Assalamualaikum
"Terima seadanya"
Ayat keramat yang aku terima daripada seorang sahabat..bunyinya cukup pasrah..aku tahu apa maksud di sebalik ayat itu..cuma aku tak mahu nak ambil pusing dah..kalu tak pasti benda lain yang akan jadi..sebab aku nak terus bersahabat dengan dia..
Aku tahu hati dia terluka..tapi dia kena fahama..bila bercakap soal hati kena ada titik noktahnya..jika tidak soalan hanya akan tinggal soalan tanpa jawapan..lagi derita adalah si penunggu..lebih baik kita bagitahu apa sebenarnya jawapan hati kita..sebab bagi aku lebih baik kita berterus terang dan buat orang menangis daripada menipu dan membuatkan orang terus gembira..jika dia tahu kebenarannya suatu hari nanti..kesakitan amatlah lagi jika dibandingkan dengan kesakitan sekarang..
Aku sayangkan kamu sahabat..aku ingin terus bersahabat dengan kamu..bila timbulnya soal hati..aku keliru..sebab dalm hati aku tak pernah wujud jawapan untuk soalan itu..sebab memang niatku hanya untuk bersahabat denganmu..aku bukanlah terbaik sehinggakan aku inginkan yang lebih baik..aku hanya mencari yang biasa-biasa..bukan berpangkat jauh sekali berharta..aku pernah katakan dulu..takdir kita TUHAN tentukan..andai tersurat kita bersama..jika tidak maka tidaklah jawapannya..
Kita bersahabat..kenapa harus wujud soal hati..jika bersahabat maka bersahabatlah..mungkin lain bagi orang lain..tapi bagi aku soal hati dengan sahabat tak boleh wujud..itu tidak hormat hak sahabatnya namanya..
Alhamdulillah..kamu bakal menemui teman seperjalanan..aku terlalu bersyukur kerana aku ingin terus bersahabat dengan mu..maaf sekiranya aku ada mengguris hati mu..niat ku satu..aku ingin bersahabat dengan mu..andai kita bersama belum tentu kita bahagia..mungkin masa timbul soal hati aku menjauh..niat bukan membenci cuma bagi ruang untuk kamu berfikir dengan waras..sekarang bila kamu temui nilai cintamu kita kembali oke bukan..sebab aku sayang kamu sebagai seorang sabahat..
Doaku supaya kamu akan terus bahagia..tentang aku usahlah risau..tulang rusuk ku milik adam yang lain..masanya akan tiba..mulalah perjalanan mu dulu..aku pasti akan menyusul..insyaAllah
#kita sahabat selamanya kita sahabat..
No comments:
Post a Comment