Assalamualaikum...
Lama tak updated blog..lame yang teramatlah lama...rindu serindu rindunya..mmuuaaaahhh3x!!!!..alamak!!!habis habuk kat bibir aku..baru jer kai lipstik baru beli (amboi nak gak bagitahu..ahahahaha)..sebenarnya entry nie aku buat untuk 13062013 tapi sekarang baru aku ad kesemptan updated kat blog..jum bace kalau nak bace laa..heeeheee
Hari nie (13 Jun 2013) hari last aku bersama Syarikat Citylink. Urmm dalam tak sedar dah 8 bulan 13 hari aku berkhidmat dalam syarikat nie. 4 bulan untuk jawatan executive & 4 bulan 13 hari sebagai pengurus cawangan kemaman.
Sedih memang sedih nak tinggalkan Syarikat nie sebab inilah syarikat pertama yang memberi aku pengalaman kerja pertama yang sebenar-benarnya..Selama aku kerja kat sini banyak cabaran yang aku lalui..Menjadi ketua pada usia 24 tahun (ikut tarikh kelahiran bukan tahun..muahahahaha..aku memang perasan muda sokmo)kepada pekerja & agent yang jauh lebih berusia daripada aku. Ada antaranya seusia mak & ayah aku sendiri..Kalau ada antara mereka buat silap & bersikap kurang ajar aku nak marah pun jadi tak sampai hati..Tapi kalau keadaan tak terkawal & melampau mau jugak aku mengamuk dan terdiam jugak mereka-mereka semua..Bagi aku istilah "hormat" bukan sahaja limit untuk yang muda kepada yang tua malahan kepada semua peringkat usia..Jika yang muda sahaja hormat yang tua sedangkan yang tua sewenang-wenangnya pijak ibu kaki (hah!!! kenapa ibu kaki???)yang muda mana keadilan di mana setiap manusia berhak di hormati??dengar sini cekgu sains nak buat hipotesis..jika kita hormat org maka org akan hormat kita..tak kira laa mane2 peringkat umor sekalipun..unlimited oke..sekian terima kasih..heeheee
Sepanjang kerja kat syarikat ini juga pelbagai bentuk perangai manusia yang dah aku jumpa. Ada yang senang di bawa berbincang..ada yang ala-ala manje kucing siang malam..ada yang berlagak..ada yang nak mengamuk tak tentu hala..ada yang degil..arrgghhh!!!macam-macam lagi lah..fuuhhh!!!kadang-kadang gembira kadang-kadang sedih & kadang-kadang macam tak ada perasaan pun ada..huhuhuhu
Jujur aku akui kerja kat sini memang penat & terlalu penat..penat dengan kerja yang tak pernah habis..penat dengan perangai manusia yang macam-macam ragam..selangkah saja masuk opis terus buat kerja kerja kerja kerja kerja & kerja......sehinggalah tak sempat lunch..break pun hanya untuk solat sahaja..buat kerja sedar tak sedar dah pukul 7.30 malam..kadang-kadang pukul 8.30 malam baru balik..dan kadang-kadang sampai 10.00 malam..kerja 6 hari seminggu dan kadang-kadang 7 hari seminggu kerana tak sempat nak siapkan kerja..memang tak ada life..dunia aku hanya untuk kerja..rakan serumah panggil aku budak gila kerja..ahhh lantak laa dah memang tanggungjawab aku..susah senang letak atas kepala aku..huhuhu.
Ramai yang tanya kenapa mira nak berhenti???Serius aku cakap bukan faktor gaji..tapi sebab masa..hidup dengan dunia kerja takkan pernah habis..masa dengan mak ayah kurang..balik jarang-jarang..mak ayah risau..mak call selalu jer sedih-sedih..adoi inilah faktor utama yang melemahkan aku nim..so aku ambil keputusan untuk berhenti demi mak ayah aku yang tercinta..kalau sebab gaji memang WAJIB aku tak berhenti..yelaa walaupun penat gaji memang best..tapi xde laa sampai 5k pun sebulan..tapi terlebih cukup laa untuk aku belanja sorang-sorang..hihihihi
Sekarang aku dah kerja dekat kuala Terengganu..Sebuah syarikat supplier gas & barang-barang keperluan yang sama waktu dengannya..walaupun gajinya tak lah sehebat di tempat lama tapi kualiti masa memang dapat dirasai disini..hari khamis half babe!wwoooaahhh!!!best giler anjing (bagi anjing laa kali nie asyik kat arbabi nyodok jer lagipun kategori sama-sama haram kan..ggrrrrr)..kul 2 pm dah ada kat rumah daa..duk atas kerusi bukak tb (tv)goyang kaki mak kau..mak kau laa sebab mak aku tengah layan lagu man down by rihanna kat youtube..ahahahaha(oke fine aku tipu jer)..mak aku duk meeting dengan jiran sebelah rumah..tajuk utama cerita kegembiraan sebab anak pompuan dye dah balik kerja kuala terengganu..urmm sebelum nie kerja bukan jauh pun..kemaman jer kot tapi susah nak balik macam kaki tersepit kat gigi buaya..tak de kene mengena langsung..ahahahaha
Tapi aku rindu orang kat kemaman..hah??"orang kat kemaman"???Opppsss..oke bye
No comments:
Post a Comment