Thanx sudi folow belog sigadis yang picisan nie..

Wednesday, 30 October 2013

Dunia sekarang maaf pun dah jadi limited



Assalamualaikum

Rakyat jelata sihat-sihat belaka? Alhamdulillah bagi yang sihat..bagi yang tak sihat silalah makan ubat serta jumpa doktor okeh..sebab cuaca sekarang tak menentu..hujan panas mendung silih berganti..jadi jagalah kesihatan serta banyakkan minum air masak..

Eh!aku nie buat macam tak bersalah jer kat belog nie..langsung tak mohon maaf..dah laa macam chipsmore..kejap ada kejap takde..langsung takde rasa bersalah..


 




oke cakap pasal mohon maaf--
beza dengan mintak maaf
mintak--
jika mintak orang tak bagi
tak boleh
jika mohon lain

tak faham?
tanya cikgu bahasa melayu

harga maaf--
sekarang mahal
dulu takde laa semahal sekarang

standard laa kan
harga barang semua naik
harga maaf pun tak nak kalah

ego--
tak payah nak kate kat orang laa
diri sendiri pun same je

dulu--
masa kecik-kecik
buat silap mohon maaf guna surat
tulis surat selit bawah meja
sesekali jeling nak pastikan kawan bace ke tidak

apa taknya--
lubang hidung kawan tertusuk pensil kita
mahu tak marah kawan tue
harus laa marah kan

masa tu--
sanggup tanggung risiko
giler berani
habis-habis pun kawan cakap "saya tak nak kawan dah dengan awak"

apa-apa keputusan pun
kita berani jer
tubuh kecil jiwa kental

tapi--
itu dulu
sekarang dah besar-besar
takde laa seberani macam dulu

sekarang--
maaf susah nak jumpa
macam dah jadi barang limited
padahal barang limited pun jika ada permintaan ada jer

dunia sekarang--
susahnya nak mohon maaf
padahal ALLAHSWT dah pesan
hubungan sesama manusia kena jaga

mohon maaf

 

Thursday, 19 September 2013

Rahsia Disebalik Nombor Rumah Yang Anda Duduki Sekarang


Assalamualaikum





Pernahkah kite terfikir mengapa kite memilih rumah yang kite duduki sekarang? Apa nombornya? Apa yang menyebabkan kite berminat untuk tinggal di rumah tersebut? Di bawah ini terdapat pengiraan nombor rumah dan rahsia disebaliknya. Namun rahsia ini hanyalah rekaan manusia semata-mata. Jadilah janganlah percaya bulat-bulat.

Pengiraan:
Nombor 511 = 5+1+1= 7
Jadi angka rumah anda ialah 7.Baca keterangan 7 di bawah....

Nombor 388
= 3+8+8=19
19 = 1+9=10
10 = 1+0 = 1

Jadi angka rumah anda ialah 1. Baca keterangan 1 di bawah....



Rumah nombor 1

Penghuni yang tinggal di rumah ini dikatakan mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarga. Anda juga sering berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang. Anda juga harus mencari banyak peluang untuk bersantai bagi merehatkan fikiran dan tubuh badan. Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dengan penuh ceria dan gembira.



Rumah nombor 2
Penghuni yang tinggal di rumah ini selalunya dibebani masalah orang lain. Jangan terlalu banyak menyendiri. Carilah teman-teman untuk berbicara. Anda yang bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik dengan angka ini. Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada penghuninya.



Rumah nombor 3
Penghuni yang tinggal di rumah ini bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan percutian. Anda berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya dengan lebih mendalam. Anda juga sangat mementingkan 'kesempurnaan' dalam segala-galanya bahkan rumah anda ada tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian. Anda amat menitik beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran rumah, sehinggakan setiap orang yang datang akan merasa tenang dan senang, serta sering menimbulkan rasa iri hati jiran-jiran. Mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.



Rumah nombor 4

Hidup si penghuni rumah ini sering di kelilingi oleh masalah, membuatkan kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang. Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor. Jika anda berpindah ke rumah yang bernombor ini, kehidupan anda akan berubah secara dramatis. Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis ini. Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang lain. Tapi harus diingatkan supaya jangan terlalu boros di dalam berbelanja.



Rumah nombor 5

Rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel. Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga. Mereka juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit. Polisi insuran sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini. Mereka juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan.



Rumah nombor 6

Anda yang tinggal di rumah yang bernombor ini memang jenis yang suka bercucuk tanam. Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan. Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil anda akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi pada diri penghuninya. Mereka yang berbintang Taurus dan Libra menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi. Anda juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik. Rumah anda juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan layanan yang anda berikan.



Rumah nombor 7

Satu angka 'aneh' .Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan teka-teki. Sebelum anda menduduki rumah tersebut, periksa dahulu semua kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada anda nanti. Dikatakan anda yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang-alik ke hospital, samada kerana anda atau keluarga anda yang sakit, malah anda juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang sakit. Sepanjang anda tinggal di rumah tersebut , anda sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabut rumah. Anda mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki. Anda yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini. Jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan anda.Berbelanjalah secara rasional.



Rumah nombor 8

Rumah ini lebih digemari oleh golongan yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja. Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang berlainan. Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami rumah ini berbanding dengan nombor lain, sebaliknya, ia mendatangkan kerugian pula kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.



Rumah nombor 9

Anda yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9, biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan. Disebabkan sikap anda yang telalu behati-hati,telah menyebabkan anda kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumah anda. Namun begitu anda jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini. Bahkan ia sering mengundang kebahagiaan di dalam hidup anda yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini. Anda pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang dicita-citakan selama ini.

Boleh percaya kerr?tak perlu lah nak percaya sangat, kalau betul tu mungkin kebetulan je.......
# mesti ramai duk kire no rumah masing-masing..ada antara yang tak ingat no rumah 2 lagi parok!

Wednesday, 11 September 2013

Wordless wednesday - 13




wow!!!!





#Hanya lelaki..pompuan xboleh!


Monday, 9 September 2013

Ciri-ciri suami yang sweet serta romantik



Assalamualaikum

Hamboi kau jah!Tajuk entry macam tak boleh nak blah jer kau jah!ecececece..mesti ramai pompuan kat luar sana suka akan lelaki romantik untuk dijadikan suami..tapi ada juga sesetengah lelaki time couple langsung tak tunjuk romantik tapi lepas nikah bukan main romantik matik lagi dengan bini dye..yang lagi romantik bini dye sesorang jer yang tahu yang laki dye nie romantik matik..ngeh3

walaupun aku tak nikah lagi..tapi aku seorang pompuan..so naluri pompuan nie biasanya tak de laa jauh sangat bezanya..kalau lari pun mungkin tergelincir sikit laa..romantik banyak definasinya..ada yang anggap bergurau itu romantik..ada yang anggap surprise itu romantik..macam-macam lagi laa..

So kali nie aku nak ajak pembaca entry aku nie selami apa itu cici-ciri romantik bagi pandangan aku...setiap orang ada pandangan yang berbeza-beza..tapi mesti akan ada persamaan dalam setiap perbezaan itu..







1. Call isteri time waktu keje sebab semata-mata nak cakap rindu

2. Peluk isteri secara tiba-tiba..tue pun dah menggambarkan sayang seorang suami kepada isterinya

3. Puji isteri cantik dari dulu kini dan selamanya

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje bagi menghilangkan stress kerja

5. Tolong kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari anniversary ataupun birthday.

12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.

13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.

14. Buat candle light dinner secara mengejut
 
Ini  antaranya saj laa..kalau nak list semua satu tahun pun tak habis..hihihihi..kepada si suami diluar sana..selamat beromantik matik dengan isteri anda..hargailah isteri anda sebagai orang yng menyayangi anda setiap hari....
 
 

Sunday, 8 September 2013

13 perkara yang PERLU dijaga oleh wanita


Assalamualaikum

Entry hari nie sekadar mengingati sesama manusia
Membaiki diri sendiri untuk kehidupan yang lebih baik dan tersusun
Sama-sama kita menilainya



1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada 
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi 
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Pakaian yang nipis (jarang) 
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan 
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata 
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) 
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan 
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian 
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut 
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)




#Sumber daripada FB seorang sahabat..berdakwah sambil membetulkan diri sendiri.....