Assalamualaikum
Titipan untuk jadikan panduan dalam hidup berkawan.....
- Jangan TERLALU percaya kepada kawan yang baru kenal DAN yang sudah lama kenal. Boleh jadi kawan yang kita kenal semalam dan 30tahun sudah kita kenal adalah kawan yang suka bercerita tentang kita tanpa kita sedar.
- Jangan terlalu taksub bercerita tentang kegembiraan kita kerana boleh jadi kegembiraan kita akan menjadi sakit di hatinya tanpa sedar.
- Dahulukan kerja kita sekiranya itu penting untuk kita untuk mengelakkan kesusahan pada kita di kemudian hari daripada kerja kawan kita kerana boleh jadi kita akan menyesal sebab dia tak akan menghargai segala pengorbanan kita sebelum ini. Ini kerana percayalah sahabat yang baik tidak akan memaksa untuk kita tolong mereka sekiranya dia tahu kita ada perkara yang penting untuk dilakukan.
- Janganlah buat terlalu baik dengan kawan sebab ramai yang kecewe apabila kawan makan kawan sendiri tergolong dalam golongan yang kawan yang kita selalu buat baik pada mereka. Jadi berhati-hatilah.
Mungkin nasihat ini adalah dari pengalaman sendiri. Untuk dikongsi supaya kamu tidak rasa apa yang aku rasa SAKITnya bila dikianati KAWAN sendiri.
No comments:
Post a Comment