Thanx sudi folow belog sigadis yang picisan nie..

Thursday 17 May 2012

Kadang-kadang hidup perlu berpura-pura


Assalamualaikum

Dalam hidup nie banyak perkara yang berlaku diluar jangkaan kita. Kadang-kadang rasa seolah-olah kaki nie mahu berhenti untuk terus melangkah. Namun kalau fikir balik buat apa berhenti untuk melangkah sedangkan masa tidak pernah berhenti untuk tunggu kita. Dengan hati yang sesak kita terus sahaja melangkah. Menikmati hidup walaupun tidaklah seindah mimpi. Namun yang pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Orang diluar sana melihat kita gembira. Namun hakikatnya mereka semua tertipu dengan apa yang kita pamerkan. Benarlah dalam hidup nie kadang-kadang kita perlu berpura-pura. Berpura-pura gembira dalam hati yang remuk. Memang sukar didengar namun tidak siapa mampu menolong. Dalam kita kecewa tidak ramai yang bersedia meminjamkan bahu mereka untuk kita. Ramai yang sudi mendengar namun tidak ramai yang mahu menolong.






Dalam pada saat kita gembira simpanlah sedikit kekuatan kita untuk menghadapi saat-saat duka. Dalam kita menghadapi saat-saat duka ingatlah tidak akan selamanya kita akan berduka. Pasti gembira akan datang jua. Kerana hidup ini memang diciptakan dengan pelbagai rasa. Supaya hidup ini nampak indah untuk dinikmati.

Tidak salah berpura-pura menyembunyikan kecewa kita. Kerana ia melambangkan kekutan kita. Hanya orang yang kuat dapat menyembunyikan duka mereka. Pedih memang pedih tapi harus juga dihadapi. Jangan pernah salahkan takdir andai dihimpit rasa kecewa tapi ingatlah kita insan terpilih untuk menghadapi ujian dari-Nya.




Jadikan setiap hari adalah hari yang baru untuk terus melangkah dengan harapan pasti rasa kecewa akan hilang dengan perlahan-lahan dan digantikan dengan hari-hari yang penuh dengan harapan. Teruskan langkah dan ingatlah pasti ada sinar kebahagiaan dihadapan sana. InsyaAllah............








2 comments:

  1. hidup tak selalunya indah. Hargai setiap detik masa yang ada walaupun kita disaat berduka cita. Kerana ianya mengajar kita untuk lebih kuat menjalani hari yang mendatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..kdg2 sesuatu y berlaku tu mengajar kita menjadi lebih matang dan dewasa..

      Delete