bantuan yang diberikan Datuk Malik.
Shakira tidak pernah menunjukkan perasaan sukanya pada Airil tetapi dia
sering dilihat seperti tertunggu dengan kedatangan cikgu yang ternyata
berbeza dengan tanggapan pertamanya dulu. Sekarang Shakira dapat
menumpukan perhatian pada pelajaran.
Baru beberapa hari dia
mengecapi saat gembira bersama neneknya, Rosnah muncul di rumah mereka
dalam keadaan yang berkudis di seluruh tubuhnya serta tak bermaya.
Shakira begitu gembira dengan kepulangan Rosnah akan tetapi neneknya
seperti tidak selesa dengan kepulangannya kerana merasakan Rosnah akan
membebankan Shakira. Telahan nenek Kiah ternyata tepat. Keadaan Rosnah
mengakibatkan Shakira kelam kabut untuk menjaga nenek dan ibunya.
Apabila nak ke sekolah saja, Rosnah akan memanggil meminta pertolongan
untuk membuang air. Malah ada juga beberapa kali Shakira tak sempat
memapah Rosnah ke bilik air, dan najisnya tercicir di lantai. Shakira
pada mulanya agak tertekan dengan situasi baru yang melanda dirinya
tetapi nasihat Airil sentiasa menyejukkannya.
Orang kampung
begitu membenci dengan kepulangan Rosnah yang membawa penyakit AIDS.
Malah Shakira dan nenek Kiah juga terkena tempias menjadi mangsa
kebencian penduduk kampung apabila mereka dipulaukan oleh penduduk
kampung. Akhirnya penderitaan Rosnah berakhir setelah beliau meninggal
dunia. Kemudian Datuk Malik telah mempelawa Shakira dan neneknya untuk
berpindah di rumahnya. Jika sebelum ini Airil jarang ke rumah Datuk
Malik tetapi kini dia sering balik setiap hujung minggu untuk menemui
Shakira. Airil makin terpikat dengan sifat Shakira yang sopan, sabar,
selamba. Akan tetapi Airil berasa terperangkap dengan janjinya bersama
arwah isteri Datuk Malik untuk berkahwin dengan anak mereka iaitu Anida.
Sejak
kehadiran Shakira di rumah Datuk Malik, Anida adalah orang yang paling
tidak menyukainya kerana beranggapan Shakira gadis miskin dan kotor yang
telah merampas perhatian ayah dan Airil daripada dirinya. Shakira
selalu dikutuk dan dihina oleh Anida. Tiap kali Anida nampak Airil mesra
dan bergurau senda dengan Shakira, setiap kali itu jugalah Anida akan
membalas semula dengan perbuatan yang menyakitkan Shakira. Anida
memainkan peranannya untuk mempengaruhi Airil tentang keburukan Shakira
yang diciptanya sendiri. Suatu hari Ainida telah memfitnah Shakira
dengan memerangkap Shakira di dalam bilik Airil. Airil yang terkejut
melihat Shakira yang hanya memakai sehelai tuala terus percaya dengan
fitnah Anida yang Shakira adalah gadis tak bermoral kerana sanggup
menggodanya. Kejadian itu telah menyebabkan Airil menghantar Shakira ke
rumah perlindungan gadis, Rumah Bakti Kasih tanpa berbincang dengan
Datuk Malik yang ketika itu berada di luar daerah. Airil yang kecewa
dengan apa telah terjadi, dengan hati yang berat dia telah mengambil
keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
Enam bulan
telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Datuk Malik
membawa Shakira pulang ke rumah. Shakira berasa hairan melihat Datuk
Malik yang seperti resah dan punya masalah. Apabila ditanya, Datuk Malik
sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut dan tak
menyangka Datuk Malik yang selama ini dianggap ikhlas rupanya punya niat
lain dan mahukan balasan. Namun apakah akan terjadi seterusnya? Adakah
Shakira akan memperjudikan nasibnya dengan berkahwin bersama Datuk Malik
demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya itu? Ataupun
Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Antara
Airil dan Datuk Malik, siapakah menjadi pilihan Shakira? Siapakah pula
Putera Haziq dalam hidup Shakira? Apakah tindakan jahat yang akan
dilakukan oleh Anida untuk menyekat Shakira mengecapi kebahagian?
Mampukah Shakira menikmati kebahagian tanpa pengorbanan?
Apa-apa pun selamat menonton!!!!