Thanx sudi folow belog sigadis yang picisan nie..

Wednesday 28 August 2013

Jum jadi sahabat sejati



Assalamualaikum

Selamat pagi rabu semua..semoga hari ini akan mnjadi hari yang indah buat kita semua..SAHABAT..definasi yang berbeza akan kita dengar apabila ditanya pada orang yang berbeza..setiap orang akan ada pengertian yang tersendiri..bagi aku sahabat adalah tempat dimana kita dapat kongsi segala susah senang kita pada bila-bila masa kita perlukannya..sahabat yang memahami serta setia dalam persahabatan adalah yang paling dicari..jum kita lihat 10 karakter atau tip untuk menjadi sahabat sejati..adakah kita tergolong daripadanya??






1. Hargai detik bersama
Menghargai setiap detik kita bersamanya dan menghargai detik-detik itu dengan baik..jika kita mahu sahabat meghargai kita maka langkah itu perlu dimulakan dengan diri kita sendiri..barulah saling menghargai itu akan wujud dalam sebuat persahabatan..


2. Ikhlas hati
Seikhlas hati menerima sahabat seadanya tak kira sahabat kita adalah dari golongan yang kaya ataupun sebaliknya..jangan sesekali kita mengambil kesempatan ke atas kelemahan diri sahabat kita jika sahabat kita dalah seorang yang lurus dan mudah di tipu..ikhlaskan hati dalam bersahabat jangan ada kianat dalam diri..


3. Berikan sokongan
Ketika sahbat sedang berduka lara berilah sokongan agar sahabat tahu yang kita akan sentiasa bersamanya dalam apa jua keadaan..sebagai sahabat sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi sokongan di saat sahabat memerlukan bahu ketika berduka..sekiranya sahabat sedang berduka cepat-cepat beri sokongan kepadanya..itulah baru dipanggil sahabat..





4. Tak pentingkan diri
Jika sahabat perlukan bantuan kita..segeralah membantu dirinya secepat mungkin kerana ketika itu sahabat amat memerlukan kita sebagai tulang belakangnya terutamanya jika dia dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan..jangan jadikan kita seorang yang pentingkan diri dalam apa jua situasi..


5. Ingat tarikh-tarikh penting
Sebagai sahabat yang baik..mengingati tarikh lahir sahabat adalah satu cara yang mudah untuk eratkan lagi tali persahabatan itu..misalnya berikan ucapan selamat hari lahir buatnya dan beikan hadiah walaupun tak mahal namun itu adalah amat bererti buat seorang sahabat..


6. Pelawa datang ke rumah
Ajak sahabat datang ke rumah dengan menyediakan makanan yang enak dan sedap..kemudian makan bersama dngannya..malah perkenalkan sahabat kepada ibu bapa kita dan shabat pasti akan rasa kita betul-betul hargainya sebagai seorang sahabat..dan pasti dia akan buat perkara yang sama kita nanti..


7. Tak burukkan nama baik sahabat
Seorang sahabat yang baik sama sekali tidak akan memburukkan nama baik sahabatnya..walaupun telah melakukan kesalahan yang besar..tutuplah aib sahabat sebagaimana sahabat menutup aib kita dihadapan orang lain..malah jangan sesekali menyakiti hati sahabat..

 



8. Pendengar setia
jadilah pendengar yang setia ketika sahabat menyampaikan sesuatu kepada kita..terutamanaya berkaitan dengan masalah yang dialami..dan sedikit sebanyak membantu dirinya daripada kemurungan lalu akan buat sahabat rasa terharu kerana kita sudi dengar jalan ceritnya yang perit itu..


9. Tak minta balasan
Ketika sahabat memerlukan bantuan kita..jangan minta untuk dibalas bantuan itu malah ikhlas memebantunya kerana sahabat adalah pelengkap diri kita dalam menjalani kehidupan..jangan minta upah atau bayaran selepas tolong..selain tidak ungkit bantuan itu jika ada sebarang perselisihan faham antara kita dan sahabat nanti..


10. Kongsi hobi
Tip terakhir adalah sanggup berbuat apa sahaja yang disukai sahabat itu malah sanggup bertahan deminya walaupun aktiviti atau hobi yang dilakukan itu kurang disukai..secara tak langsung kita boleh belajar menyukai apa yang sahabat suka dan sahabat akan pasti rasakan dirinya dihargai..


Untuk mendapat sahabat yang baik kita perlulah menjadi sahabat yang baik kepada sahabat terlebih dahulu..ikhlaskan hati dalam bersahabat..insyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja....


TC


No comments:

Post a Comment