Assalamualaikum
Bila duduk sorang-sorang. suasana sunyi. hujan renyai-renyai. teringat pula aku pada kisah dulu. kisah dimana waktu aku baru mengenal erti cinta. bohonglah sekiranya aku kata dalam hati ini tak pernah aku rindu pada kenangan lalu. tapi aku bukanlah seorang yang hidup dengan kenangan. sesekali jika terlintas itu adalah normal dalam diri manusia aku fikir. dulu dan sekarang banyak yang berubah. terlalu banyak berubah dalam diri aku.
Kalau dulu aku terlalu suka untuk memberi harapan. terlalu suka berangan-angan dengan angan yang membuahkan senyuman di bibir. dan aku rasa aku terlalu dekat dengan harapan dan angan-angan aku. namun benarlah dalam setahun panas tidak akan sampai ke petang. pasti akan hujan juga akhirnya. itulah yang aku alami dalam hidup aku. harapan yang aku bina serta angan-angan aku punah. orang yang aku harapkan menghancurkan segala-galanya. terlalu sakit. sehinggakan tiada air mata untuk aku tangis. apa yang hanya aku mampu lakukan tersenyum. senyum dengan harapan ianya akan pulih dengan segera. akujuga kerap tidur. dengan harapan bila aku tidur itu hanyalah satu mimpi. dan ianya akan berlalu dengan begitu saja. tapi hidup bukanlah semudah itu. kesakitan itu aku tanggung sehinggalah hilang dengan sendirinya. kerana aku yakin aku dapat lakukannya. dan ianya berjaya. alhamdulillah.....
Sejak dari itu. aku belajar untuk tidak berharap dengan sesiapa lagi. aku belajar untuk tidak memberi harapan pada sesiapa lagi. aku belajar untuk tidak berangan-angan lagi. aku serik. ya terlalu serik untuk merasa kesakitan untuk kedua kalinya. cukuplah sekali aku rasa kesakitan itu. aku bernasib baik kerana dapat mengatasi segala-galanya dengan sokongan abang dan kawan-kawan. tanpa mereka aku pasti kesunyian. aku pasti keseorangan.
Tidak salah memberi harapan. tapi jika harapan tidak seperti yang diharapkan janganlah sampai merosakkan diri sendiri. tidak salah berangan-angan tapi jika yang diangankan itu hanya mainan perasaan abaikan. hidup ini perlukan harapan. harapan untuk kita membina hidup yang lebih berjaya. harapan untuk kearah kebaikan. harapan yang boleh membuatkan kita tersenyum dan orang sekeliling kita juga turut tersenyum. berharaplah selagi harapan itu masih ada. beranganlah mungkin angan-angan itu akan menjadi milik kita suatu hari nanti!
No comments:
Post a Comment