Assalamualaikum
Semalam keputusan kemasukan ke IPTA/Politeknik telah di umumkan. Semalam gak saya banyak blogwalking dari satu blog ke satu blog yang lain. Banyak entry yang dibuat berkaitan dengan keputusan UPU. Bagi yang berjaya sudah pasti akan tersenyum lebar dan membuat entry dengan perasaan yang penuh membunga. Bagaikan semalam adalah hari milik mereka. TAHNIAH!!! saya ucapkan. Segala penat lelah adik-adik berbayar. Saya harap kejayaan akan terus adik-adik lakar di tempat pengajian adik masing-masing. Ingat di sana nanti dugaan maha hebat sudah pasti menunggu adik semua. Jadi saya nak ingatkan pandai-pandailah adik-adik membawa diri di tempat orang. Pandai-pandailah menjaga adat dan maruah diri. Semoga terus berjaya dan berjaya. InsyaALLAH......
Dan bagi yang kurang berjaya. Saya gunakan perkataan KURANG disini kerana bukan adik-adik tidak berjaya tapi kurang berjaya. Mungkin kali ini bukan rezeki adik. Jangan lupa buat rayuan. Saya dulu pun masuk 2nd intake. Dari rayuan juga. Saya bukan nak cakap besar ke apa cuma sepanjang saya belajar pelajar yang 2nd intake akan lebih nampak kesungguhan belajar daripada 1st intake. Saya tak maksudkan semua. Cuma hanya sesetengahnya sahaja oke. Keputusan saya juga lebih baik daripada yang masuk 1st intake. Saya ceritakan disini bukan apa cuma saya nak bagi semangat kepada yang kurang berjaya.
Apabila kita tak berjaya sekarang tidak bermakna kita tiada peluang pada masa akan datang. Ingat kejayaan adalah milik semua. Cuma yang bezanya cara kita mencari kejayaan itu sendiri. Kalau kita ada usaha sudah pasti kita akan dapat menggenggamnya erat-erat. Percayalah kata-kata saya.
Kadang-kadang akan timbul raca kecewa. Rasa nak menangis bukan. Alaa itu adalan normal. AllahSWT jadikan perasaan kecewa dan sedih dalam diri kita supaya kita sedar bahawa hidup ini bukan hanya sekadar untuk bergembira. Ada kalanya ada juga kecewa bukan.Kalau hidup sentiasa gembira pasti hilang keseronokan hidup. Gembira sedih kecewa itulah adat resam dan makanan hidup.
Ingat apa yang penting JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA!!!!orang yang bena-benar berjaya adalah orang yang tidak pernah kenal erti berputus asa. Mungkin suatu hari nanti adik-adik akan lebih berjaya berbanding kawan-kawan yang berjaya pada hari ini.
Hidup ini indah jadi hayatilah nikmat hidup dengan melakar kejayaan untuk masa depan yang sempurna. Tetapkan matlamat dan Semoga berjaya!!!!
Hidup ini indah jadi hayatilah nikmat hidup dengan melakar kejayaan untuk masa depan yang sempurna. Tetapkan matlamat dan Semoga berjaya!!!!
kakakkkkk, really thnksss fr your advse kt blog kyra. mase tu tga sedih sbb tk dpt uni yg sgt2 nak. btw, skrg dh release. sume tu dh rezeki..pape pnn sgt2 suka entry ni :D
ReplyDeleteupdate : Result Upu, Allah Knws Better Than Me :)
thanx dear..ap yg penting be a good gulz 4 ur future..cayok3!!!!
ReplyDelete