Thanx sudi folow belog sigadis yang picisan nie..

Sunday 18 November 2012

Kita baca kita fikir kita rasa



Assalamualaikum






Kadang-kadang,
Kta ingat kita dah buat yang terbaik sehinggakan kita lupa untuk buat sesuatu yang akan menjadi pelengkap kepada perkara yang terbaik itu!

Kadang-kadang,
Kita ingat setiap apa yang berlaku adalah ada kaitan dengan karma sehinggakan kita lupa yang setiap apa yang berlaku dibumi ALLAHSWT ini ada hikmah disebaliknya!

Kadang-kadang,
Kita ingat orang yang kita jumpa itu adalah orang yang betul-betul boleh buat kita bahagia sehingga akhir hayat kita sehinggakan kita lupa yang kita hanya mampu merencana namun TUHAN yang melaksana!

Kadang-kadang,
Kita ingat hanya dia yang mampu buat kita bahagia sehinggakan kita lupa kita punya pencipta dan hanya pencipta itu yang mampu buat kita bahagia!

Kadang-kadang,
Kita rasa kita tidak cukup waktu untuk mengejar kekayaan didunia sehinggakan kita lupa untuk mengejar kekayaan diakhirat yang nyata!

kadang-kadang, 
Kita rasa kita sudah menemui kesempurnaan dalam hidup sehinggakan kita lupa kesempurnaan hanyalah milik-Nya

Kadang-kadang,
Kita rasa kita sudah tahu banyak tentang isu-isu semasa sehinggakan kita lupa isu-isu akhirat yang masih banyak kita tidak tahu..betapa keringnya hati manusia!

Kadang-kadang,
Kita rasa kita cinta dia dengan sepenuh hati jiwa dan raga kita sehinggakan kita lupa untuk cinta diri kita sendiri dan pencipta yang mencipta kita didunia ini!



p/s: Setiap hari adalah hari yang baik untuk kita bahagiakan hati kita sehinggalah berakhirnya hari itu dan akan muncul keesokannya...





1 comment:

  1. yang lasttu betoi..
    memang kitani manusia yang lupa...

    ReplyDelete