Thanx sudi folow belog sigadis yang picisan nie..

Monday, 7 May 2012

Harap fahamlah dengan kata-kata itu


Assalamualaikum

Apa khabar??Fuhhh!!! hujung minggu yang sungguh padat dan memanatkan. 2 hari yang penuh dengan aktiviti seminar anjuran UiTM. Bermula 8am-5pm. Sungguh memenatkan. Bila saja habis program kul 5 terus mandi solat dan tidur. Nak buat aktiviti lain pun dah rasa tak larat dah.

Dalam seminar tu, saya betul-betul tertarik dengan kata-kata seorang pensyarah nie. Dia cakap:

  • Kita kalau nak berkawan, berkawanlah dengan orang yang boleh membantu kita. Orang yang boleh buat kita jadi cemerlang. Kalau orang tu buat kita jatuh/down baik tak payah kawan. Nanti kita tak akan cemerlang dengan hidup kita.
  • Kita jangan simpan hasad dengki pada orang lain sebab kalau kita ada hasad dengki pada orang lain sampai bila-bila pun hati kita tak akan pernah aman. So, buang jauh-jauh hasad dengki kita supaya kita boleh capai kejayaan.
  • Kita jangan sesekali cemburu dan benci bila lihat orang berjaya dan cemerlang dari kita. Jadikan dia sebagai semangat kepada kita supaya lebih cemerlang pada masa akan datang. Bukan benci pada orang itu dan membuat fitnah yang bukan-bukan pada dia.

Ketika pensyarah tu cakap macam tu "seseorang" yang saya cukup terasa hati dengan apa yang dia buat dekat saya ada disitu. Dia hanya tunduk. Tak tahu dia dengar atau tak. Saya sangat berharap dia akan fahamlah dengan kata-kata tu. Saya tak berdendam sebab saya bukanlah dilahirkan untuk berdendam tapi saya harap dia tak akan buat lagi dekat orang lain seperti dia buat dekat saya. Sebab sakitnya yang TERAMAT lah sakit. Semoga dia sedar dan saya seikhlas hati memaafkan dia.

No comments:

Post a Comment