Assalamualaikum
Sejak semalam selepas je abang aku hantar aku balik dungun aku banyak berfikir tentang diri aku. tentang hal peribadi aku. bukan selama nie bermakna aku tak pernah fikir tapi aku tak ambil berat sangat. mungkin aku rasa ada lagi yang lebih penting untuk aku fikirkan. tapi semalam abang aku seolah-olah sedarkan aku dengan satu perkara. perkara penting untuk masa depan aku.
Aku sendiri tak faham kenapa tiba-tiba saja dia memperkatakan tentang ketidaksukaan dia pada kesayangan aku. dia tak cakap tak suka atau kurang suka tapi dia cakap "orang tu" pelik. samalah macam tak suka kan. bila aku tanya lebih detail dia cakap tak tahu nak cakap macam mana. aku pun jadi keliru. abang aku cakap dia tak halang kalau aku dengan siapa tapi cara dia cakap macam dia tak yakin nak bagi aku dekat "orang tu". aku sedih. dia cakap dia faham apa yang aku rasa. dia cuma luahkan apa yang dia rasa saja. abang aku kata
"suatu hari nanti aku akan rasa betapa peritnya bila kita kehendakkan sesuatu tapi orang yang kita sayang disekeliling kita menghalang. waktu tu kita seolah-olah bersendirian memperjuangkan apa yang kita nak. sehingga satu masa kita tersungkur dan terpaksa akur dengan kehendak orang sekeliling yang kita sayang sebab kita takut dengan apa yang tidak di duga terjadi pada masa akan datang".
Bila aku dengar abang aku cakap macam tu aku sedar apa yang dia luahkan adalah jauh didasar hatinya. luahkan apa yang dia rasa. apa yang pernah dia alami. aku tahu abang aku sedih dengan apa yang dia rasa tapi dari raut wajah dia tak pernah menzahirkannya. segala kemahuan orang sekeliling yang di sayang dia turuti. sekarang dia dah bertunang. walau jauh dalam hati dia aku tahu dia sedih. sebab tu dia luahkan pada aku. sebab mungkin dia nak aku berjaga-jaga. ingat supaya jangan terlalu menginginkan sesuatu yang belum tentu milik kita. sesuatu yang menjadi kesayangan kita tapi jadi kebencian orang lain.
Dari kata-kata dia mungkin aku perlu fikir kembali apa yang terbaik untuk aku. memang aku sayangkan dia. dia kesayangan aku. dia ada ilmu. kalau ada rezeki dia bakal jurutera. tapi....aku sedih bila fikir kalau aku menerima nasib yang sama dengan abang aku. namun demi family apa-apa saja aku sanggup korbankan. kerana aku rasa pengorbanan aku tidaklah sehebat pengorbanan mak dan ayah aku untuk mendewasakan aku. doaku semoga aku menemui jodoh yang benar-benar menjadi milik aku. yang aku benar-benar tulang rusuknya. amin........
No comments:
Post a Comment