Thanx sudi folow belog sigadis yang picisan nie..

Saturday, 10 December 2011

hadapi dengan senyuman

Assalamualaikum

Apa khabar? hari nie terasa agak penat. dari 8am until 6.30pm ada modul untuk budak tahun akhir. finishing scholl larr katakan. masuk minggu nie dah 3 minggu aku masih lagi belum ada masa untuk rehat. esok lak ada hi-tea untuk batch aku dengan dekan fakulti. buat dekat hotel UiTM. kehadiran adalah WAJIB. ye WAJIB!!! walaupun terasa penat tapi masih ada nafsu nak update entry kat blog. hihihihi.

Dalam hidup kita tidak selalunya indah. kita sangka orang sekeliling suka akan kita. tapi yang berlaku adalah sebaliknya. dan jangan sesekali kita anggap orang lain itu adalah seperti kita. kita tak sama dengan orang lain. apa yang kita fikirkan tak sama dengan orang lain. apa yang ada dalam kotak fikiran kita tak sama dengan kita. jadi apabila buat sesuatu itu ingatlah hari ini kita buat orang sakit hati esok lusa apabila kita sakit hati macam mana perasaan kita? apa yang kita rasa samalah seperti orang kita sakiti rasa.

Member-member lelaki aku selalu bertanya "kenapa budak pompuan suka gaduh-gaduh?". tak!! tidak semua budak pompuan suka gaduh-gaduh. hanya sebilangannya sahaja yang suka gaduh-gaduh sesama sendiri.dan disebabkan sebilangan itulah yang menarik perhatian kaum lelaki berkata begitu. sebab kalau pompuan yang baik dan tak suka gaduh-gaduh adalah biasa bagi mereka sebab budak laki-laki jarang yang suka gaduh-gaduh dan mungkin juga memang tak suka gaduh-gaduh. budak pompuan yang tak suka gaduh-gaduh mereka anggap sama dengan mereka jadi sebab itu yang suka bergaduh itu mereka anggap pelik.

Satu lagi maaf kalau aku kata. pompuan nie mungkin ada sifat iri hati. tidak boleh melihat orang lebih daripada mereka mulalah nak cari gaduh. maka jadilah pergaduhan. urmmm aku sendiri pun tak faham sebab aku memang tak suka bergaduh. aku lebih rela simpan sakit hati dalam benak daripada cari gaduh. mengadu pada ALLAHSWT itu adalah yang lebih baik.

Kalau kita ingin sakitkan hati orang fikirkanlah berulang kali. Setiap tindakan kita perlu difikirkan. Misalnya kalau kita nak marah orang buat bising jam 6 petang fikirkanlah adakah pernah orang marah kita kalau kita buat bising awal pagi ketika orang sedang tidur? pernahkan orang marah kita kalau kita tinggalkan pakaian kita berjam-jam didalam mesin basuh? pernahkah orang marah kita kalau setiap hari sampah dibuang tapi ada satu hari kita terlupa untuk membuangnya kerana terlalu sibuk? pernahkah orang marah kita bila kita jemur baju berhari-hari lamanya diampaian sehinggakan orang lain tiada tempat untuk menyidai pakaian mereka? jadi fikir-fikirkanlah. jangan kerana perbuatan kita kesusahan yang akan kita terima dikemudiaan hati. belajarlah hadapi dengan senyuman. tegurlah secara berhemah bukan menyakiti hati orang lain sedangkan perbuatan kita jauh lebih teruk dari orang yang kita tegur. sama-samalah kita berubah menjadi manusia yang lebih baik.



No comments:

Post a Comment