Thanx sudi folow belog sigadis yang picisan nie..

Monday, 7 May 2012

Kisah seorang sahabatku yang unik


Assalamualaikum


Entry kali nie say nak bercerita tentang seorang sahabat saya yang sorang nie. Bagi saya dia begitu unik. Kalau berjalan 100 malam pun belum tentu saya akan jumpa sahabat seunik dia kat dunia nie. Nak tau kenapa????Oke jum saya cerita......


Hari tu masa ada seminar saya sewa laa homestay kat dungun. Murah jee RM60/malam. Murah kan?? Saya sewa 2 malam bersama-sama 5 orang member. Biliknya ok laa. Dalam duk borak-borak, saya sandarlah dekat dinding dalam bilik tu. Saya cakaplah dinding nie rasa panas laa. Kawan saya pun dengan confidentnya cakap:



"Mungkin ada AVON kot"

hah!!!!!!!!





Rupa-rupanya AVON yang dia maksudkan adalah


::


::


::

::



Nah kau rupanya OVEN...gggggrrrrrrrrrrr~~~~~~~









Lepas tu kiteorang cakap laa pasal si jelita dekat atas nie. Alaa pengantin baru tue. Scha Al-yahya. Maka duk pok pet pok pet pok pet laa kiteorang bercerita bergosik pasal makhluk cantik nie.








Dan dengan tiba-tiba sahabat aku nie mencelah


Oooo...DIDIE ALIAS ea



hah!!!!!!!!






Saya dan member lain sungguh TERGAMAM
 macam mana scha alyahya dia boleh dengar didie alias
Saya rasa bunyi sebutan sungguh jauh berbeza

Kadang-kadang bila ingat balik
Saya rasa sungguh kelakar
Unik bukan bila ada sahabat macam nie...hiihiihiihiihii


Walau macam mana pun awak wahai sahabat
Saya nak awak tahu
Yang saya




Yes awak sahabat yang baik untuk saya
Ketika susah dan senang
Kita akan tetap BERSAHABAT
Sampai bila-bila
InsyaALLAH..amin

Harap fahamlah dengan kata-kata itu


Assalamualaikum

Apa khabar??Fuhhh!!! hujung minggu yang sungguh padat dan memanatkan. 2 hari yang penuh dengan aktiviti seminar anjuran UiTM. Bermula 8am-5pm. Sungguh memenatkan. Bila saja habis program kul 5 terus mandi solat dan tidur. Nak buat aktiviti lain pun dah rasa tak larat dah.

Dalam seminar tu, saya betul-betul tertarik dengan kata-kata seorang pensyarah nie. Dia cakap:

  • Kita kalau nak berkawan, berkawanlah dengan orang yang boleh membantu kita. Orang yang boleh buat kita jadi cemerlang. Kalau orang tu buat kita jatuh/down baik tak payah kawan. Nanti kita tak akan cemerlang dengan hidup kita.
  • Kita jangan simpan hasad dengki pada orang lain sebab kalau kita ada hasad dengki pada orang lain sampai bila-bila pun hati kita tak akan pernah aman. So, buang jauh-jauh hasad dengki kita supaya kita boleh capai kejayaan.
  • Kita jangan sesekali cemburu dan benci bila lihat orang berjaya dan cemerlang dari kita. Jadikan dia sebagai semangat kepada kita supaya lebih cemerlang pada masa akan datang. Bukan benci pada orang itu dan membuat fitnah yang bukan-bukan pada dia.

Ketika pensyarah tu cakap macam tu "seseorang" yang saya cukup terasa hati dengan apa yang dia buat dekat saya ada disitu. Dia hanya tunduk. Tak tahu dia dengar atau tak. Saya sangat berharap dia akan fahamlah dengan kata-kata tu. Saya tak berdendam sebab saya bukanlah dilahirkan untuk berdendam tapi saya harap dia tak akan buat lagi dekat orang lain seperti dia buat dekat saya. Sebab sakitnya yang TERAMAT lah sakit. Semoga dia sedar dan saya seikhlas hati memaafkan dia.

Wednesday, 2 May 2012

Inilah namanya kehidupan


Assalamualaikum

Dalam hidup


Akan ada hari-hari dimana







panas dengan dugaan hidup



::


::


::





::


::


::


Dilimpahi dengan hujan airmata


::


::


::


 



::


::


::



Namun benarlah

Dalam hidup penuh cabaran ini


Ternyata

Hidup akan indah penuh dengan 

Warna kehidupan yang pelbagai



::


::


::

 


Semoga kita semua akan berbahagia dengan hidup masing-masing


InsyaALLAH..amin

Dari hati seorang Kawan


Assalamualaikum

Titipan untuk jadikan panduan dalam hidup berkawan.....

  • Jangan TERLALU percaya kepada kawan yang baru kenal DAN yang sudah lama kenal. Boleh jadi kawan yang kita kenal semalam dan 30tahun sudah kita kenal adalah kawan yang suka bercerita tentang kita tanpa kita sedar.
  • Jangan terlalu taksub bercerita tentang kegembiraan kita kerana boleh jadi kegembiraan kita akan menjadi sakit di hatinya tanpa sedar.
  • Dahulukan kerja kita sekiranya itu penting untuk kita untuk mengelakkan kesusahan pada kita di kemudian hari daripada kerja kawan kita kerana boleh jadi kita akan menyesal sebab dia tak akan menghargai segala pengorbanan kita sebelum ini. Ini kerana percayalah sahabat yang baik tidak akan memaksa untuk kita tolong mereka sekiranya dia tahu kita ada perkara yang penting untuk dilakukan.
  • Janganlah buat terlalu baik dengan kawan sebab ramai yang kecewe apabila kawan makan kawan sendiri tergolong dalam golongan yang kawan yang kita selalu buat baik pada mereka. Jadi berhati-hatilah.

Mungkin nasihat ini adalah dari pengalaman sendiri. Untuk dikongsi supaya kamu tidak rasa apa yang aku rasa SAKITnya bila dikianati KAWAN sendiri.

Bila terlalu percayakan KAWAN


Assalamualaikum

Puuhhhh!!!!Sapu-sapu habuk sikit. Dah lama daa tak update blog. Bulan lepas langsung tak update. So bulan nie kena update laa. Bukan tak nak update tp aarrgghhh tak payah bagi alasan laa mira. jemu ok dengar alasan yang macam-macam tue. tak ada orang nak tahu pun oke!

Oke kali nie rasa macam nak bercerita pasal kepercayaan pula. bukan kepada pasangan tetapi orang yang paling rapat dengan kita di saat keluarga jauh disisi. siapa?? yup KAWAN.

KAWAN...sesiapa pun perlu kawan. sesiapa makhluk kat dalam dunia nie akan WAJIB ada KAWAN walaupun seorang.kalau yang tak ada tu mungkin duk dalam gua niah laa kot. kawan dengan batu bata. muahahahaha.oke tak kelakar laa mira Oii..

Berbalik dekat KAWAN. Bagi saya KAWAN nie unik. Sebab lagi ramai kita berKAWAN lagi banyak perangai manusia yang akan dapat kita belajar. Dulu bagi saya kalau kita inginkan KAWAN yang baik kita perlu menjadi KAWAN yang baik untuk mereka. seboleh mungkin saya akan berfikiran positif dan sentiasa berbaik sangka pada mereka. saya sayang semua KAWAN saya. saya tak boleh hidup dengan gembira tanpa makhluk bergelar KAWAN. Bila mereka perlukan bantuan saya seboleh mungkin akan tolong mereka. Bagi saya kita berkorban dalam berKAWAN untuk melihat senyuman dibibir mereka. Jika mereka gembira sudah pasti saya juga akan turut sama gembira.


TAPI...


Saya sangka akan selamanya saya gembira dengan berKAWAN. tapi saya silap. kerana terlalu percayakan KAWAN saya menjadi bualan orang. ramai orang fikir yang bukan-bukan tentang saya. saya rasa TERLALU sedih. saya sedaya upaya tolong dia disaat dia perlukan bantuan. Madu saya bagi dia balas dengan tahi. sedih dan saya rasa yang terAMAT sedih.


Sebelum nie jika dia perlukan bantuan dalam pelajaran saya akan cuba membantu. tapi disebabkan sekali saya tak ajar dia tuduh saya KEDEKUT ILMU!!

Sebelum nie dia tiada tempat berlindung saya bantu bawa berlindung dirumah yang sama-sama disewa. tapi tak tahu dimana silapnya pelbagai cerita dibawa yang saya tak tahu dari mana dia ambik cerita yang langsung tak betul itu. Ya Allah sedih hanya ALLAHSWT saja yang tahu.

Sebelum nie banyak masa dihabiskan bersama-sama berkaraoke makan minum jalan-jalan bersama rupa-rupanya itu hanya sandiwara bila bukan bersama rupanya dia bercerita yang bukan. Saya tak faham dengan manusia ini. sungguh tak faham.

Jika ada soalan bocor time quiz and test dia bagi kat saya soalan. untuk buat jawapan and sama-sama kongsi tapi bila saya dapat 100% dia buat cerita dibelakang. Rupa-rupanya saya hanya BONEKA untuk mereka dapatkan jawapan.

Bila saya dapat DL (Dean List) makin banyak bercerita. Macam-macam. Bila buat thesis saya terkena lagi. Saya tak faham macam mana draf saya yang siap dulu dikatakan MENIRU draf yang dalam proses untuk dibuat. Sedangkan draf saya daa dapat approve dari dr advisor saya. Ya ALLAH besarnya dugaan yang KAU bagi dekat aku sejak-sejak nie. Sakit TUHAN saja yang tahu. sehingga saya delete fb sebab ramai yang bercerita. walaupun masih lagi ada yang percaya dekat saya. tapi SUMPAH saya CUKUP terasa hati. sehingga satu tahap saya langsung tak cakap dengan orang. saya CUKUP terasa hati dengan KAWAN saya. ada yang meminta maaf tapi HATI saya cukup TERASA dengan apa yang mereka semua lakukan. menghukum saya tanpa usul periksa. kalau hati saya batu tidak mengapa. hati manusia sekeras macam manapun kalau sudah sakit akan bisa jadi sekeras kerikil.

Sejak itu saya cukup berhati-hati berkawan. kurang bercakap. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Jangan pernah TERASA hati kalau saya tidak tolong kamu lagi. Jangan TERASA kalau saya tidak mahu bercakap dengan kamu lagi. Sesungguhnya saya jadi begini sebab kamu semua!!!!!