Thanx sudi folow belog sigadis yang picisan nie..

Wednesday 30 May 2012

wordless wednesday - part 7


Assalamualaikum




Sunday 27 May 2012

Untuk bacaan orang DEWASA sahaja!!


Assalamualaikum
 
Pada suatu hari, ayam menghias dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya pula diasah sehingga berkilauan serta memancar-mancar bak permata. Lalu si ayam ini pun berjalan laa menuju ke rumah si kambing.

Ayam      : Hai kambing, apa khabar?
Kambing : Baik. Wah-wah kau ayam. Melaram nampak. Bukan main lagi aku tengok kau hari nie. Kau  nak                 ke mana nie?       
Ayam      : Tak ke mana pun. Saja nak tengok reaksi kau.
Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun kau berhias kau tetap jalan pakai kaki ayam juga kan?
Ayam      : Kau kutuk aku kambing. Habis kau tu apa kurangnya.....
Kambing : Apasal pula dengan aku???
Ayam      : Nampak je macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak....
Kambing : @$#&^$%
 
 
 
 
Dilarang memikirkan yang bukan-bukan
pisang ini hanyalah sekadar hiasan
bagus untuk pelawasan
Sekian, terima kasih.
 
 
 

Sumber: Sinar Harian







Wednesday 23 May 2012

wordless wednesday - part 6


Assalamualaikum







ggggrrrrrrr......


Thursday 17 May 2012

Kadang-kadang hidup perlu berpura-pura


Assalamualaikum

Dalam hidup nie banyak perkara yang berlaku diluar jangkaan kita. Kadang-kadang rasa seolah-olah kaki nie mahu berhenti untuk terus melangkah. Namun kalau fikir balik buat apa berhenti untuk melangkah sedangkan masa tidak pernah berhenti untuk tunggu kita. Dengan hati yang sesak kita terus sahaja melangkah. Menikmati hidup walaupun tidaklah seindah mimpi. Namun yang pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Orang diluar sana melihat kita gembira. Namun hakikatnya mereka semua tertipu dengan apa yang kita pamerkan. Benarlah dalam hidup nie kadang-kadang kita perlu berpura-pura. Berpura-pura gembira dalam hati yang remuk. Memang sukar didengar namun tidak siapa mampu menolong. Dalam kita kecewa tidak ramai yang bersedia meminjamkan bahu mereka untuk kita. Ramai yang sudi mendengar namun tidak ramai yang mahu menolong.






Dalam pada saat kita gembira simpanlah sedikit kekuatan kita untuk menghadapi saat-saat duka. Dalam kita menghadapi saat-saat duka ingatlah tidak akan selamanya kita akan berduka. Pasti gembira akan datang jua. Kerana hidup ini memang diciptakan dengan pelbagai rasa. Supaya hidup ini nampak indah untuk dinikmati.

Tidak salah berpura-pura menyembunyikan kecewa kita. Kerana ia melambangkan kekutan kita. Hanya orang yang kuat dapat menyembunyikan duka mereka. Pedih memang pedih tapi harus juga dihadapi. Jangan pernah salahkan takdir andai dihimpit rasa kecewa tapi ingatlah kita insan terpilih untuk menghadapi ujian dari-Nya.




Jadikan setiap hari adalah hari yang baru untuk terus melangkah dengan harapan pasti rasa kecewa akan hilang dengan perlahan-lahan dan digantikan dengan hari-hari yang penuh dengan harapan. Teruskan langkah dan ingatlah pasti ada sinar kebahagiaan dihadapan sana. InsyaAllah............








Tuesday 15 May 2012

Segmen:Jom Blogwalking & Join Bloglist Promosi Blog


Assalamualaikum


Sejak-sejak nie
memang saya suker sangat masuk segmen
Alaaa tujuan nak tambah folower
Nak dapat lagi amai kawan kat blog nie

Kali nie nak masuk segmen 
yang istimewanya 
tarikh tutup segmen nie hari lahir saya tau
26 may 2012
ciap promote besday

 
Kalau ada sape-sape yang berminat nak join gak
So sila-silakanlah click banner kat bawah nie oke
Jum pakat click ramai-ramai







  • Pandangan Anda tentang blog saya?
1st bace "gadis pencinta pink" pun saya dah suker sesangat. Saya pun suker kaler pink. Kalau stuff tue mesti akan ada kaler pink nie. Blog pun cantik sebab kaler pink. Entry pun oke. Teruskan usaha!




Thursday 10 May 2012

May 2012 Blog Giveaway from Lin Handmade Greetings Card


Assalamualaikum

Sape nak stuff yang cumil2 kat bawah nie
Sila angkat tangan..!!!!





So, kalau korang nak stuff cumil kat atas nie

Silalah click [Link]


Tarikh tutup sampai 31may2012

Click tau jangan tak click lak..hihihihihi




Exclusive Giveaway By Cik Bunny


Assalamualaikum

1st thanx kat Cik Bunny
Sebab sudi ajak join giveaway nie

Giveaway nie menarik tau sebab hadiahnya yang lumayan
Nak tau apa hadiahnya???
So click laa banner Cik Bunny yang comey lote nie

Nak join sila click banner nie gak






Tag dekat:

http://azimashaary.blogspot.com/

http://wanjunsmile.blogspot.com/

http://www.ciktom.com/
http://blog.amirez.com/



Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA Shop, Butikpinkku, Bunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique)









SEGMEN : My Magical Link


Assalamualaikum

 Jum join segmen dari izzah nie
Nak join just click banner kat bawah nie
Jum..!!!!!








# apa yang menariknya tentang link blog korang

Link belog saya http://wwwbelogkuning.blogspot.com/ apa yang menariknya??oke saya suker lihat sesuatu yang berwarna kuning sedangkan saya suker kaler purple and pink. Pelik bukan??hihihi. Mawar kuning bermaksud mawar persahabatan. So, dalam berbelog nie saya nak cari seberapa ramai "sahabat maya". Untuk berkongsi apa sahaja yg diingini.
www lak maksudnyee: wanita, wawasan dan waktu. Ketiga-tiga 'w' nie ad kaitan antara satu sama lain.
 
 

# apa yang paling menarik tentang blog korang

Belog saya menarik bagi saya sebab disinilah segala penceritaan tentang hidup saya dibukukan. Segala-galanya hanya disini.




Segmen : Aku Terjah Kau , Kau Terjah Aku


Assalamualaikum

Jum join segmen nie
Nak join macam mane???
Just click jee banner kat bawah nie






Nak tag dekat :

http://rahasiabelogaku.blogspot.com

http://www.fizgraphic.com

http://www.kyrahizrina.com

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan


Assalamualaikum


Nie 1st time saya join segmen melalui blog tau
Jumpa nie pun time blog walking
Nak join sama-sama jum laa
Lagi pun segmen nie senang jee tau

jus click banner kat bawah nie

 



linkkan kat miss Z


Lepas tu bagi tahu
Jumlah follower dan negeri kelahiran
Senang jee kan


Follower saya sangat laa tak ramai
Cuma 8 makhluk comey jee
Ciput kan???
So, lepasnie boleh laa folow oke..heeee

Saya asal dari Terengganu
Lahir kat Terengganu
Dan dibesarkan pun di Terengganu


Sambil2 makan keropok Lekor
Senyum sokmo...!!!!!
hihihihihihi


So apa lagi
Jum laa join segmen nie...!!!!

Wednesday 9 May 2012

Halooo..saya minat zul huzaimy


Assalamualaikum


Sebenarnya dah lama nak buat entry pasal incik abg sorang nie. Tapi asyik tak ingat jee. Tiap kali nampak dye berlakon kat tv time tue laa berkobar-kobar nak buat entry pasal dia.Nak tinggal cerita tue sayang pulak. Mana boleh tinggal citer kalau dah incik abg sorang nie yang berlakon. Wajib tengok sampai habis tau. Tak kisah laa dia bawak watak apa pun yang pasti saya akan tengok sampai habis. Saya sanggup tidur lewat tau.

Oke kalau bace tajk entry bunyi macam tak boleh blah kan?? arrgghhh ada saya kisah..muahahahaha. Oke jum kita ushar biodata abg sorang nie. Jum!


NAMA PENUH: Zul Huzaimy Marzuki
PANGGILAN: Zul Huzaimy
TARIKH LAHIR: 12 Disember 1978
USIA: 33 Tahun
TEMPAT LAHIR: Grik, Perak
KELULUSAN: Diploma Seni Persembahan, Akademi Seni Kebangsaan (ASK)
KERJAYA: Pelakon
FILEM: Haq, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Wayang, Senario The Movie: Episode 1, Anak Halal, Impak Maksima, Cinta Yang Satu, Syaitan, Remp-It, KL Menjerit, Lang Buana
DRAMA: Antaranya Ombak Laut Cina Selatan, Salam Sakaratul Maut, Kelab Wayang Gambar, Pantang, Salam Terakhir, Cinta Sang Gembala, Semanis Buah Ceri, Pusaraku Pelamin Ayah, 3 Dara, Kau Laksana Bulan, Lembrata Pak Lang Husin, Mentari Jingga, Bukan Aku Tak Cinta, Denai Berbisik
TEATER: Hamlet, Alang Rentak Seribu, Tengku Anum, Gedebe
PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-21


Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2011/01/zul-huzaimy-biodata-profil-gambar.html


Nak cuci mate laa jap
Sapenak ikut jum!


















Oke gambar nie sengaja dibesarkan supaya
mata korang akan turut sama besar



 





Sekarang drama arahan abang sorang nie tengah hangat di tayangkan tau
"SEINDAH SAKURA"
 Jangan lupa tonton diTV3 setiap isnin-khamis
kul 7pm-8pm
Walaupun abang sorang nie tak berlakon
Nie drama arahan dia tau
Diakhir drama nie
ada gambar die
perrggghhhh!!!
itu sudah cukup bagiku





Menurut abang sorang nie
drama nie adalah diambil daripada novel nie
tajuk yang sama gak

sinopsis daripada novel nie adalah


SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.

Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...

Sumber: Puan Gojes


Dan sinopsis drama lak macam nie:


Kebanyakan kita dilahirkan di dalam latar belakang yang berbeza. Namun, hakikatnya manusia sendiri yang meletakkan taraf dan kelas sesama insan lain. Jadi janganlah cepat menghukum atau bersikap prejudis sebelum mengenali hati budi serta kisah silam seseorang kerana ianya hanya mengeruhkan keadaan. Drama di slot Akasia, “Seindah Sakura”, memaparkan kisah sedih menyayat hati kehidupan Shakira yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan sebatang kara oleh ibunya sejak kecil.

Drama bersiri 24 episod terbitan Temenggong Pictures, bakal membuka tirainya pada 7 Mei 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam. Drama yang diarahkan oleh pelakon dan juga pengarah yang berbakat besar iaitu Zul Huzaimy dan skrip yang ditulis oleh Wan Mahani menampilkan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah dan ramai lagi.

Seindah Sakura membuktikan hakikat sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ranjau berduri. Kegagalan dan kekecewaan bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shakira. Namun hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah. Sesungguhnya Shakira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus hilang tanpa khabar berita.

Roda terus berputar dan tanpa disedari Shakira kini sudahpun menjangkau usia remaja dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dengan baju yang bertampal sana sini, kasut yang koyak rabak, rambut tidak terurus dengan penampilan yang selekeh, Shakira sering kali diejek oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Kadang kala, Shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kehadiran Airil, seorang cikgu baru yang tampan dan cukup berdedikasi demi mendidik para pelajar agar menjadi insan yang berguna.

Sikap Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas telah mendapat perhatian Airil. Tanpa soal selidik, Airil terus mendenda Shakira agar gadis itu sedar atas kesilapannya, namun Shakira langsung tidak mengendahkan teguran Airil kerana baginya orang seperti Airil tidak akan memahami situasi orang miskin sepertinya. Ini membuatkan guru baru itu bertambah geram dengan Shakira dan sering mencari kesalahan Shakira. Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil sendiri pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira yang telah dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah. Saat itu, perasaan bersalah bertalu-talu menghimpit diri Airil. Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman Shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.

Datuk Malik, bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha yang kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah Shakira. Datuk Malik melayan Shakira seperti anaknya sendiri dan Shakira pula bersyukur dengan perhatian dan bantuan yang diberikan Datuk Malik. Shakira tidak pernah menunjukkan perasaan sukanya pada Airil tetapi dia sering dilihat seperti tertunggu dengan kedatangan cikgu yang ternyata berbeza dengan tanggapan pertamanya dulu. Sekarang Shakira dapat menumpukan perhatian pada pelajaran.

Baru beberapa hari dia mengecapi saat gembira bersama neneknya, Rosnah muncul di rumah mereka dalam keadaan yang berkudis di seluruh tubuhnya serta tak bermaya. Shakira begitu gembira dengan kepulangan Rosnah akan tetapi neneknya seperti tidak selesa dengan kepulangannya kerana merasakan Rosnah akan membebankan Shakira. Telahan nenek Kiah ternyata tepat. Keadaan Rosnah mengakibatkan Shakira kelam kabut untuk menjaga nenek dan ibunya. Apabila nak ke sekolah saja, Rosnah akan memanggil meminta pertolongan untuk membuang air. Malah ada juga beberapa kali Shakira tak sempat memapah Rosnah ke bilik air, dan najisnya tercicir di lantai. Shakira pada mulanya agak tertekan dengan situasi baru yang melanda dirinya tetapi nasihat Airil sentiasa menyejukkannya.

Orang kampung begitu membenci dengan kepulangan Rosnah yang membawa penyakit AIDS. Malah Shakira dan nenek Kiah juga terkena tempias menjadi mangsa kebencian penduduk kampung apabila mereka dipulaukan oleh penduduk kampung. Akhirnya penderitaan Rosnah berakhir setelah beliau meninggal dunia. Kemudian Datuk Malik telah mempelawa Shakira dan neneknya untuk berpindah di rumahnya. Jika sebelum ini Airil jarang ke rumah Datuk Malik tetapi kini dia sering balik setiap hujung minggu untuk menemui Shakira. Airil makin terpikat dengan sifat Shakira yang sopan, sabar, selamba. Akan tetapi Airil berasa terperangkap dengan janjinya bersama arwah isteri Datuk Malik untuk berkahwin dengan anak mereka iaitu Anida.

Sejak kehadiran Shakira di rumah Datuk Malik, Anida adalah orang yang paling tidak menyukainya kerana beranggapan Shakira gadis miskin dan kotor yang telah merampas perhatian ayah dan Airil daripada dirinya. Shakira selalu dikutuk dan dihina oleh Anida. Tiap kali Anida nampak Airil mesra dan bergurau senda dengan Shakira, setiap kali itu jugalah Anida akan membalas semula dengan perbuatan yang menyakitkan Shakira. Anida memainkan peranannya untuk mempengaruhi Airil tentang keburukan Shakira yang diciptanya sendiri. Suatu hari Ainida telah memfitnah Shakira dengan memerangkap Shakira di dalam bilik Airil. Airil yang terkejut melihat Shakira yang hanya memakai sehelai tuala terus percaya dengan fitnah Anida yang Shakira adalah gadis tak bermoral kerana sanggup menggodanya. Kejadian itu telah menyebabkan Airil menghantar Shakira ke rumah perlindungan gadis, Rumah Bakti Kasih tanpa berbincang dengan Datuk Malik yang ketika itu berada di luar daerah. Airil yang kecewa dengan apa telah terjadi, dengan hati yang berat dia telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Datuk Malik membawa Shakira pulang ke rumah. Shakira berasa hairan melihat Datuk Malik yang seperti resah dan punya masalah. Apabila ditanya, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut dan tak menyangka Datuk Malik yang selama ini dianggap ikhlas rupanya punya niat lain dan mahukan balasan. Namun apakah akan terjadi seterusnya? Adakah Shakira akan memperjudikan nasibnya dengan berkahwin bersama Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya itu? Ataupun Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Antara Airil dan Datuk Malik, siapakah menjadi pilihan Shakira? Siapakah pula Putera Haziq dalam hidup Shakira? Apakah tindakan jahat yang akan dilakukan oleh Anida untuk menyekat Shakira mengecapi kebahagian? Mampukah Shakira menikmati kebahagian tanpa pengorbanan? 


 

Apa-apa pun selamat menonton!!!!



Entry nie nak kongsi dengan Lagu hati

Jum buat duit dengan heartbeat.my


Assalamualaikum

Oke sape nak duit???Jum saya ajar macam mana nak buat duit melalui heartbeat nie


1st click link kat bawah nie




Lepas tu akan keluar macam nie






 Click heartbeat.my yang berada diatas hujung sebelah kiri anda 
akan keluar macam nie



Lepas tu click create account


and then korang isi laa semua information yang dia mintak tu





 Lepas siap isi semua information yang dia mintak
Korang click jee dekat butang submit


Lepas tue korang login laa




Akan keluar macam nie




Korang click dekat my affiliate
akan keluar lak macam nie




Click dekat get a code



Korang boleh pilih macam mana jenis yang korang suker

Just copy and paste code tu dekat blog korang


Kat sini juga ada pelbagai barang yang dijual
Seperti




Dan banyak lagi laa
Korang boleh pilih by categories
yang di senaraikan di sebelah kiri dalam heatbeat.my



Selamat mencuba dan berbelanja!!!!!!

wordless wednesday- part 5


Assalamualaikum





Ngaaaummmmm!!!!!!!


Assalamualaikum

Tak faham kenapa hari nie 
saya asyik jee






Oke sebenarnya saya tak adalah menguap seayu macam nie



 

Macam nie boleh laa..hihihihi
Sampai nak buat kerja pun tak boleh blah
Satu menaip satu lagi buat tutup mulut
Sampai kekadang tu
Tercabut butang tudung saya
Maha kuat menguap



 

Tapi tak adalah saya sampai menguap macam nie tau
Kalau menguap macam nie
mau bos saya suapkan mesin potostat dalam mulut
muahahahahahaha


Bila jenguk bos tak ada
masuk meeting
Saya pun......






Krooooohhhhhhhhhhhh.......
ZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....
nyuummmmmmm

bila dgr jee suara bos
terus saya









Bangun terus sambung kerja
Dengan lagak yang saya tak pernah tidur
Hilang terus rasa mengantuk

So, disini dapatlah satu tip
untuk menghilangkan rasa mengantuk
maka rajin-rajinlah rasa terkejut


whoooaaaaa!!!!!

Tuesday 8 May 2012

Nota untuk pelajar SPM 2011


Assalamualaikum

Semalam keputusan kemasukan ke IPTA/Politeknik telah di umumkan. Semalam gak saya banyak blogwalking dari satu blog ke satu blog yang lain. Banyak entry yang dibuat berkaitan dengan keputusan UPU. Bagi yang berjaya sudah pasti akan tersenyum lebar dan membuat entry dengan perasaan yang penuh membunga. Bagaikan semalam adalah hari milik mereka. TAHNIAH!!! saya ucapkan. Segala penat lelah adik-adik berbayar. Saya harap kejayaan akan terus adik-adik lakar di tempat pengajian adik masing-masing. Ingat di sana nanti dugaan maha hebat sudah pasti menunggu adik semua. Jadi saya nak ingatkan pandai-pandailah adik-adik membawa diri di tempat orang. Pandai-pandailah menjaga adat dan maruah diri. Semoga terus berjaya dan berjaya. InsyaALLAH......




Dan bagi yang kurang berjaya. Saya gunakan perkataan KURANG disini kerana bukan adik-adik tidak berjaya tapi kurang berjaya. Mungkin kali ini bukan rezeki adik. Jangan lupa buat rayuan. Saya dulu pun masuk 2nd intake. Dari rayuan juga. Saya bukan nak cakap besar ke apa cuma sepanjang saya belajar pelajar yang 2nd intake akan lebih nampak kesungguhan belajar daripada 1st intake. Saya tak maksudkan semua. Cuma hanya sesetengahnya sahaja oke. Keputusan saya juga lebih baik daripada yang masuk 1st intake. Saya ceritakan disini bukan apa cuma saya nak bagi semangat kepada yang kurang berjaya.



Apabila kita tak berjaya sekarang tidak bermakna kita tiada peluang pada masa akan datang. Ingat kejayaan adalah milik semua. Cuma yang bezanya cara kita mencari kejayaan itu sendiri. Kalau kita ada usaha sudah pasti kita akan dapat menggenggamnya erat-erat. Percayalah kata-kata saya.




Kadang-kadang akan timbul raca kecewa. Rasa nak menangis bukan. Alaa itu adalan normal. AllahSWT jadikan perasaan kecewa dan sedih dalam diri kita supaya kita sedar bahawa hidup ini bukan hanya sekadar untuk bergembira. Ada kalanya ada juga kecewa bukan.Kalau hidup sentiasa gembira pasti hilang keseronokan hidup. Gembira sedih kecewa itulah adat resam dan makanan hidup.




Ingat apa yang penting JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA!!!!orang yang bena-benar berjaya adalah orang yang tidak pernah kenal erti berputus asa. Mungkin suatu hari nanti adik-adik akan lebih berjaya berbanding kawan-kawan yang berjaya pada hari ini.

Hidup ini indah jadi hayatilah nikmat hidup dengan melakar kejayaan untuk masa depan yang sempurna.  Tetapkan matlamat dan Semoga berjaya!!!!





Monday 7 May 2012

Cerita tentang 15 March 2012


Assalamualaikum

Oke saya tau cerita nie dah lama dah. Tapi saya tetap nak buat juga pasal entry nie sebab entry nie memang wajib ada dalam blog saya. Sebab nie kisah majlis perkahwinan abang saya. Abang yang rapat dengan saya. Entry nie saya buat khas untuk abang saya. Walaupun dah lebih dari sebulan tapi tak lebih lagi setahun kan???muahahahahahaha.

Oke sebenarnya nie bukanlah pada hari perkahwinan tapi majlis sambut menantu. Sebab masa majlis perkahwinan abang saya, saya tak ada sebab time tue saya ada program dekat dungun. Nak buat macam mana budak tak habis belajar lagi so kenalah ikut cara budak tak habis belajar kan. Tapi kan tapi kan bulan 6 nanti habis laa...wohaaaaa!!!!

Jum cuci mata tengok gambar disekitar majlis sambut menantu abang saya. Jum!!!!





 


Oke dah tamat
Next chapter bila saya dapat anak buah Oke

hiihiihiihiihii

bye!